Pokok betik antara tanaman buah yang paling mudah untuk dikesan kehadiran penyakit. Kebiasaannya, ancaman mudah berlaku ketika musim hujan. Jika rawatan tidak dilakukan secara rutin, pokok betik terdedah pada pelbagai penyakit. Sedangkan tanaman yang dirawat juga mengalami masalah, ini kan pula tidak dirawat langsung.
Antara jenis penyakit yang kerap mengancam pokok betik di musim hujan adalah seperti:
1. Busu akar
Masalah busuk akar mamang agak sukar untuk dikesan kerana ia berada di dalam medium tanah. Ia berpunca daripada bakteria phytophthora palmivora.
Tanda-tanda jangkitan mula menyerang apabila bawah daun layu, menguning kemudian dan berkedut atau kerinting. Daun yang muda pun menunjukkan gejala yang sama
2. Busuk batang
Penyakit ini berpunca daripada bakteria yang sama menyebabkan masalah buruk akar. Jika di peringkat awal akar membusuk tidak dirawat, ia akan melarat kepada bahagian batang pula.
Masalah atau penyakit ini lebih mudah untuk dikesan. Kebiasaanya berlaku di bahagian pangkal batang. Akan kelihatan batang yang rosak. Lama kelamaan bahagian yang dijangkiti tadi akan merompong dan menyebabkan ia mudah patah
IKLAN
3. Penyakit buah rosak
Busuk buah berpunca daripada kehadiran fungus Colletotrichum gloeosporioides. Disebabkan keadaan yang sentiasa lembap, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat ini.
Kehadiran kulat pada buah betik dapat dikesan apabila kelihatan luka atau lebam kecil pada permukaan buah berbentuk bulat. Peringkat awal ia akan mengeluarkan getah. Lama kelamaan bahagian tersebut akan mengeras. Ada juga bahagian yang dijangkiti menajdi besar hingga menyebabkan buah membusuk apabila tiba masa matang
IKLAN
4. Daun layu
kehadiran bakteria Bacteria papayas akan menyebabkan daun yang masih muda pun mengalami keguguran. Peringkat awal, daun akan terkulai dan mula menguning sebelum gugur walaupun bahagian daun yang lain dalam satu pokok kelihatan sihat.
Jika langkah pengawalan tidak dilakukan segera, bahagian pucuk juga akan dijangkiti dan membusuk seluruh pokok
5.Papaya mosaic virus
Warna daun betik menjadi tidak rata dan kasar disebabkan oleh kehadiran papaya mosaic virus (PMV) Kehadirannya menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan daun terbantut. Jika langkah kawalan tidak diambil segera, ia akan menyebabkan masalah produktiviti buah betik.
IKLAN
Tip mencegah serangan penyakit betik ketika musim hujan
1.Perbaiki saliran atau sebaiknya sediakan laluan mahupun longkang sementara di antara pokok untuk memudahkan air hujan di hbawa kelaur dari kawasan betik.
2.Bila kelihatan ada pokok yang diserang penyakit, segera buang hingga ke bahagian akar pokok yang dijangkiti. Sebaiknya dimusnahkan sepenuhnya pokok tersebut dengan cara membakar. Ia bagi mengelak dari bakteria atau virus yang dijangkiti merebak ke tanaman lain
3.Mencegah dengan menggunakan semburan serangga sebaiknya secara organik. Namun jika cara organik kurang ampuh, boleh cuba gunakan racun kimia namun dalam nisbah yang amat minimum
Nama pemilik : Rohani Hamzah Jenis Kediaman :Rumah Kembar Dua Lokasi :Seri Kembangan Keluasan Taman :300sqft-400sqft Tempoh Taman :16 tahun
Kerap kita dengar dan lihat, laman yang dihias dengan menggunkan konsep mix and match sukar menzahirkan sebuah ciptaan yang indah. Hasilnya pasti bercelaru dan tidak menentu menjadikan sesuatu dekorasi laman itu kelihatan tiada identiti. Namun, tidak bagi laman yang diperkenalkan oleh sahabat penulis ini. Didominasi dengan konsep bali dan inggeris, laman ini kelihatan sempurna walaupun mempunyai pertembungan dua budaya yang amat berbeza.
Jelas menunjukkan, pemilik bijak membahagi dan merancang keperluan untuk menjadikan laman mereka sesempurna apa yang dilihat penulis. “Sebenarnya minat bercucuk tanam dan menjaga laman datang secara semula jadi selain daripada kolaborasi minat suami yang sama terhadap kerja kerja laman. Suami seorang yang sangat rajin berkebun dan mempunyai ilmu bercucuk tanam yang diwarisi dari keluarganya.’ Jelas pemilik membuka bicara
Namun, sebelum laman dibina pemilik telah melakukan beberapa kajian dan perancangan termasuklah berkunjung ke pusat-pusat nursery berdekatan disamping membaca majalah. Sudah pasti, sebelum apa yang dilakukan dalam semua hal, perancangan yang jitu dan teliti perlu dilakukan. Barulah hasilnya yang diusahakan hadir dalam satu pakej yang lengkap.
Dari luar pagar lot kediaman ini, sajian deretan bunga kertas dalam pasu menyambut sesiapa sahaja yang hadir ke teratak ini. Kelihatan, pemilik sukakan seni topiary kerana terdapat beberapa koleksi bunga kertas pemilik yang dijaga kemas dan rapi bentuknya agar sempurna
“Suami saya memang seorang peminat bunga kertas. Sebab itu, kami sediakan sebuah sudut yang menempatkan beberapa jenis dan warna pohon bunga kertas. Ia memudahkan suami saya untuk melakukan penyelanggaran khas terhadap tanaman tersebut.” Tambah pemilik. Bahagian hadapan pagar kediaman ini dipadukan dengan pelbagai tanaman menjadikan bahagian isinya lebih perivasi. Sebab itu, penulis tidak Nampak apakah rahsia yang tersimpan di sebalik tembok pagar ini.
Nah, sajian sebuah taman mini inggeris terpalit di bahagian pakir kediaman ini. Ruang ini sering dijadikan tempat minum petang Bersama suami tersayang. Ringkas digaya, ia memberi peluang kepada pemilik untuk mempelbagaikan aitiviti malah memberi ruang legar yang optimum.
Memudahkan lagi pergerakkan di ruang kecil ini, lantainya diturap dengan Jubin yang mempunyai corak seperti teracotta. Tepat pemilihan metarial dan rona yang digabungkan di ruang ini. Segala perincian berona putih yang menekan konsep inggeris yang cuba di bawa lebih menyerlah.
Terdengar kocakkan air dari celah-celah kepadatan Heliconia idan Calathea. Rupanya, tersemat sebuah kolam ikan koi berkonsepkan bali disudut bertentangan dengan taman mini inggeris tadi. Namun, untuk mengelak percanggahan konsep kelihatan jelas, perincian bali tidak ketara pada elemen air ini. Cukup sekadar pemilihan Jubin yang mempunyai tekstur seakan granit menjadi kemasan pada keseluruhan feature yang mendominasi sudut yang transition di antara ruang dan belakang.
Melepasi alunan air Bersama ikan yang memecah kesunyian di laman ini, barulah penulis dibawa ke sebuah dunia yang amat berbeza dari yang dilihat seawal menjejajkkan kaki di kediaman ini. Laman di bahagian belakang ini berkonsepkan bali. Kenapa bali? Pemilik lebih gemarkan suasana yang santai dan tenang dengan himpunan tanaman yang menghijau seperti Asplenium nidus, Epipremnim spp., Dracena dan pelbagai lagi.
Paduan pelbagai rona dan tekstur foliar menyempurnakan latar di ruang ini. Bila kata tanam bali atau tropika, tak lengkap rasanya tanpa kehadiran pohon Plumeria. Disini, pemilik memilih pelumeria berbunga merah jambu. Turut menjadi habitat di dahan plumeria adalah janggut tok adam.
Di sudut ini juga terdapat patio yang cukup luas untuk digunakan sebagai ruang santai seisi keluarga. Pemilihan bumbung genting menjadikan ruang ini tidak bergitu panas dan memberi keselesaan optimum ketika bersantai tak kira waktu siang mahupun malam. Set meja simenfero dipilih menjadi kemudahan bersantai di patio ini.
Menyerlahkan lagi konsep bali diruang ini, wall panel yang digunakan mempunyai pengaruh budaya tersebut disamping cermin bertingkap. Selesa beraktiviti lantai di patio ini diturap dengan Jubin yang menyerupai kemasan terracotta seperti yang digunakan di laman inggeris yang terdapat di hadapan kediaman ini.
Nampak, pemilik memang seorang yang gemar memperuntukkan masa di laman, Sebab itu, disetiap sudut disediakan ruang santai. “ Semasa cadangan membeli rumah pada mulanya lagi telah mengambil kira turun naik matahari bagi mebolehkan pokok-pokok bunga mendapat cahaya matahari secukupnya terutamanya bagi pokok-pokok buga kertas. Jadi, untuk ruang santai hanya cahaya matahari pagi sahaja yang menembusi. Sebab itu, kami tetap boleh bersantai walau di mana sahaja dengan selesa kerana terlindung dari terik mentari.” tambah pemilik
Pemilik yang merupakan suri rumah sepenuh masa memang mendedikasikan diri di laman. Rutin harian siraman dilakukan oleh pemilik setiap hari termasuklah penyelengaraan minor yang lain. “ Cuma apabila hujung minggu saya dan suami akan melakukan tugas-tugas major dalam menyelenggara laman seperti mencantas, menggembur, memtong rumput dan sebagainya.” Tambah pemilik dengan yakin
Melihat tanaman yang dipelihara sihat sempurna penulis berminat untuk mencukil apakah rahisa yang diamalkan. “ Selain siraman yang teratur, pembajaan setiap 2 minggu jangan dilupakan. Saya hanya menggunkan baja organik dan kimia yang mudah didapati dipasaran. Jika merancang percutian dalam tempoh yang lama, saya akan dapatkan pertolongan dari jiran tetangga untuk melakukan siraman
Menurut pemilik, kebanyakkan tanaman yang terdapat di laman ini dibeli dari kecil dan dibiakkan sendiri. Oleh sebab itu, pemilik amat memahami setiap karekter tanaman yang terdapat di laman nya. Jadi, seberang masalah atau isu pada tanaman dapat ditangani dengan mudah.
Dicelahan tanaman yang merimbun, pemilik mengambil kesempatan untuk menyulam beberapa jenis tanaman herba seperti misai kucing, belalai gajah, pokok tetulang, pecah kaca, rerama dan banyak lagi. Ia ditanam bukan sahaja untuk kegunana sendiri malah untuk diberikan kepada sahabat handai dan sedara mara yang memerlukan.
Suasana kediaman dengan udara yang segar, kicauan burung berterbang dan pepohon nyiur melambai di tengah kesunyian pastinya dapat merawat hati dan minda yang sedang keletihan. Namun di tengah kota raya yang dikelilingi dengan dinding konkrit ini, agak sukar untuk mencari tempat yang mendamaikan untuk melepaskan lelah selepas seminggu bekerja. Pastinya hujung minggu atau masa yang terluang banyak dipenuhi dengan berkunjung ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
Bagi Encik Sayuti, walaupun menetap di bandar sebolehnya dia ingin suasana desa dapat di zahirkan di laman rumah yang telah dibeli sejak 10 tahun yang lepas. “Kami berdua berasal dari kampung, isteri saya orang Perak manakala saya pula orang Kelantan. Kekangan masa menyebabkan saya jarang pulang ke kampung. Oleh itu, untuk mengurangkan kerinduan terhadap kampung halaman, saya cuba cipta suasana kampung dengan menerapkan pelbagai elemen-elemen kayu dan tumbuhan tropika,” ulas pemilik.
Reka bentuk profil bumbung yang unik menggabungkan campuran budaya antara Cina dan Jawa jelas kelihatan pada binaan ini. Gazebo yang beratapkan singhora (bumbung tanah liat) berbentuk bull nose dengan hujung bumbung yang melentik dengan ukiran ekor naga menampilkan ciri-ciri reka bentuk Cina. Untuk memberi keselesaan optimum, pangkin yang dibina dilengkapi dengan penyandar.
Apa yang dapat diperhatikan oleh penulis, pemilik bijak mengolah komposisi lantai tamannya. Ruang lantai laman yang tidak ditumbuhi rumput akibat daripada kekurangan cahaya matahari tidak di biarkan begitu sahaja. Pemilik akan meletakkan batuan gravel supaya ia lebih kemas seperti yang dilakukan di bawah pangkin gazebo dan appron rumah.
Melengkapkan lagi suasana taman, selain gazebo pemilik menggabungkan dengan binaan anjung. NBS Corporation telah dipertanggungjawabkan untuk membina struktur tambahan yang bersambung dengan sisi rumah untuk memudahkan akses dari ruang tamu. Kayu cengal berkualiti tinggi telah digunakan untuk membina struktur ini. Keseluruhan idea dan ilham reka bentuk diberikan oleh pemilik dan NBS Corporation berjaya menterjemahkan idea dan ilham tersebut dalam bentuk realiti. Pemilik telah memilih kayu cengal sebagai lantai anjung untuk membangkitkan lagi suasana desa.
Anjung yang dibina separuh enclosed ini memberi keselesaan optimum dan tidak panas kerana ia menggunakan bumbung asphalt yang tidak menyerap haba. Sebagai perincian reka bentuk fascia bord bermotifkan flora diletakkan pada cucur atap menyerlahkan lagi konsep tradisional yang cuba di ketengahkan. Bagaikan satu kemestian kepada setiap produk atau reka bentuk NBS Corporation Sdn. Bhd stain glass digunakan untuk memberi suntikan rona pada keseluruhan struktur kayu supaya ia tampil lebih menarik.
“Setelah setahun struktur anjung ini siap, ia menjadi ruang kegemaran kami seisi keluarga. Ada kalanya di hujung minggu kami akan makan seisi keluarga di ruang ini. Selain itu juga ruang ini menjadi entertaining space kepada tetamu yang berkunjung. Jika ada sebarang majlis kenduri, saudara mara lebih gemar duduk di anjung berbanding di dalam rumah”, ulas pemilik sambil tersenyum puas kerana anjung yang dibina dapat memberi manfaat kepada semua.
Bagi tujuan penyelenggaraan binaan anjung, cukup sekadar mengelap permukaan kayu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan dari habuk melekat pada permukaan kayu. Selebihnya, pemilik hanya akan melakukan recoating yang telah dicadangkan oleh pereka apabila kayu mula kelihatan pudar atau bila perlu sahaja.
Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman. Umum tahu, jangung mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya, ia tinggi dengan serat yang secara tidak langgsung membantu mengatasi masalah pencernaan. Selain itu juga ia membantu mengurangkan masalah jantung dan menjaga kesihatan mata.
Salah satu cara menghidangkan jagung adalah dengan merebus. Tahukah anda, sisa air rebusan jagung mempunyai banyak manfaat pada tanaman?
Di petik dari Flourishing Plants, air rebusan jagung bermanfaat kepada tanaman kerana ia mengandungi gula semula jadi. Gula tersebut berupaya membantu menjaga kelembapan dan sangat diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
Air rebusan jagung mengandung karbohidrat yang tinggi serta kaya mineral, nutrisi, dan vitamin yang sangat baik untuk tanaman. Vitamin dan mineral ini mengalir ke tanah, lalu diserap akar tanaman untuk meningkatkan pertumbuhannya
Selain itu juga, air rebusan jagung berupaya menjadi booster atau baja ringan untuk tanaman. Namun, sebelum di siram pada tanaman pastikan airnya telah sejuk pada suhu bilik dan elak untuk meletakkan garam.
Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...