Percaya atau tidak, walau setinggi manapun kediaman anda sama ada di kondominium atau service apartment, kalau tidak ada penjagaan serta pencegahan yang mantap, nyamuk pasti akan boleh memasuki kediaman anda dan menjangkiti seluruh ahli keluarga. Tambahan lagi, ketika ini terdapat banyak laporan di dada akhbar tentang demam denggi yang melanda negara kita.
Selain daripada menggunakan semburan aerosol atau memasang ubat nyamuk yang pasti akan membuatkan kediaman anda berbau, adalah molek jika anda mencuba alternatif menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai penghalang kemasukan nyamuk denggi. Ikuti senarai 6 jenis bunga yang mampu menghindari kediaman anda dari menjadi sasaran nyamuk.
Daun Basil
Ianya bukan sahaja dikenali sebagai herba yang sedap dikalangan penggemar makanan Itali, tetapi ianya juga merupakan penolak semulajadi nyamuk. Disebabkan aromanya yang kuat, menyebabkan nyamuk akan terbang jauh dari tumbuhan ini. Kepada manusia, ianya membuatkan makanan kita lebih sedap, bagi nyamuk, its a no no.
Daun Pudina
Tumbuhan ini amat dekat dan tidak asing lagi dengan kita tidak kira dalam masakan, malahan untuk penjagaan gigi pun ianya memberi manfaat yang besar. Kajian menyatakan bahawa, cecair minyak yang diekstrak daripada daun pudina boleh menghindarkan nyamuk yang membawa virus malaria dan denggi selama 60-180 minit.
Ads
Daun Rosemary
Jika anda peminat makanan barat, anda pasti mengenali daun ini yang terkenal dengan rasa serta aroma pedas dan berkayu ini. Selain daripada menjadi herba yang hebat dalam masakan, jika anda pergi hiking atau berkhemah, pastikan anda bakar daun ini di dalam unggun api. Asap yang membakar menguatkan lagi rasa tidak sedap bagi nyamuk dan mereka akan menghindari tapak perkhemahan anda. Kalau di luar ianya mujarab, bayangkan jika herba ini ditanam segar dalam rumah anda.
Pokok Lavender
Ads
Siapa yang tidak tahu tentang keharuman yang mendamaikan daripada pokok lavender. Aromanya boleh membuatkan kita lupa sejenak terhadap masalah yang menimpa, tetapi ianya adalah sebaliknya bagi nyamuk. Nyamuk tidak menyukai bau yang disebarkan oleh pohon ini dan ianya turut mengandungi anti-fungal dan mempunyai cecair antispetic semulajadi. Pokok ini amat sesuai jika ianya ditanam dalam pasu dan diletakkan bersebalahan dengan pintu dan tingkap kediaman anda.
Pokok Bunga Marigold
Pokok ini berasal daripada negara Amerika Latin, Mexico. Apabila sudah bercambah menjadi bunga, ianya akan melepaskan bau yang amat kuat dan tidak disukai oleh banyak spesis serangga tetapi nyaman untuk manusia. Dalam kediaman, ianya amat mudah untuk dijaga dan anda hanya perlu memastikan ianya mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk mendapatkan bunga yang cantik dan aroma yang berupaya melindungi anda seisi keluarga dari serangan nyamuk.
Ads
Bunga Geranium
Bunga ini amat dikenali dikalangan pembuat minyak wangi malahan berupaya menghalau nyamuk dengan efisien. Cara menjaganya amat mudah, anda hanya perlu letakkan pasu bunga geranium di luar kediaman dan biarkan daunnya terkena tiupan angin sehingga mengeluarkan aroma yang tidak disukai nyamuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya iatetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ramai pemilik kediaman terburu-buru melakukan pengubahsuaian rumah tanpa perancangan teliti, dengan alasan nak cepat masuk rumah, tidak sanggup lihat rumah bersepah dek renovasi yang sedang dijalankan. Tetapi dalam asyik mengeluh itu dan ini ramai yang alpa tindakan yang terburu dan mendesak itu akan merugikan diri sendiri.
3 KESILAPAN utama yang merugikan
1. Pengubahsuaian rumah dalam tempoh tanggunggan kecacatan (defect liability period, DLP)
2. Pembelian perabot yang akhirnya tidak sesuai dengan saiz dalam rumah.
3. Pengubahsuaian rumah tanpa fungsi dan tanpa memperbaiki sturtur dalam kehidupan.
Selepas PKP baru-baru ini bayak pemilik kediaman mula menyedari yang kediaman yang mereka miliki banyak kekurangan dan mula berfikir untuk membuat pengubahsuaian. IMPIANA ingin membantu anda diluarsana untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Pakar Hiasan Dalaman yang terbaik. Sila Email kepada impianamagz@gmail.com butiran peribadi pemilik
Nama penuh:
Alamat:
Jenis Kediaman:
Ruang yang ingin diubah suai:
Bajet Anda:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kulat putih pada cat di dinding memang menyakitkan mata..
Kulat putih pada cat dinding biasanya disebabkan oleh pertumbuhan jamur atau fungi. Beberapa faktor yang menyebabkan pertumbuhan jamur pada cat dinding antara lain:
Kelembapan Tinggi: Jamur tumbuh dengan baik di lingkungan yang lembap. Ruangan yang jarang terkena sinar matahari atau memiliki sirkulasi udara yang buruk cenderung memiliki kelembapan yang tinggi.
Kebocoran Air: Kebocoran pada atap, pipa, atau dinding bisa menyebabkan penumpukan air, yang merupakan kondisi ideal untuk pertumbuhan jamur.
Bahan Cat yang Tidak Tepat: Menggunakan cat yang tidak tahan jamur atau tidak dirancang untuk lingkungan lembap bisa meningkatkan risiko pertumbuhan jamur.
Kurangnya Pembersihan: Dinding yang kotor atau berdebu bisa menyediakan sumber makanan untuk jamur, memfasilitasi pertumbuhannya.
Suhu: Beberapa jenis jamur tumbuh dengan baik pada suhu tertentu. Kondisi yang hangat dan lembap seringkali mendukung pertumbuhan jamur.
Ventilasi Buruk: Ruangan dengan ventilasi buruk bisa menahan kelembapan dan uap air, memudahkan jamur untuk tumbuh.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Cuba tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Bahan yang diperlukan :
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Mudah kan cara ini, tapi kena rajinlah. Selamat mencuba!
Kredit : Zue Razak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!