Bulan Ramadhan penuh barakah pasti ramai menumpukan perhatian kepada amal ibadah ibarat tiada lagi ramadhan untuknya akan datang. Sudah pasti, ramai yang akan memperlahankan aktiviti duniawi. Tidak kurang juga yang mengelak melakukan sesuatu yang mampu menjejas prestasi harian mereka untuk kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka.

Namun itu bukan alasan untuk anda tidak berkebun. Kebiasaanya, laman dan kebun di abaikan dan tidak diperhatikan kerana khuatir badan cepat terhidrat. Sebenarnya ada cara untuk pastikan anda kekal bertenaga dan masih boleh berkebun walaupun di bulan puasa.

IKLAN

Tips untuk kekal bertenaga:
1. Minumlah air yang cukup waktu berbuka hingga ke sahur
2. Elakkan makanan yang berlemak-lemak
3. Makan cara berkhasiat dan sederhana
4. Sahur dan berbuka dengan kurma

IKLAN

Tenaga dah cukup, apa lagi boleh lah langsung berkebun. Tapi sebelum berkebun persiapan lain perlu disediakan dan diperhatikan:

IKLAN

1. Waktu yang sesuai untuk berkebun di bulan puasa adalah di awal pagi. Sebaiknya, selesai solat subuh terus bersiap untuk berkebun. Awal pagi badan masih rasa segar dan bertanaga.
2. Pakai topi untuk elak anda terkena terik matahari dan pastikan pakaian yang dikenakan selesa.
3. Mula kan berkebun dengan aktiviti yang ringan terlebih dahulu. Sebaiknya, elak untuk melakukan kerja-kerja berat.
4. Berhenti melakukan aktiviti di kebun menjelang pukul 10 pagi. Ia bagi mengelak badan mudah letih akibat hidrasi yang akan berlaku lebih banyak apabila petang
5. Untuk menyiram tanaman di petang hari, sebaiknya lakukan selepas segala persediaan untuk berbuka siap. Atau sebaiknya di hujung waktu sambil menunggu waktu berbuka.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI