
Konsep industrial kini dilihat semakin digilai ramai. Lebih-lebih lagi dalam kalangan belia yang mahukan kediaman yang nampak simple tetapi ranggi dan mempunyai karakter. Selain itu, konsep ini juga memaparkan elemen-elemen yang ‘kasar’ dan tampak lebih maskulin dengan penggunaan bahan seperti logam, batu-bata dan kayu. Material yang digunakan juga ada kalanya daripada bahan terbuang atau kitar semula dan bahan industri termasuk kaca, besi, aluminium, paip dan getah yang diolah sedemikian rupa hingga boleh dijadikan hiasan menarik.
Dalam post kali ini IMPIANA mengetengahkan beberapa ciri-ciri utama reka bentuk dalaman konsep industrial yang anda boleh terapkan dalam kediaman anda.
#1 PENGGUNAAN TONA MONOKROM
#2 PERMUKAAN KAYU DAN BESI
#3 PERABOT DAN AKSESORI VINTAJ
#4 PAIP DAN SALUR ELEKTRIK DIBIAR TERDEDAH
#5 BATU-BATA MERAH
#6 HUTAN KONKRIT
(Gambar) Wanita Ini Hias Rumah Tanpa Terikat Konsep Paling Penting Kemas Dan Tersusun. Lihat Hasilnya!

Mempunyai rumah yang kemas dan teratur sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Baik yang mendiami rumah sendiri atau sewa kerana di akhirnya, kita hanya mahukan ketenangan sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Rumah merupakan tempat kita berteduh dari hujan panas dan ruang privasi untuk kita lupakan sejenak masalah yang datang menghurung pemikiran kita.
Begitu juga pemilik rumah teres yang berkeluasan 3000 sqft ini iaitu Pn Deanna Dayen, dia berjaya mendeko kediamannya tanpa tema khusus kerana beliau hanya mementingkan kekemasan serta susun atur barang yang sempurna malahan jika diteliti dari sudut pemilihan warna untuk kemasan di dinding, dia hanya menggunakan warna kelabu dan turut dihiasi dengan kemasan kaligrafi arab untuk menambahkan lagi auranya.
“Untuk dekorasi rumah saya ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana laman web dekorasi kediaman, segalanya hanya mengikut citarasa saya sendiri serta perbincangan bersama suami” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia dan suami sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah tetamu dalam rumah sendiri, kerana setiap kali tetamu bertandang, rumah akan sentiasa siap dan kemas, jadi setiap kali kami ingin keluar rumah, kami akan kemas dahulu sebaik mungkin dan apabila pulang, kami akan rasa seperti tetamu yang datang ke rumah orang lain dengan rasa tenang.
Penulis amat menyukai design dapur modennya yang mempunyai island yang berkapasiti tiga tempat duduk. Island table ini mengisi ruang luas dapurnya dan turut diserikan dengan juntaian lampu gantung. Selain itu, kemasan elegan kitchen cabinet yang nampak seperti ukiran kayu, sebenarnya material asalnya adalah aluminium yang ditatah dengan elemen kayu. InshAllah tahan lama tanpa perlu risau dengan serangan anai-anai.
Untuk penjelasan lanjut serta tatapan secara detail, ikuti susunan gambar design kediaman Pn Deanna di bawah ini. Selamat Menghias!!
(Gambar) Warna Monokrom Berjaya Buat Penampilan Dapur Wanita Ini Lebih Cantik Dan Elegan. Pilihan Tepat!

Pada asalnya dapur ini nampak biasa sahaja, tetapi selepas melalui beberapa fasa renovasi serta dekorasi yang dijalankan secara berperingkat selama dua tahun, wanita ini berjaya menyiapkan dapur idamannya yang bertemakan monokrom dengan hanya berbelanja sebanyak RM10K sahaja.
Menurut Pn Zai Sabri, dia bersama suaminya amat menggemari kemasan monokrom kerana ianya amat mudah untuk dipadankan dengan perabot yang ada di pasaran. Beliau amat mementingkan susun atur yang cantik serta tidak mahu serabut dan pilihan tema ini amat sesuai dengan citarasanya malahan pilihan warna hitam amat sesuai untuk mengelakkan dapur ini nampak kotor selepas memasak.
Kediamannya merupakan sebuah rumah teres yang terletak di Ampang Hilir berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kemasan serta aksesori dapurnya banyak dibeli di kedai barang hiasan di Nilai 3, Ikea dan SSF.
“Walaupun masih mempunyai anak kecil serta sibuk menguruskan perniagaan, saya sentiasa memantau kebersihan serta memastikan deko dapur saya berada dalam keadaan asal seperti mana ianya diletakkan dahulu, kerana nak membinanya susah, nak maintain pun susah, jadi kena tengok betul-betul”, ujar ibu kepada tiga orang anak ini.
Beliau ketika ini sedang sibuk mengusahakan perniagaan sewaan kereta dan juga menjual bunga hiasan atas talian. Jika tidak sibuk, beliau akan meneliti idea dekorasi sama ada di majalah deko, siaran televisyen serta melayari laman group deko di facebook.
Selain itu, hiasan di rumahnya yang baru ini banyak menggunakan bekas balang yang mempunyai label makanan dan ianya memudahkan sewaktu memasak dan menjimatkan masa semasa mencari bahan dan menyukai frame vintage seperti yang digantung di rumahnya iaitu papan frame Coca-cola.
Berikut adalah kepingan koleksi gambar sebelum dan selepas dapurnya disiapkan, semoga menjadi inspirasi peminat deko dapur di luar sana.
Sebelum
Selepas
Kediaman Tema Morocco Inspirasi Yang Di Bawa Pulang Dari Umrah

Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!