Tiada yang salah dalam mereka bentuk sesuatu perkara sama ada baju, kasut, perabot, dekorasi dan sebagainya. Tambahan, ia terlalu subjektif untuk mengatakan sesuatu hasil rekaan itu kelihatan cantik mahupun tidak. Ini keran setiap orang mempunyai cetusan citarasa yang berbeza-beza. Sama seperti penyusunan pasu di laman. Sama ada ianya mempunyai tanaman mahupun kosong, cara penyusunan memerlukan garis panduan agar padanan yang dizahirkan tidak nampak celaru

Perletakkan sesuatu elemen itu perlu sepadan supaya yang dizahirkan tidak kelihatan serabut dan meroskkan pemendangan sedia ada. Hal ini kerap berlaku apabila si pemilik cuba melakukan padanan koleksi tanaman berpasu yang terdapat di laman. Tidak bermakna banyaknya pasu dan tanaman yang dihimpunkan di satu sudut dapat mencetuskan sebuah landskap yang indah.

Berikut, 4 panduan dalam menyuai padankan pasu di laman:

IKLAN

HASILKAN SEBUAH ARCA DARI SUSUNAN PASU
Sebelum melakukan sebarang susun atur atau rombakkan terhadap koleksi tanaman berpasu yang dimilik, cuba bayangkan adakah setiap satu pasu mempunyai padanan yang sesuai jika berada antara satu sama lain. Jika tidak, anda boleh abaikan teknik ini

PASTIKAN SETIAP TANAMAN BERPASU MEMPUNYAI FUNGSI
Selain penyeri laman, pastikan tanaman berpasu yang dimiliki mempunyai fungsinya tersediri. Ini dapat memastikan setiap tanaman berpasu di laman berada di lokasi mengikut keperluanya. Antara fungsi tanaman berpasu adalah untuk membentuk laluan di laman, sebagai tanda aras keselamatan jika terdapat perubahan aras lantai, sembagai visual sempadan dan sebagainya

IKLAN

PASU MEMERLUKAN CORAK
Tak semestinya anda perlu membeli pasu dari warna yang sama. Wujudkan kelepbagain reka bentuk pasu untuk menampilkan laman yang unik. Namun, padanan pasu dan jenis tanaman tidak boleh terlalu lari dari asasnya. Kelak ia akan menjadikan laman anda lebih serabut apabila terdapat rona dan reka bentuk pasu atau bunga yang tidak sepadan

PENGGUNAAN TANAMAN HARUS SEPADAN
Sepadan tidak bermaksud dari jenis tanaman yang sama. Pelbagaikan tekstur dan rona yang bersesuaia dapat mewujudkan sebuah susunan tanaman berpasu yang lebih menarik dan tidak membosankan. Jika anda berhasrat untuk menggunkan tanaman berwarna putih kesemua nya, campurkan dengan spesis atau tekstur yang berbeza namun masih mempunyai tema rona yang sama

IKLAN

PELBAGAIKAN SAIZ PASU
Jika anda tidak yakin dengan padanan warna yang dilakukan atau memang mempunyai konsep rona tertentu, pelbagaikan penggunan saiz pasu. Tinggi, rendah gemuk dan sebagainya akan menjadikan sudut padanan tanaman berpasu anda kelihatan pelbagai dan menarik

https://www.instagram.com/p/Bon86TKBiY7/?tagged=containergarden

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI