Kita cenderung berfikir bahawa kerja pembersihan itu agak merumitkan. Namun, realitinya, ia boleh menjadi cepat dan mudah, apabila anda merancang dengan betul dan mempunyai alat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Berikut adalah 5 petua atau tip mudah untuk anda bermula:
#1 Bermula dengan membuat perancangan: Tandakan kawasan yang perlu diberi tumpuan, dan periksa sama ada anda memerlukan bantuan luaran. Anda tidak perlu membersihkan keseluruhan rumah anda dalam satu masa. Sekiranya anda harus melakukannya, bahagikan ia sekurang-kurangnya kepada dua hari atau dua minggu. Ini bukan sahaja membuat tugasan membersih lebih mudah diurus, anda juga tidak akan bosan atau terlalu letih pada akhirnya.
#2 Periksa sama ada anda alat anda betul-betul sebelum anda menggunakannya: Dalam setiap tugas yang kita uruskan dalam kehidupan harian, memilih dan menggunakan peralatan yang sesuai adalah sangat mustahak. Beberapa peralatan yang sering ditemui di kediaman kita tidak semuanya digunakan untuk melakukan pembersihan. Adakah anda bertanya peralatan seperti apa?
Sepeti produk Pelbagai Guna WD-40®, yang mana ia sangat bagus untuk menghapuskan minyak, gris, kotoran, dan kesan degil melekit. Apabila menggunakan produk ini, ia juga melindungi logam daripada karat dan hakisan. Bayangkan pagar dan gril. Ia juga amat berkesan dalam membantu menanggalkan pelekat lama, menyingkir bahan lekatan yang ketat pada pita, label dan pelekat dengan mudah.
Ads
#3 Bersihkan dari atas ke bawah: Fikirkan mengenai graviti dan bagaimana habuk yang bergerak-gerak. Oleh itu, ia perlu dimulakan dari permukaan yang lebih tinggi- lekapan ringan, kipas, penghawa dingin, langsir dan tingkap, dan gerakkan ke bawah. Ini bermaksud akhir sekali baru bersihkan lantai anda.
Ads
#4 Tidak perlu ada rasa sayang: Tanpa menyedarinya, kita sering menyimpan barang-barang yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dan barangan itu bertimbun dan bertindih. Oleh itu, sebelum tahun baru bermula, tanya diri anda adakah anda masih menggunakan barangan tersebut dalam tempoh setahun lalu. Jika jawapannya tidak, maka sudah tiba masanya untuk anda membuangnya. Sekiranya anda mempunyai banyak barangan seperti itu, anda juga boleh membuat jualan garaj bagi menukarkan barangan yang tidak diperlukan itu kepada wang.
Ads
#5 Ceriakan diri anda: Pembersihan boleh menjadi tugas yang sangat memuaskan dan menyeronokkan. Tetapi jika anda tidak biasa menikmati proses pembersihan atau anda cepat jadi bosan, hidupkan semula suasana yang mengembirakan seperti memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Dengan semua perkara ini, yang memberi perbezaan adalah sikap. Oleh itu, ia adalah perkara yang amat baik apabila anda dapat melakukan kerja pembersihan dengan rasa seronok, dan anda cenderung untuk melakukannya dengan lebih kerap, atau lebih bagus.
Diharap dengan 5 petua atau tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang rumit dan mungkin merunsingkan anda selama ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur bukan hanya digunakan sebagai tempat untuk kita berehat dan tidur. Ruang ini juga merupakan sebuah kawasan yang bersifat peribadi dan penuh privasi. Ia boleh menjadi tempat untuk bermeditasi, menenangkan fikiran dan juga sebagai pusat mencari ilham.
Jadi, adalah menjadi satu kemestian untuk mempunyai sebuah bilik tidur yang nyaman dan selesa bagi menjamin kualiti hidup yang baik.
Dan ia bermula dengan pemilihan konsep yang sesuai mengikut minat dan personaliti pemilik. Dengan mendekorasi ruang ini, anda akan dapat menghidupkan dan mendorong suasana yang tepat dengan mood yang ingin diketengahkan.
Disini IMPIANA kongsikan 4 konsep yang sesuai dijadikan tema buat kamar tidur yang selesa dan menyamankan.
MINIMALIS
SCANDINAVIAN
KONTEMPORARI
INDUSTRIAL
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Di dalam setiap rumah yang ada di Malaysia, mesti ada kipas siling. Lagi-lagi, di ruang tamu. Kalau kipas siling tak ada dekat ruang tamu, jenuhhh kita. Melainkan ada penghawa dingin, tak apa lah. Lagipun, suis kipas siling itu, mesti kita akan terus tekan apabila masuk ke rumah. Ia dah jadi seperti satu kewajiban dah. Oleh kerana itu, pemilihan kipas siling sangat penting dan di sini, saya akan menunjukkan beberapa kipas siling yang berbentuk moden dan cantik malah berkualiti kita yang boleh kita dapat di pasaran supaya ia sesuai dengan keselesaan keluarga.
Mari kita saksikan senarai kipas angin siling yang terhangat sekarang ini.
MIDEA 5 BLADES CEILING FAN
Kipas siling Midea 5 Blades ini, menjadi banyak tumpuan orang ramai kerana kipas ini mempunyai 5 bilah berjenis ABS dan kepanjangannya 56 inci yang sudah pasti dapat memberikan pusaran angin yang kuat dan laju. Bukan itu sahaja, kecanggihan kipas ini, ia boleh mengubah kelajuan kipas dengan 3 level. Dengan hanya 3 level kelajuan putarnya, sudah dapat menyejukkan suasana bilik atau dalaman rumah.
KHIND CEILING FAN 60” CF615
Seterusnya adalah kipas siling Khind 60 inci CF615. Kipas ini hanya mempunyai 3 bilah sahaja tetapi dengan 3 bilah ini, ia sudah memadai kerana kipas ini diperbuat dari material logam. Panjang setiap satu bila tersebut adalah 60 inci. Kehebatan kipas ini yang saya boleh katakana, ia mempunyai 5 level kelajuannya dan pada level 1 sahaja, ia sudah mampu memusing dengan kelajaun 240m sepadu dalam masa seminit. Boleh bayangkan tak bagaimana kesejukkannya dari kipas itu.
DEKA DK50L CEILING FAN with LED LAMP
Dan yang terakhir adalah kipas siling Deka DK50L yang di mana kipas ini mempunyai 4 bilah dan disertakan dengan lampu ditengahnya. Keunikkan atau kelainan kipas ini, lampu ditengah yang menjadi sasaran ramai orang. Ini kerana lampu tersebut mempunyai 3 pilihan cahaya lampu. Sangat berbaloi kipas ini kerana ia telah menjimat kita untuk memasang lampu siling jika tiada kerana kipas ini sudah datang sekali dengan lampu.
Maka, itu sahajalah yang dapat saya kongsikan jenis-jenis kipas siling yang terhangat sekarang ini di Malaysia pada tahun 2022. Jadi, apa tunggu lagi? Beli lah sekarang!
Bilik air yang telah berusia lebih 10 tahun, mesti jubin di lantai dan dinding sudah mula kelihatan kusam dan tdiak menarik. Pakai lah apa pun pencuci, ia tidak dapat merubah fizikal jubin kerana telah dimakan usia. Ramai yang ambil keputusan untuk tukar dengan yang baru. Namun, ia akan menyababkan kerja-kerja yang lebih rumit dan kos yang tinggi.
Namun, puan Bie Nabilah Mohamed Nazir punya pilihan sendiri yang lebih cepat dan mudah. Puan Bie telah memanggil kontraktor pemasangan epoxy.
Lantai panggil orang buat . Cuba cari ‘Epoxy Flake Coating’ dekat facebook . Mesti jumpa dealer yang boleh buat . Design lantai saya hanya tengak kat page fb dealer, mana-mana yang sesuai dengan keadaan dan keluasan bilik air saya dan bagi kat dia . Kos RM1000. Tempoh masa dia buat dlm 4 jam (10pagi-2ptg)…boleh guna bilik air semula after 12jam..
Asalnya bilik air saya nie bocor..water proofingnya da rosak..jd kalau nak buat baru, pecah tiles kosnya sngt mahal..jadi nie solution paling effective dan berbaloi..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.