Tidak semua rumah jenis apartment serta kondominium dan townhouse mempunyai balkoni. Ia selalunya ditukar ganti dengan tempat duduk tingkap. Jika bulan lepas IMPIANA sudah tunjukkan cara untuk mendeko balkoni kediaman anda, kali ini biar kami tunjukkan apa yang anda boleh buat dengan tempat duduk tingkap atau Bay Window.
Untuk permulaan, style ini telah diaplikasikan sejak sekian lamanya dan pada hari ini ianya dikenali sebagai idea hiasan bertemakan konsep Classic. Selalunya ruangan ini dijadikan tempat untuk mencari ilham di siang hari berikutan cahaya semulajadi yang masuk melalui tingkap.
Jadikan Ianya sebagai salah satu komponen ruang makan yang besar
Anda boleh jadikannya sebagai tempat duduk tambahan bagi meja makan. Idea ini amat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar dan suka makan beramai-ramai. Jika tidak muat makan di atas meja, anda boleh duduk di tepi tingkap tetapi harus berjaga-jaga, jangan sampai makanan tumpah dari pinggan sebab anda tidak mempunyai meja cuma tangan sebagai alas.
Gabungkan tempat duduk tingkap dengan meja kopi kecil
Satu idea yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan memadankan meja kopi di sebelah tempat duduk tingkap dan ditambah dengan meja kusyen atau mini stool. Idea ini ingin memastikan anda menikmati sarapan serta evening coffee yang nyaman serta memberikan anda pengalaman seperti sedang menikmati secangkir kopi di restoran. Jika pemandangan luar sayup mata memandang, jangan lupa panjatkan syukur kepada yang Maha Esa.
Ads
Suai padan dengan perabot tambahan lain
Sama seperti balkoni, ianya terletak bukan sahaja di sebelah ruang tamu, di bilik tidur utama juga terdapat ruang lebihan yang mana jika kita upgrade, ianya akan menjadi tempat duduk tingkap yang kreatif. Suai padannya tidak terhad dengan tambahan perabot seperti kerusi dan meja sahaja kerana anda boleh pelbagaikan reka letak dengan tambahan seperti rak buku, ruang simpanan dan juga katil.
Ads
Meja Kerja Di Rumah
Kalau anda tidak mahu jadikannya sebagai tempat duduk, anda boleh tukar peranannya menjadi tempat meja kerja. Ianya amat sesuai dengan mereka yang menjalankan perniagaan atas talian serta pekerja sambilan pelbagai perkhidmatan. Motivasi anda untuk menyampaikan hasil kerja yang mantap lebih tinggi jika pemandangan luar tingkap anda menakjubkan pandangan mata.
Tidak terhad hanya dalam rumah
Ads
Jika anda merupakan pemilik kediaman rumah atas tanah seperti, Semi-D, teres setingkat, banglo dan townhouse aras bawah, anda boleh jadikan tingkap di sebelah pintu masuk utama sebagai tempat duduk tingkap bukan di bahagian dalam, tetapi bahagian luar. Idea ini akan menjadi meja minibar kecil yang mana ianya memudahkan tetamu anda untuk menikmati minum petang di bahagian luar rumah. TETAPI harus diingat, pastikan keselamatan tingkap anda mantap untuk mengekang kemasukan pencuri.
Tempat istirehat
Akhir sekali, anda boleh jadikannya ruangan tingkap ini sebagai tempat anda beristirehat bersama yang tersayang. Ianya bergantung kepada saiz yang anda miliki, jika besar, jadikan ianya muat untuk 2 orang atau lebih, jika tidak cukup untuk anda seorang menjamu mata pemandangan indah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah atau tidak di kalangan anda melihat peralatan elektrik Multimeter Digital seperti ini? Bagi yang tidak pernah melihatnya, peralatan elektrik ini merupakan satu komponen yang berfungsi untuk memeriksa kadar arus aliran elektrik, wayar ‘adapter’ dan sebagainya.
Jika anda sudah memiliki peralatan elektrik ini di rumah, sudahkah anda mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menggunakan Multimeter Digital seperti ini. Untuk maklumat anda, sebenarnya mudah sahaja cara untuk menggunakan Multimeter Digital ini.
Maka oleh itu, mari kita belajar bagaimana caranya bersama Sis Letrik kita, iaitu Cik Aqilah yang merupakan pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise dengan menonton video penuh segmen Tip Impiana episod kali ini pada pautan di bawah:
Dah tengok video sampai habis? Mudah sahaja kan caranya untuk menggunakan Digital Multimeter ini. Jadi kepada anda di rumah selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membuat cermin hiasan sendiri adalah satu projek yang menyeronokkan dan memuaskan, yang bukan sahaja memberi peluang untuk menonjolkan kreativiti tetapi juga menghasilkan sesuatu yang unik dan peribadi untuk dekorasi rumah anda.
Cermin hiasan, yang biasanya dilengkapi dengan lampu di sekelilingnya bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk membantu dalam rutin harian seperti bersolek dan menggayakan rambut, tetapi juga menambah elemen estetik yang menarik dalam ruang tamu atau bilik tidur.
Dengan sedikit usaha dan mendapatkan bahan yang mudah didapati, anda boleh mencipta cermin hiasan sendiri yang sesuai dengan gaya dan keperluan anda, memberikan sentuhan peribadi yang tidak terdapat pada mana-mana produk yang dibeli di kedai.
Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk membuat cermin hiasan anda sendiri:
Bahan-bahan yang Diperlukan:
Cermin: Pilih saiz dan bentuk cermin yang anda inginkan.
Lampu LED atau Mentol: Biasanya digunakan lampu LED strip atau mentol bulat yang biasa terdapat pada cermin hiasan.
Papan Kayu atau MDF: Digunakan sebagai bingkai cermin.
Cat atau Spray Paint: Untuk mengecat bingkai.
Soket dan Kabel Elektrik: Untuk sambungan elektrik lampu.
Gunting dan Pisau: Untuk memotong kabel dan lampu LED.
Paku atau Skru: Untuk memasang bingkai.
Glue Gun atau Gam Kuat: Untuk melekatkan cermin dan lampu pada bingkai.
Meteran dan Pensil: Untuk mengukur dan menandakan lokasi pemasangan.
Langkah-langkah:
Rancang dan Ukur:
Tentukan saiz dan bentuk cermin yang anda inginkan.
Ukur dan tandakan papan kayu atau MDF mengikut saiz cermin anda dengan tambahan beberapa inci untuk bingkai.
Potong dan Bentuk Bingkai:
Potong papan kayu atau MDF mengikut ukuran yang telah ditandakan.
Jika anda menggunakan papan yang tebal, anda boleh memotong bentuk segi empat atau bulat bergantung pada bentuk cermin anda.
Cat Bingkai:
Cat bingkai dengan warna pilihan anda. Biarkan kering sepenuhnya sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.
Pasang Lampu:
Jika anda menggunakan lampu LED strip, ukur dan potong mengikut panjang yang diperlukan. Lekatkan di sekeliling bingkai.
Jika anda menggunakan mentol bulat, pasang soket mentol pada jarak yang sama di sekeliling bingkai. Pastikan sambungan elektrik selamat dan teratur.
Sambungkan Elektrik:
Sambungkan kabel elektrik pada lampu dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik sebelum melekatkannya pada bingkai. Pastikan semua sambungan elektrik dilakukan dengan selamat dan mengikut peraturan keselamatan.
Pasang Cermin:
Lekatkan cermin pada tengah bingkai menggunakan glue gun atau gam kuat. Pastikan cermin terletak dengan kukuh dan rata.
Sentuhan Akhir:
Periksa semua sambungan dan pastikan semua bahagian terpasang dengan kukuh.
Pasang cermin hiasan di tempat yang sesuai dalam rumah anda, seperti di bilik tidur atau bilik persalinan.
Dengan langkah-langkah ini, anda boleh membuat cermin hiasan DIY yang cantik dan berguna. Selamat mencuba!
Kalau sebelum ini anda sentiasa mengunakan sarung bantal yang biasa di rumah, sudah pasti ada di kalangan anda yang pernah berdepan dengan masalah kesan kotoran air liur basi pada permukaan bantal anda.
Tambahan pula, setelah sekian lama digunakan sudah pasti kesan kotoran tersebut akan meninggalkan kesan sehingga permukaan pada bantal anda kelihatan ‘berpeta’ bak kata orang ramai.
Tidak dinafikan, penggunaan bantal tidur sememangnya amat disarankan untuk ditukar setiap dua bulan sekali bagi mengekalkan tahap kualiti dan kebersihan bantal anda supaya bebas daripada sebarang kuman yang tidak diingini.
Maka oleh itu, anda juga disarankan untuk mengunakan sarung bantal khas ini kerana ia dapat melindungi bantal anda daripada sebarang kekotoran atau kesan air liur basi.
Bukan itu sahaja, sarung bantal khas ini juga tetap boleh memberi keselesaan yang maksima meski fabriknya bersifat kalis air. Hebat bukan?
Jadi, anda tidak lagi perlu berasa bimbang sekiranya anda tertumpah air pada permukaan bantal apabila mengunakan sarung bantal khas ini.
Sekiranya anda ingin mendapatkan sarung bantal khasi, anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian di aplikasi Shoppe. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.