Horray!!!Cuti……..

Hujung tahun je pasti semua mencari lokasi untuk menikmati cuti panjang bersama keluarga. Legoland sudah, Hello Kitty Town sudah, Langkawi sudah, Kota Kinabalu sudah, Cameron Highlands sudah, mana lagi ya?

Bosan dengan percutian yang biasa? IMPIANA nak share beberapa tempat yang mungkin jarang digembar gemburkan di media sosial dan kurang promosi yang membuatkan tempat ini menjadi lebih eksklusif.

Jangan risau dengan harga, kalau dah kata lokasi tersebut eksklusif. Pasti ada tawaran hebat di dalam laman web pakej percutian. Setahun sekali mencipta memori indah dengan keluarga tercinta apa salahnya kan!

Inginkan percutian yang mendamaikan? Anda pasti sedang mengangguk-anggukkan kepala sekarang. Siapa yang tidak mahu bukan?

Namun, untuk ibu-bapa, percutian mendamaikan itu amat diingainkan jika membawa anak-anak kecil bersama.

RESORT MESRA KANAK-KANAK

Banyak resort yang menawarkan fasiliti dan kemudahan untuk kanak-kanak. Ini bakal melekakan anak-anak yang dalam kepala mereka, hanya memikirkan tentang tiga perkara; main, main, main……

Lokasi ini juga mempunyai tarikan dari segi seni bina lama yang mampu menjadi tarikan.

Inginkan percutian yang mendamaikan? Anda pasti sedang mengangguk-anggukkan kepala sekarang. Siapa yang tidak mahu bukan?

IKLAN

Namun, untuk ibu-bapa, percutian mendamaikan itu bakal menjadi mimpi ngeri jika semua anak-anak diangkut bersama. Apa tidaknya, kadang-kadang jadi lebih penat daripada biasa dek melayan kerenah anak-anak.

SENARAI RESORT MESRA KANAK-KANAK

 Meritus Pelangi Beach & SPA – LANGKAWI

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Foto Kredit: meritushotels.com

Resort Meritus Pelangi Beach & Spa, Langkawi ada menubuhkan Kelab KiKi untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun. Kelab ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya berhibur dengan maskot kelab, bermain di taman permainan, berenang di kolam malah restorannya siap dilengkapi dengan kerusi kecil, kertas lukisan dan permainan. Menarik bukan? Ibu bapa tak perlu gusar jika inginkan kedamaian dalam percutian kali ini.

 Hard Rock Hotel- Penang

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

IKLAN

 

Foto Kredit: hardrockhotels.net

Jika anda mempunyai anak remaja, bolehlah menginap di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang yang bukan sahaja menjanjikan keriangan berterusan malah kolam renang berkeluasan 2,400 kaki persegi lengkap dengan kepulauan pasir serta papan gelongsor pasti kena dengn cita rasa mereka.

Swiss-Garden Hotel– Melaka

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Menariknya kolam renang boleh dikatakan keliling hotel. Sangat besar. Ada kolam renang di dalam bangunan juga bagi mereka yang inginkan privasi.

IKLAN

Sambil anak-anak mandi di kolam, mak ayah boleh berehat di sauna dan gym.

Lexis Hibiscus Port Dickson- Negeri Sembilan

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Kolam renang persendirian membuatkan rasa lebih privacy, aktiviti untuk anak-anak memberi kepuasan pada mereka tatkala menghabiskan masa lapang waktu cuti sekolah ini. Menariknya lagi konsep moden dalam ruang hotel ini membuatkan rasa lebih selesa dan nyaman dalam sentuhan hotel pilihan ini.

Hotel Legoland

Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi

Menariknya terdapat 4 tema bilik yang anda boleh pilih, Pirate, Adventure, Kingdom, Ninjago. Rasaikan pengembaraan sebenar di dalam bilik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI