Ikan bilis jika dimakan rangup memang sedap. Tapi sekejap saja ikan bilis yang baru digoreng tadi boleh jadi lemau dan liat. Kadang-kadang jadi keras sampaikan nak kunyah pun susah. Memang frust dan boleh terbantut selera kalau jadi begini.
Apa yang kita tak tahu adalah, terdapat petua atau teknik untuk pastikan ikan bilis rangup dan sedap dimakan.
6 TEKNIK MASAK IKAN BILIS RANGUP
1.Tos Selepas Dibasuh
Petua paling penting adalah, selepas mencuci bersih ikan bilis, pastikan ianya ditos sehingga kering. Jika ingin cepat, boleh sangai (goreng tanpa minya) ikan bilis yang telah dibasuh terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak seperti biasa.
Ads
2. Perap Dengan Cuka
Selepas selesai ikan bilis dibasuh dan ditos, boleh renjis sedikit cuka masakan hingga rata sebelum digoreng. Atau rendam ikan bilis kedalam cuka masakan lebih kurang lima minit sebelum digoreng, hasilnya pasti rangup dan crispy.
3. Goreng Bersama Asam Keping
Jika didapur anda tidak ada cuka, boleh cuba gunakan asam keping juga. Letakkan 2-3 keping asam kedalam kuali ketika menggoreng ikan bilis. Pasti menjadi!
4. Gaul Tepung
Seperti yang semua tahu, tepung mampu menjadikan gorengan lebih rangup. Termasuklah ikan bilis.
Selepas ikan bilis dicuci, gaulkan bersama tepung beras atau tepung jagung. Kemudian boleh goreng seperti biasa dan hasilnya ikan bilis akan kekal garing.
Ads
5.Simpan Dalam Peti Sejuk
Terdapat juga petua yang mengatakan untuk simpan ikan bilisyang telah dibasuh kedalam peti sejuk semalaman sebelum digoreng. Ini bagi mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup kerana air daripada ikan bilis tadi telah tersejat.
6. Tunggu Hingga Minyak Tidak Berbuih
Sebaiknya, goreng ikan bilis dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis.
Dan cara untuk tahu ikan bilis sudah garing ataupun tidak ialah apabila minyak sudah berhenti berbuih. Angkat ikan bilis dan tos kan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
– Pilih ikan bilis yang berkualiti, bersih dan cantik.Cari ikan bilis yang mempunyai garis putih. Walaupun harganya lebih mahal berbanding yang bergaris hitam,tetapi rasanya dijamin lebih sedap dan boleh tahan rangup dalam jangka masa yang lama.
– Simpan ikan bilis yang telah digoreng didalam bekas kedap udara ataupun tin. Kerangupan akan kekal dan lebih sedap dan mudah untuk dimakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Dato Najib dan Datin Nita
Jenis kediaman: Banglow
Specifikasi: 5 bilik tidur, 6 bilik air, 1 ruang keluarga, 2 ruang tamu, dapur dan ruang makan
Konsep:
Lokasi: D’kayangan Heights
Lebih menarik, rumah sub-sale tiada ‘waiting period’ berbanding rumah baru yang adakalanya menelan masa lebih 3 tahun. Jadi jika anda merancang nak beli rumah yang boleh terus didiami, sub-sale adalah pilihan terbaik. Namun, sebelum berpindah masuk sudah pasti kediaman perlu diperbaiki dan dikemas. Almaklumlah rumah lama, pasti ada kerosakkan paling tidak perlukan cat yang baru untuk membangkit suasana kediaman yang diimpikan menjadi ‘rumahku, syurga ku’.
Seperti yang di lakukan pasangan yang dikunjungi penulis iaitu Dato’ Najib dan Datin Nita. Kediaman yang baru didiami adalah jenis sub-sale. ” Asalnya, kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah. Melihat fasadnya menarik, ia mempunyai elemen yang menarik jika diubah mengikut cita rasa diimpikan,” pemilik memulakan bicara.
Keseluruhan kediaman ini adalah idea inspirasi Dato Najib yang di peroleh melalui kunjungan ke beberapa hotel tempatan. Walupun di awal perbicaraan pemilik menerang kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah, zahirnya kini jauh berbeza. Lebih santai dan “homey” berbanding konsep yang terdahulu walaupun penulis tidak pernah melihat binaan terdahulu. Namun, dari apa yang dinyatakan pemilik dapat di bayangkan keadaan sebelumnya.
Antara elemen yang masih kekal dan kelihatan jelas konsep yang dulu dibawa oleh pemilik terdahulu adalah pada pintu kayu yang terletak berhampiran ruang aktif kediaman ini. “Disebabkan rekaanya yang unik, saya mengekalkan pintu ini namun diperketatkan dengan sistem keselamatan,” jelas pemilik.
Memandangkan pemilik seorang usahawan, kediaman ini dilengkapi dua ruang tamu dan setiap satunya mempunyai fungsi dan rekaan yang berbeza. Untuk ruang tamu utama, gaya hiasannya lebih santai dengan konsep english moden. Manakala untuk ruang tamu ke-2 ia digunakan apabila pengunjung menerima kunjungan rakan-rakan perniagaan. Dengan pemilihan rona yang lebih matang, ruang ini dilengkapi sofa kulit chesterfield yang mempu memuatkan lebih dari 6 orang dalam satu masa untuk pemilik berbincang hal-hal perniagaan.
“Bahagian transaksi antara kedua-dua ruang tamu tidak dibiarkan kosong. Sofa single dengan bingkai rona emas membangkitkan lagi aura kemewahan di ruang ini. Ia disediakan untuk menjadi ruang tamu kecil untuk menerima kunjungan santai dari rakan-rakan,” perinci pemilik. Bersebelahan dengan ruang ini, tersedia meja makan yang berupaya menempatkan 10 orang dalam satu masa.
Rekaan meja makan ringkas untuk memberi keseimbangan kepada rekaan chandelier sarat menerangi ruang ini. Cukup sekadar penggunaan cermin untuk kemasan kemeja untuk memberi kesan visual yang lebih menarik dari pencahayaan yang disediakan membangkit gaya mewah yang tidak disengajakan. Elak ruang ini tampil bosan dek pemilihan rona yang terlalu mendatar, dua kerusi wing chair rona biru padankan pada bahagian kanan dan kiri sisi meja.
“Kebanyakkan masa kami habiskan di dalam bilik tidur. Sebab itu, di dalam bilik tidur utama yang bersaiz besar ini lengkap dengan ruang menonton serta meja kerja untuk memudahkan serta memberi keselesaan kepada kami. Tambahan pula, kolam renang mudah diakses dari bilik tidur kami,” tambah pemilik. Melihat rekaan bilik tidur ini pemilik terasa berada di sebuah resort mewah.
Dengan dominasi rona putih, bukan sahaja menajdikan bilik tidur ini kelihatan lebih luas malah membentuk ambiance yang santai yang boleh menyebabkan pemilik banyak menghabiskan masa di dalam bilik berbanding ruang lainnya. Tidak cukup hanya disitu, bilik air yang dilengkapi dengan jakuzi diberi kemasan marbel bukan sahaja pada dindingnya malah dinding membuatkan penulis merasakan suasana seolah berada di dalam Hotel Versace yang pernah dikunjungi.
Menuju ke ruang atas kediaman, memperlihatkan perincian dan cita rasa tinggi pemilik. Hand rail yang diperbuat daripada kayu, dipadankan pula dengan baluster cast iron bermotifkan floral. Dinding di ruang tangga yang tinggi dan luas tidak dibiarkan kosong, cukup sekadar penggunaan wainscotting dengan rona putih memberi peluang kepada perincian lain untuk lebih menonjol terutamanya chandelier kristal yang gah memberi pencahayaan di ruang tangga ini.
“Bahagian atas ini jarang digunakan. Pada asalnya, aras ini menempatkan bilik tidur bersaiz kecil. Namun diubah suai menjadi empat buah bilik tamu, satu bilik pembantu rumah dan ruang menonton. Setiap bilik mempunyai gaya dekorasi yang berbeza. Yang paling menarik adalah bilik yang direka khas buat arwah ibu tersayang. Pemilihan rona tanah atau natural ditambah dengan percikan kesegaran rona floral menjadikan bilik ini kelihatan lebih tenang. Namun apakan daya, ibu pergi terlebih dahulu sebelum sempat menggunakan bilik ini,” terang pemilk sayu.
Setiap inci memperlihatkan pemilik seorang yang faham dengan apa yang diimpikan. Tiada ruang yang longgar, lengkap perincian namun tidak sarat. Yang menarik mata penulis adalah pada bahagian siling yang diinspirasikan dari hotel yang pernah dikunjungi di Melaka. Penggunaan kayu balau dengan gaya klasik, menyerlahkan lagi gaya kemewahan yang ditampilkan dalam keseluruhan dekorasi.
Melihat keseluruhan dekorasi yang sempurna, tidak sangka pemilik memperuntukkan tempoh untuk ubah suai keseluruhan kediaman ini. Dek beberapa faktor tertentu, ia menghalang proses ubah suai kediaman ini. Namun, berkat kesabaran dan sifat pemilik yang sangat terperinci setiap hasil menzahirkan sebuah kediaman yang indah buat mereka seisi keluarga membina mahligai bersama.
Kedai perabot yang menawarkan perabot yang berkonsepkan scandinavian yang nampak lebih moden dan sleek dalam penataan. Harganya pula lebih berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan kepada semua pelanggannya. Di Joy Design pelbagai rekaan moden yang boleh mengaburi mata peminatnya.
More Design
Sebuah kedai perabot yang juga memberi kepuasan kepada pembelinya, jangan tanya bab harga ya! Semestinya, harga yang cukup berbaloi dengan rekaan dan kemasan yang sempurna. Menariknya di Joy Design ini, anda boleh customize mengikut kehendak anda. Kemasan sofa juga anda boleh pilih, mungkin anda ingin gemarkan fabrik atau kulit. semuanya boleh dibuat di More Design. Menarik bukan!
Harvey Norman
Siapa yang tidak kenal dengan jenama perabot Harvey Norman yang semestinya berkualiti tinggi. Harvey Norman menawarkan konsep moden dan kontemporari bagi pilihan semua golongan masyarakat. Kalau masuk ke Harvey Norman, semua perkakas ada. Ni nak raya ni kan pergi lah jengah diskaun mesti banyak.
Maju Homes
Dah mula rambang mata dengan semua perabot yang ada. Maju Homes juga menawarkan pelbagia perabot, bukan sahaja set sofa atau set meja kopi. Pelbagai perabot yang sesuai untuk ruang kediaman anda. Konsep moden dan designer item ini membuatkan ramai akan mengilai set perabot di sini. Kalau anda tak percaya boleh la pergi lihat sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.