Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Sila lihat balik di dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara Menata Barang Antik dalam Dekorasi Moden Anda. Dalam dunia dekorasi, barang antik menawarkan daya tarik dan keunikan yang sukar ditandingi. Walaupun zaman moden menekankan reka bentuk bersih dan fungsional, menggabungkan barang antik ke dalam dekorasi moden dapat mencipta kontra yang menarik dan menambah kedalaman serta karakter pada ruang anda.
Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan pesona barang antik dan menggabungkannya dengan elemen moden untuk mencipta ruang yang elegan dan unik:
1. Memilih Barang Antik yang Sesuai
Langkah pertama dalam penataan barang antik adalah memilih item yang sesuai dengan gaya dan tema ruang anda. Pertimbangkan jenis barang antik yang sesuai dengan ruang moden anda, seperti:
Perabot: Pilih perabot antik yang mempunyai reka bentuk yang menarik tetapi tidak terlalu berat atau berlebihan. Contohnya, meja kopi bergaya Victorian atau kerusi antik dengan ukiran halus boleh menjadi aksen menarik dalam ruang tamu moden.
Hiasan Dinding: Lukisan, cermin berbingkai antik, atau bingkai gambar lama boleh menjadi elemen yang memikat perhatian pada dinding kosong dan menambah rasa sejarah.
Aksesori Kecil: Jam meja antik, lampu minyak, atau patung kecil boleh digunakan untuk menambah sentuhan antik tanpa mengubah keseluruhan reka bentuk ruang.
Pilih barang antik yang mempunyai sejarah atau cerita unik, kerana ini boleh menjadi titik perbualan yang menarik bagi tetamu anda.
2. Menggabungkan Barang Antik dengan Reka Bentuk Moden
Mengintegrasikan barang antik dalam ruang moden memerlukan keseimbangan dan perancangan yang baik. Berikut adalah beberapa cara untuk mencampurkan elemen antik dengan reka bentuk moden:
Kontras dan Keseimbangan: Gabungkan barang antik dengan perabot moden untuk mencipta kontras yang menarik. Sebagai contoh, letakkan kerusi antik di sebelah meja makan moden atau gunakan cermin antik sebagai titik fokus di dinding dengan latar belakang warna neutral.
Perhiasan Minimalis: Untuk mengelakkan ruang anda daripada kelihatan terlalu berlebihan, pilih beberapa barang antik sahaja dan letakkan di kawasan yang strategik. Ini akan membolehkan barang antik tersebut menjadi fokus tanpa mengganggu keseluruhan reka bentuk.
Campuran Material: Gabungkan bahan moden seperti kaca dan logam dengan perabot antik yang diperbuat daripada kayu atau kulit. Gabungan material yang berbeza ini mencipta tekstur dan kedalaman visual yang menarik.
Penggunaan Warna: Pilih palet warna moden yang neutral atau lembut untuk latar belakang, dan gunakan barang antik untuk menambah warna dan tekstur. Sebagai contoh, jika anda mempunyai dinding putih, sebuah sofa antik dengan corak berwarna-warni akan menonjol dengan baik.
3. Menyelaras Barang Antik dengan Aksesori Moden
Aksesori adalah cara yang berkesan untuk mengintegrasikan barang antik dalam ruang moden tanpa perlu melakukan perubahan besar. Beberapa idea termasuk:
Lampu dan Lilin: Gunakan lampu atau lilin antik dalam bingkai moden atau tempat lilin. Ini memberikan keseimbangan antara elemen lama dan baru dan menambah suasana yang nyaman.
Tekstil dan Kain: Pilih tekstil moden untuk langsir, bantal, atau karpet dan campurkan dengan aksesori antik. Kain seperti linen atau kapas dengan reka bentuk yang bersih boleh melengkapkan perabot antik dengan baik.
Perhiasan Kecil: Barang seperti bingkai gambar antik atau jam meja boleh diletakkan di atas meja sisi moden atau rak buku untuk menambah sentuhan klasik tanpa mengubah keseluruhan tema.
4. Menjaga dan Memelihara Barang Antik
Barang antik memerlukan penjagaan dan pemeliharaan yang sesuai untuk memastikan ia kekal dalam keadaan baik. Beberapa tip untuk menjaga barang antik termasuk:
Bersihkan dengan Teliti: Gunakan pembersih yang sesuai untuk bahan antik dan elakkan menggunakan bahan kimia yang keras. Sentiasa bersihkan dengan lembut dan ikut arahan penjagaan yang disyorkan.
Jaga Kelembapan dan Suhu: Pastikan barang antik tidak terdedah kepada kelembapan tinggi atau suhu yang melampau. Simpan barang dalam keadaan yang stabil untuk mengelakkan kerosakan.
Penstabilan Struktur: Untuk perabot antik, pastikan ia stabil dan tidak goyang. Sekiranya perlu, bawa kepada pakar untuk pembaikan atau pengukuhan.
5. Menggunakan Barang Antik sebagai Focal Point
Barang antik boleh berfungsi sebagai titik fokus dalam ruang moden anda. Beberapa cara untuk melakukannya termasuk:
Gantung Lukisan Antik: Gantungkan lukisan antik di dinding utama ruang tamu atau bilik tidur. Pastikan ia diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk menarik perhatian.
Gunakan Cermin Antik: Letakkan cermin antik di lokasi strategik seperti atas mantel perapian atau di dinding kosong. Cermin ini bukan sahaja menambah kecantikan tetapi juga membantu memperluaskan ruang visual.
Pamerkan Koleksi: Jika anda mempunyai koleksi barang antik, pamerkannya dalam kabinet kaca atau rak buku. Ini membolehkan anda menonjolkan barang-barang tersebut dengan cara yang menarik dan teratur.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Keseimbangan antara gaya klasik dan moden bukan sahaja menjadikan ruang anda lebih menarik tetapi juga memberikan sentuhan peribadi yang membezakan rumah anda daripada yang lain.
Anda ada air-cond di rumah anda? Mesti ada kan. Setiap rumah yang ada di Malaysia ini, kebanyakkannya ada air-cond di rumah mereka. Kadang-kadang bukan setakat 1 atau 2 tapi setiap bilik ada. Kalau ada 10 bilik, 10 bilik tu lah nak ada air-cond. Tapi mesti kita akan rasa rimas dan serabut kan bila tiba-tiba air-cond tu tak sejuk? Dah lah tengah musim panas waktu ini. Dari penyabar terus hilang sabar. Bila tengok remote control tu, dah sampai ke 16 darjah celcius dah tapi masih panas. Aduhaii. Tapi jangan risau, saya akan kongsikan kenapa air-cond di rumah anda boleh jadi tiba-tiba tidak sejuk.
Perkara pertama yang anda boleh jangka atau syak kenapa air-cond tiba-tiba tak sejuk, adalah sebab pemasangannya itu ada masalah dan tidak mengikut pemasangan standard. Unit luar terletak di lokasi yang menyusahkan. Tiada pergerakan udara yang mencukupi. Paip tembaga adalah saiz yang salah. Ini selalu berlaku apabila terdapat paip tembaga sedia ada di dinding. Tembaga sepatutnya untuk penghawa dingin 2hp, namun hanya penghawa dingin 1hp dipasang. Ini selalunya hasil daripada pemilik rumah membeli penghawa dingin tanpa berunding dengan pakar penyaman udara terlatih.
Kedua, adalah gas air-cond dah tak ada. Antara sebab kenapa gas air-cond tak ada adalah berkemungkinan ada kebocoran kerana gas air-cond ini sebenarnya tidak akan pernah habis. Jadi, kalau ada kekurangan gas, mesti ada kebocoran dan kebocoran itu mungkin boleh jadi sebab Nut tak ketat, Nut pecah semasa pemasangan, sambungan copper pipe pecah, servis valve rosak dan juga Evaporator/Condenser Coil bocor.
Ketiga, tidak cuci filter setiap bulan. Haa benda ni selalu jadi pada diri saya juga dan pada orang ramai. Filter ini, dia ada dalam air-cond. Kita hanya perlu buka penutup dihadapan itu sahaja, kita akan nampak filter tersebut. Bila bawa keluar, penuh berhabuk. Jadi apa perlu kita buat? Kita ambil dah basuh di tandas dengan air. Selepas dah basuh, keringkan dan letak semula di tempat asalnya. Boleh jamin, air-cond akan sejuk semula.
Jadi, itu lah sebab-sebab kenapa air-cond di rumah anda kadang-kadang jadi tidak sejuk. Maka, kita kenalah rajin dalam membuat setiap pemeriksaan terhadap air-cond kita atau anda boleh memanggil mana-mana pakar untuk periksa air-cond anda.
Di rumah banglo ataupun rumah yang mempunyai 2 tingkat atau lebih, semestinya ada tangga. Tanpa tangga, rumah tersebut tidak akan menjadi rumah yang bertingkat dan hanya jadi rumah teres yang biasa. Tapi, tahukah anda, tangga-tangga ini semua, mempunyai jenisnya yang lain. Mahu tahu? Mari sini saya memberitahu anda tentang jenis tangga supaya anda boleh menambahkan lagi pengetahuan tentang tangga.
Tangga Lurus
Tangga lurus ini adalah tangga yang merupakan designnya hanyalah lurus dan terus terhubung dengan tingkat seterusnya. Tangga ini lurus ini dibuat bersama pelantar yang dapat memberi keselesaan kepada kaki. Kalau anda nak tahu, tangga ini lah yang selalu digunakan di setiap rumah kerana kosnya sangat rendah.
Tangga Suku Pusingan
Tangga ini mempunyai dua deretan anak tangga yang akan kita pijak sebelum tiba di tingkat seterusnya dengan pelantar yang pusingannya sebanyak 90 darjah di pertengahan tangga ini. Tangga ini sesuai digunakan sebagai pilihan selepas tangga lurus kerana ia sesuai untuk ruangan dalaman rumah yang terhad.
Tangga Separuh Pusingan
Tangga ini pula ia sama sahaja seperti tangga suku pusingan tadi, cuma pusingannya lebih daripada suku pusingan iaitu 180 darjah sebelum tiba di tingkat berikutnya dan kedua-dua deretan anak tangganya adalah selari.
Tangga Geometri
Geometri atau Elips, adalah nama bagi tangga ini. Tangga ini mempuyai reka bentuk yang menarik kerana keistimewaannya meliputi deretan anak tangga yang berterusan dengan disusun mengelingi tupang tengah yang menjadikan satu tangga keliling. Tangga seperti ini, orang kaya selalu ada kerana tangga seperti itu hanya ada di rumah banglo sahaja.
Kesimpulannya, bermacam-macam tangga ada di dunia ini dan cuma kita sahaja perlu memeilih dengan cermat dan teliliti.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.