Lagi beberapa hari sahaja, bulan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Sementara, sibuk dengan persiapan raya, amal ibadah di bulan puasa jangan diabaikan. Mari kita mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi masjid. Di Malaysia, terdapat banyak masjid yang cantik dari segi seni bina dan hiasan dalamannya. Di sini IMPIANA berkongsi 5 masjid tercantik di Malaysia.
1. Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Masjid ini juga dikenali sebagai masjid besi. Ia mula dibina pada April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos, 2009. Dari segi seni bina, masjid ini menggunakan seni bina jaringan (architectual wire mesh) atau anyaman masyarabiah yang diimport dari negara Jerman dan China. Selain dari itu, keunikan masjid ini ialah ia tidak mempunyai sebarang kipas atau alat penghawa dingin, sebaliknya ia menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).
2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Tahukah anda masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara? Selain itu, masjid ini juga mempunyai menara kedua tertinggi di dunia, dan mempunyai kubah terbesar di dunia. Hebat kan? Masjid ini pastinya menjadi tarikan buat pengunjung.
IKLAN
3. Masjid Kristal, Kuala Terengganu Masjid yang terletak di Kuala Terengganu ini telah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia. Struktur utama masjid ini diperbuat daripada besi, kaca, dan kristal. Ia dibina pada tahun 2006 hingga 2008 dan mula dibuka secara rasmi pada 8 Februaru, 2008. Masjid ini juga mempunyai kapasiti 1500 jemaah.
IKLAN
4. Masjid Ubudiah, Perak Masjid cantik ini terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara tarikan utama masjid ini adalah dari segi seni binanya. Masjid ini berbentuk oktagon mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki dan dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana setiap diameternya berukuran 60 kaki. Dari segi interior pula, dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang diimport khas dari Itali dan London. Pengunjung tang datang ke Perak sudah pasti, tidak melepaskan peluang mengunjungi masjid cantik ini.
IKLAN
5. Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu Antara keunikan masjid ini adalah dari segi reka bentuknya yang menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Ia siap sepenuhnya pada tahun 2000 dan menelan kos sebanyak RM34 juta. Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung kerana 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air.
Selain dari menjadi tempat ibadah, masjid juga menjadi tempat menarik untuk dikunjungi kerana kebanyakan masjid mempunyai hasil seni bina yang mengagumkan. Jika bazar Ramadan boleh singgah setiap hari, mengapa tidak masjid?
Percutian yang dekat dengan alam semula jadi di Sekeping Serendah Retreat Homestay. Sudah tentu ia merupakan destinasi paling ideal buat anda yang sukakan cabaran di dalam hutan serta merasai sebuah kehidupan paling asas di tengah belantara.
Terletak di Rawang yang tidak begitu jauh dengan ibu kota Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar utama lainnya di negeri Selangor, pencarian ke destinasi percutian ini tidaklah sukar kerana ia mudah diakses menerusi kemudahan satelit pada telefon pintar mahupun alat navigasi lainnya. Di Sekeping Serendah; Destinasi Dalam Alam Semula Jadi ini mampu memberi ketenangan yang terbaik untuk anda.
JAJAHAN MALAR HIJAU SEGARKAN PANDANGAN
Tidak dinafikan suasana resort Sekeping Serendah yang rimbun dilitupi dengan tumbuhan malar hijau menyumbang pada suhu dingin dan nyaman di sekitarnya. Kawasan jajahan hutan tropika ini menjadikan keadaan sekelilingnya lebih teduh serta lembap. Meskipun sesi penggambaran dijalankan pada waktu tengah hari yang terik namun oleh kerana faktor persekitarannya mempunyai pohon-pohon tinggi dan menutup lelangit, ia telah membantu sesi penggambaran berjalan dengan baik sekali. Amat jelas dan nyata, keadaan resort ini sekali gus membangkitkan aura relax dan fresh kepada penulis. Tambahan lagi, ia jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan penulis terbuai dan terpesona dengan keasyikan semula jadi ciptaan Tuhan.
JAJAHAN MALAR HIJAU HIDANGKAN PENGALAMAN KEHIDUPAN PALING ASAS DI TENGAH HUTAN BELANTARA
Penulis memanjangkan langkah melalui jalan susur ke bahagian dalam resort untuk melihat dengan lebih terperinci. Dihiasi dengan teknik Rockin Landscape yang menggunakan river rocks untuk mencipta suasana realistic dan lebih alami, ianya juga merupakan salah satu strategi untuk mengawal lebihan air hujan. Manakala penggunaan common gravel berfungsi sebagai utilitarian purpose dijadikan sebagai pebble wash untuk pejalan kaki dan kenderaan. Di samping itu, teknik hiasan batu common gravel turut memainkan peranan penting dalam sistem saliran dan menjadi asas yang kukuh untuk struktur landskap. Menterjemahkan unsur-unsur sebatian alam, kaedah Rockin Landscape telah menyeimbangkan kesan dekor landskap agar tampak harmoni dan pragmatis.
FASILITI LENGKAP DITENGAH HUTAN
Menyediakan pegunjung dengan beberapa pilihan rumah penginapan seperti glass shed, glass box, mud shed, timber shed, dan warehouse yang keseluruhannya berjumlah 10 buah rumah penginapan. Setiap reka bentuk penginapan di sini melambangkan keunikan serta mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Menjengah masuk ke ruang kamar penginapan, penataan yang diterapkan dalam setiap sudut bilik cukup ringkas dan bersahaja. Resort ini mahu mendedahkan pengunjung dengan konsep kamar forest living environment. Menjenguk pada ruang kamar mandi, ia memberikan impak wow faktor kerana konsep kamar mandi tidak berbumbung ini cukup mengagumkan. Bayangkan, anda boleh mandi ditemani bintang dan bulan yang pastinya memberikan anda pengalaman ‘rare’!
Pun begitu, pengurusan resort turut mementingkan keselesaan dan keselamatan pengunjung dengan menyediakan bilik penginapan yang mempunyai katil queen size berserta mosquito nets dan kipas siling. Tidak mengehadkan keperluan dan kelengkapan harian pengunjung, resort Sekeping Serendah turut menyediakan hob dapur, cerek, ketuhar, pembakar roti, kelengkapan BBQ, kutleri, peti sejuk, singki, dan outdoor coffee table bagi memudahkan anda dan keluarga memasak. Penulis juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan, mereka turut menyediakan khidmat tempahan makanan dan menghantar terus ke bilik penginapan.
Kemeriahan sepak mula Piala Dunia 2018 Rusia bermula sejak malam raya 14 Jun 2018 lepas. Kemeriahannya dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan semua 64 perlawanan secara langsung terus dari bumi Rusia melalui stesen penyiar rasmi tempatan.
Walaupun kemeriahannya lebih bermakna jika disaksikan depan mata, tetapi untuk kita pergi ke sana ianya memerlukan belanja yang tinggi seperti tiket penerbangan, tiket memasuki stadium, dan tempat menginap. Jadi, IMPIANA ingin berkongsi serba sedikit jamuan mata buat pembaca serta pengikut majalah dekorasi nombor 1 di Malaysia tentang keindahan senibina 12 buah stadium rasmi yang digunakan sepanjang acara sukan berprestij ini berlangsung.
Stadium Luzhniki, Moscow
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di perkarangan stadium, pengunjung akan disambut oleh ukiran patung Lenin yang mana ianya diinspirasikan daripada senibina Greek. Stadium ini mendapat sentuhan dari tiga buah firma Arkitek iaitu PA Arena, GMP Architekten dan Mosproject-4. Pada asalnya ia boleh memuatkan seramai 78,000 penonton dan apabila siap secara rasmi pengubahsuainnya, ia boleh menempatkan seramai 81,000 orang. Lokasinya amat strategik kerana terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan(CBD) Moscow.
Stadium St Petersbug
Dikenali sebagai stadium yang paling mahal dalam proses renovasi sehingga menelan USD 1 Billion. Ianya juga stadium yang paling canggih dan berteknologi tinggi kerana bumbungnya boleh dibuka dan ditutup jika berlaku hujan. Selain itu, ianya disokong dengan struktur lapan tiang pancang dan berbentuk seakan sebuah kapal angkasa. Ianya berada di bawah selian arkitek dari Jepun, iaitu Kisho Kurokawa.
Fisht Stadium, Sochi
Firma Arkitek Populous bertanggungjawab dalam merangka design pembinaan stadium bersejarah yang pernah menjadi host kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Pada asalnya, stadium ini berkonsepkan tutup bumbung, tetapi diubah pelan khasnya kepada konsep open-air untuk penganjuran Piala Dunia 2018, Russia. Jumlah keseluruhan perbelanjaan menelan sehingga USD 779 Juta ini diilhamkan daripada ukiran telur emas diraja Faberge Egg.
Stadium Yekaterinburg
Selaku penganjur rasmi edisi Piala Dunia 2018, Rusia mengambil langkah all–out dalam idea senibina stadium dengan merangka pelan yang pada asalnya nampak tidak masuk akal, tetapi end resultnya amat gempak dan memukau mata yang memandang. Jika stadium lain, semua penonton berada dalam stadium, tetapi pelan Stadium Ekaterinburg adalah dengan ‘mengeluarkan’ sedikit penontonnya yang duduk di belakang gol post. Walaupun terdapat banyak idea inovasi yang telah ditambah, itu tidak bermakna sentuhan asal klasikal-facade nya hilang malahan Ianya juga turut disokong dengan besi pancang Neo Klasikal Soviet untuk mengekalkan imej asalnya.
Nizhny Novgorod Stadium
Pelan senibinanya diilhamkan daripada elemen alam semulajadi berikutan lokasi stadium ini terletak di sebelah titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Volga dan Oka. Facade nya kelihatan beralun dan diwarnai dengan rona biru dan putih. Ianya dibina khas untuk penganjuran piala dunia dan menjadi pertemuan kumpulan F di antara pasukan Sweden dan Korea Selatan yang berakhir dengan jaringan sebanyak 1-0.
Stadium Rostov
Satu lagi stadium yang dibina di pinggir sungai adalah Stadium Rostov. Ianya terletak betul-betul sebelah Sungai Don dan mempunyai akses yang mudah untuk pejalan kaki serta penunggang basikal. Ianya dibuka secara rasmi kepada tatapan umum pada bulan April 2018 lepas. Stadium ini turut mendapat sentuhan firma arkitekture terkenal Populous.
Stadium Samara
Lokasi bandar Samara, Russia terkenal dengan institut kajian aeroangkasa yang dahulunya diterajui oleh Soviet Union. Oleh itu, jika diteliti, senibinanya berbentuk seperti ruang angkasa lepas yang dipenuhi bintang. Selain nama rasminya Stadium Samara, ia turut dikenali sebagai Kosmos Arena. Ianya boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu masa dan menyaksikan pemain AS Roma, Aleksander Kolarov dari Serbia menjaringkan sepakan percuma di separuh masa kedua.
Stadium Mordovia, Saranks
Kota Saranks merupakan bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, jadi Stadium Mordovia merupakan crowd–puller dalam usaha kerajaan Rusia untuk membuang tanggapan ‘bandar kurang pengunjung. Salah satu caranya adalah dengan mewarnai stadium ini dengan rona oren, merah dan putih. Ia boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu perlawanan.
Volgograd Stadium
Warganegara England menyaksikan jaringan cantik oleh Kapten mereka iaitu Harry Kane di Stadium Volgograd dengan jaringan sebanyak dua berbalas 1 dari pasukan Tunisia. Stadium ini dibina di lokasi yang amat strategik iaitu di tebing sungai Volga. Ianya juga turut memuatkan seramai 45,000 penonton. Binaanya berbentuk seakan roda yang berputar mengelilingi stadium.
Spartak Stadium, Moscow
Tema warna putih dan merah mewarnai stadium yang pada asalnya hanya menempatkan seramai 35,000 orang kepada 42,000 penonton. Ianya juga merupakan homeground kepada kelab bolasepak profesional Rusia iaitu Spartak Moscow FC.
Stadium Kaliningrad
Stadium ini berkonsepkan open air kerana struktur binaan bahagian atasnya tidak mempunyai bumbung dan ianya turut dikenali sebagai stadium yang paling mudah untuk dibina dalam jangka masa yang pendek. Ianya berkapisiti seramai 35,000 orang dan ideanya dicedok sedikit dari pembinaan Stadium Allianz Arena, rumah kepada kelab pasukan bola sepak profesional Bayern Munich, di German.
Stadium Kazan Arena
Ianya dibawah seliaan dua firma arkitekture iaitu Populous dan Foster+partners. Mereka juga turut bertanggungjawab membina Stadium Wembley yang terkenal di Kota London. Ia berupaya memuatkan seramai 45,000 penonton dan menjadi lokasi untuk perlawanan penentuan peringkat suku akhir.
Mengekalkan struktur binaan lama di tengah-tengah kota raya Melaka, The Majestic Melaka Hotel menyediakan pakej penginapan istimewa bertaraf antarabangsa dengan kepelbagaian fasiliti menarik buat pengunjung.
Dari segi geografi, kedudukan Majestic Melaka Hotel yang berhadapan dengan Sungai Melaka dan sebuah perkampungan tradisional Melayu yang dikenali sebagai Kampung Morten menjadikan ianya salah sebuah hotel yang menarik dan menjadi pilihan pegunjung dari luar negara khususnya untuk menginap di sana.
Buat pengunjung yang pertama kali tiba di hotel ini, anda pasti kagum melihat seni bina bangunan lama yang masih tersergam indah dengan identiti tersendiri, di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang berada di sekelilingnya. Pembinaan hotel yang menggunakan bahan asas seperti simen pada driveway bagaikan menterjemah suasana dahulu kala. Pemilihan tetingkap kayu yang mengimbau suasana kampung tradisional Melayu menaikkan emosi ‘dulu-dulu’.
Garapan sentuhan gaya baba nyonya tawarkan penginapan unik di tengah-tengah kota Melaka
Selain itu, peletakan pohon bonsai di tengah-tengah laman hotel mewujudkan landskap bonsai yang memberikan kesan nature pada keseluruhan hotel supaya tampak indah dan memukau. Apa yang menarik, penanaman pokok-pokok tropikal seperti China Palm, Ixora, Osmoxylon dan sebagainya yang menghiasi ruang legar hotel ini menjadikan ianya kelihatan harmoni dan lebih redup. Memandangkan keluasan tanahnya yang terhad, ia membawakan konsep boutique hotel.
KONSEP BUTIK HOTEL ALA BABA NYONYA
Memasuki bahagian dalam hotel, penulis mengamati setiap dekorasi yang dipaparkan oleh pengurusan hotel ini. Penulis seakan-akan kembali pada era penjajahan Barat, di mana populasi Cina Peranakan menjadi simbol keunikan masyarakat Melaka suatu ketika dahulu. Dari sudut pemilihan elemen deko yang menampilkan barang-barang antik seperti pasu bunga dari China, gambar potret baba nyonya yang menghiasi dinding, kerusi dan meja kuno serta permaidani yang terbentang di atas jubin import dari China itu juga kelihatan begitu klasik. Anak tangga kayu yang menghubungkan ruang santai makan malam pengunjung juga membentuk elemen deko yang sungguh nostalgia. Setiap perincian yang dilakukan untuk membentuk konsep Baba Nyonya pada elemen hiasan dalaman hotel ini berhasil meskipun ruangnya agak minimum.
Ketibaan kami disambut penuh mesra oleh petugas yang anggun berkebaya nyonya dan juga pengurus hotel iaitu Richard Teo. Sementara menunggu bilik disediakan, Richard Teo mempelawa kami untuk menikmati hidangan tengah hari di hotel ini. Kami disajikan pelbagai lauk pauk enak yang berasaskan resepi Cina Peranakan antaranya Asam Pedas, Ayam Pongteh, Pie Tee dan bermacam-macam lagi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Penggunaan barangan elektronik 'Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu...