Bunga cengkeh memang sudah tidak asing di dalam masakkan tradisional masyarakat melayu. Tapi sebenarnya, bunga cengkih bukan hanya digunakan sebagai ramuan masakkan. Terdapat faedah dan kegunaan lain yang ramai tak tahu. Antaranya adalah:
1. Kawalan serangga
Tahukah anda bahawa bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman anda? Bagi anda yang memilih tanaman secara organik, bunga cengkih antara pilihan racun serangga yang paling mudah untuk disediakan.
Renih 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air. Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api. Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya. Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan. Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok
2. Mencegah semut
IKLAN
Awas kehadiran semut di laman atau kebun anda kerana ia adalah penggangkutan utama membawa serangga porask lain ke tanaman anda iaitu mealybug dan bena.
Cara untuk atasi semut di laman dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut
3. Cegah lalat
IKLAN
Lalat adalah agen utama pembawa penyakit yang berpunca dari lalat. Pantang ada makanan terdedah, sekelip mata dihinggapi lalat. untuk atasi kehadiran lalat di atas meja makan atau meja buffet anda.
Apa kata cuba ambil sebiji apel atau limau dan cucuk bunga cengkik pada permukaan buah tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di atas meja. nak kesan yang lebih memberangsangkan, anda perlu buat lebih dari satu biji buah di cucuk cengkeh.
IKLAN
4. Mengawal rumpai
Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang akan merosakkan persekitaran, apa kata guna ramuan bahan dapur ini untuk musnahkan tanaman. Untuk menyediakan racun rumpai organik, anda perlu sediakan pati minyak bunga cengkeh. terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkeh bersama 20 once cuka di dalam botol penyembur. Gocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak anda musnahkan.
5. Pencegah nyamuk
Bunga cengkeh. juga berfungsi sebagai pencegah nyamuk semula jadi. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Madison, minyak pati cengkih diuji 100% berkesan berupaya mencegah nyamuk berbanding minyak pati yang lain termasuk serai wangi. Namun, pati minyak bunga cengkeh. tidak sesuai dengan semua jenis kulit. Ia akan menyebabkan iritasi. Oleh itu, sebelum anda menggunakannya, sapu pada bahagian kecil kulit lain dan tunggu dalam tempoh 10 minit. Jika tiada sebrang kesan alahan, ia bermakna kulit anda sesuai menggunakan minyak pati bunga cengkeh.
Ramai yang berputus asa bila tanam rumput cepat mati dan tak menjadi. Apa punca rumput cepat mati dan tak menjadi? Bukan mudah nak tanam rumput kalau anda tidak kenal pasti jenis rumut yang anda tanam. Jom, IMPIANA bantu anda untuk pelajari cara bagaimana untuk tanam rumput di halaman sendiri dengan modal yang kecil dan menjadi.
PEMILIHAN RUMPUT
Pilih rumput yang mudah untuk dijaga dan sesuai untuk kawasan anda terutamanya dari segi penerimaan cahaya. Di sini perbandingan tiga rumput utama untuk anda pilih mengikut kesesuaian laman anda.
Rumput Karpet / Philippine Grass :
Keperluan Cahaya : Penuh
Lasak : Sangat Lasak
Penjagaan : Consider Mudah.
Rumput Mutiara / Pearl Grass :
Keperluan Cahaya : Boleh tolerate kawasan terlindung. Kalau terkena cahaya terik pada bahagian tepi daun akan terbakar.
Lasak : Tak lasak, mudah diserang kulat.
Penjagaan : Tak perlu potong tapi leceh kerana perlu air yang tepat dan banyak penyakit.
Rumput ‘lembu’ / Cow Grass : Lasak, Perlu Cahaya penuh, Cepat tumbuh.
Keperluan Cahaya : Penuh
Lasak : Sangat Lasak
Penjagaan : Consider mudah
PENANAMAN
Ambil tahu strutur tanah di laman anda, adakah air suka bertakung tatkala hujan? Kenal pasti berapa lama air bertakung dan di kawasan mana yang banyak air bertakung? Ramai yang tidak tahu dan silap, punca pokok atau rumput cepat mati adalah kerana lebihan air, ini akan membuatkan tanah menjadi terlalu lembab dan medium mudah tersumbat tiada rongga untuk bernafas serta tidak mampu memberi nutrien yang baik pada tumbuhan dan juga rumput.
Apabila anda sudah dapat kenal pasti strutur tanah pada laman, rancang sama ada anda perlu membuat laluan air pada kawasan tersebut iaitu menanam subsoil pipe atau tidak? Langkah seterusnya racun rumput atau lalang yang asal biarkan seminggu dua baru anda buang tanah dalam 2 inci bersihkan dan batu-batu yang ada di buang dari permukaan.
Paling penting pastikan batu-batu semua di buang kalau tak nanti rumput bertompok-tompok. Taburkan pasir, kalau anda ingin tahu rumput suka dengan pasir, ia akan memudahkan pertumbuhan rumput dengan cepat. Kalau tak ada masalah budget, buang dalam 6 inci tanah dan gantikan dengan top soil. Dan boleh la, mula tanam rumput pilihan anda.
Selepas tanam rumput jangan lupa buat dan amalkan perkara ini. Kerap SIRAM rumput tersebut, satu hari tiga kali. Awal pagi 7am , tengahari jam 11am, petang jam 5pm . Elakkan menyiram rumput waktu teriknya matahari dan lewat petang selepas jam 6pm. Ikut jadual ini sehingga 2 bulan pertama dan lihat hasil rumput anda akan mula tumbuh dengan meriah dan menghijau.
EDGING
Edging ni amat penting terutamanya mereka yang memotong rumput sendiri. Jika anda potong rumput sendiri, edging yang digunakan adalah batu bata yang sama level dengan tanah. Ingat sama level dengan tanah, bukan sama level dengan rumput. Jadi ketika memotong rumput, tayar mesin rumput tolak boleh sampai ke atas edging ini, dan juga seterusnya membina sempadan antara rumput dan kawasan lain.
PEMBAJAAN
Baja hanya diberikan dalam tiga bulan pertama je. Baja yang sesuai digunakan pada awal-awal dulu adalah baja organik dan diselang selikan dengan baja kimia slow release 15:15:15 + Mg + TE. Selepas tu bila dah stabil tak ada baja di berikan. Hanya sisa-sisa baja dari tanaman pokok lain sahaja. Walaupun rumput sudah semakin baik, pastikan ia tetap disiram pada awal pagi dan petang tidak perlu tiga kali sehari lagi.
PEMOTONGAN
Ini part yang paling penting dan salah satu reason kena pilih rumput carpet. Jadual pemotongan hanya sebulan sekali. Dan kerana ciri daunya yang kecil seperti jarum, hasil potongan tidak susah untuk kutip dan buang. Malahan dibiarkan hancur pada rumput tersebut. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pastikan anda menggunakan mesin rumput yang sesuai.
Rumput Masih Hijau walaupun selepas di Potong. Jadual Pemotongan 2 bulan sekali.
TIP memotong rumput
Untuk hasil rumput yang cantik selepas potong, setting 2.5 inci. Ini kerana membiarkan ia tidak terlalu pendek:
Cahaya tak sampai ke tanah, jadi rumput asing susah nak tumbuh kerana kalah dengan persaingan cahaya.
Jimat air kurang kehilangan air kerana cahaya tak sampai ke tanah. Siram seminggu sekali je.
Selepas potong rumput, rumput masih hijau. Kalau terlalu rapat akan kelihatan coklat kerana batang2 rumput yang kelihatan. Untuk mencapai ini, rumput mesti di potong sebulan sekali.
Rumput tebal dan sedap di pijak dan jika anak2 jatuh pun tidak terlalu sakit.
Sisa potongan rumput cepat je tersembunyi dan jatuh di celah celah rumput sepanjang 2.5 inch ini.
Pastikan Blade atau pisau pemotong rumput sentiasa tajam. Kalau tumpul, blade akan ‘mencabut’ rumput instead memotong. Blade tumpul juga menyebabkan function ‘Mulching’ tidak optimum kerana rumput tidak dapat di potong halus.
Potong rumput ketika panas dan kering. Jangan potong rumput ketika basah, nanti bergumpal jadinya dan juga ‘Mulching’ tidak optimum.
Biarkan sisa potongan di atas rumput. Kalau bergumpal, gunakan penyapu untuk meratakannya. Paling mudah kalau menggunakan mesin yang memang direka ada function mulching. Mesin Pemotong Rumput Petrol (Makita Lawn Mower PLM 5120)
Kalau boleh setiap kali memotong rumput, gunakan pattern yang berlainan. Contoh, jika hari ini memotong rumput pattern selari dengan rumah, bulan seterusnya potong pattern 90 darjah dengan rumah pulak dan akan datang kalau boleh buat pattern melintang X pula dan sebaginya. Ini kerana untuk memberi rumput tumbuh dengan segar dan bercambah dari perlbagai arah agar nampak hijau sekata.
TOP DRESSING
Top dressing dilakukan untuk permukaan rumput yang tidak rata. Ia boleh dilakukan dengan lapisan pasir. Lapisan pasir ni diletakkan pada kawasan-kawasan yang tidak rata. Jika anda mempunyai bajet lebih, pakai tanah hitam yang subur atau potting soil. Penggunaan tanah hitam juga mampu menyuburkan pertumbuhan rumput dan meningkatkan aktiviti mikro dengan lebih baik dan sempurna.
Selamat Mencuba tip ini untuk anda yang ingin tanam rumput sendiri di halaman.
Photosynthesis Bacteria (PSB) digunakan scara meluas dalam memastikan kejernihan air kolam bagi penternak-penternak ikan dan udang secara komersial. Sebenarnya, banyak lagi khasiat PSB ni terutamanya kepada tanaman. Antaranaya adalah seperti:
Menambah khasiat pada dedak atau makanan haiwan ternakkan
Digunkan bagi tujuan mencuci kendang atau reban kerana ia bersifat anti bakteria
Meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman
Dijadikan sebagai pengglak bunga terutamanya untuk lemon, tomato, limau, pelam, manggis dan sebagainya
PSB boleh dihsilkan hanya dengan menggunkan 2 bahan mudah. Beriukut adalah resepi PSB dari page pekebun Thailand:
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam segar
2 sudu the sos ikan
1.5 liter air tanpa chlorine (atau boleh gunakan air telaga atau air yang telah di takungkan 2 hari)
Cara-cara:
1. Kisar kedua-dua bahan termasuk kulit telur sehingga halus.
2. Ambil 1 sudu the bahan yang telah dikisar dan masukkan ke dalam 1.5 liter air tanpa chlorine
3. Letakkan botol di Kawasan panas. Goncangkan 2 kali sehari dan jemur selama 4 minggu. Kalua musim hujan, PSB tak menjadi
Cara guna:
Untuk tujuan siraman, campurkan 1 liter PSB bersama 20 liter air tanpa chlorine manakala untuk tujuan semburan, 1 liter PSB di campur bersama 200 liter air tanpa chlorine
Sungkupan adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah. Bahan yang biasa sebagai sungkupan contohnya ialah bahan buangan kepala sawit, sabut kelapa dan plastik (silvershine) – sumber
Sabut kelapa pula merupakan lapisan atau kulit kelapa yang berwarna coklat untuk yang telah kering dan putih jika buahnya masih muda. Sabut kelapa dikatakan sesuai digunakan di taman sebagai sungkupan (mulching) kerana keupayaan dan kekuatannya menyerap dan mengekalkan kelembapan yang tinggi. Selain sebagai sungkupan, sabut kelapa juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam penyediaan medium tanaman.
Ciri-ciri sabut kelapa
Penggunaan sabut kelapa merupakan salah satu langkah ke arah kitar semula dan environmental friendly. Ia mudah diperolehi dan disimpan sehingga apabila penggunaannya diperlukan. Namun terdapat pelbagai produk yang menjual sabut kelapa secara komersial sama ada untuk penggunaan komersial atau domestik. Sebelum menggunakan sabut kelapa yang dibuat sendiri, basuh atau rendam untuk beberapa ketika untuk membuang garam yang terdapat pada sabut tersebut. Selain itu sabut kelapa mengandungi potassium dan phosphorus yang boleh diserap oleh tumbuhan juga.
Sabut Kelapa Untuk Hidroponik
Coconut mats atau sabut kelapa yang paling kasar boleh digunakan sebagai medium tanaman hidroponik. Teksturnya yang lembut memudahkan pergerakan akar di samping ia merupakan bahan biodegradable. Sabut kelapa mempunyai kandungan potassium dan phosphorus yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan pokok. Sabut kelapa mudah untuk dikendalikan sebagai medium tanaman hidroponik dan tidak mempunyai bau. Selepas tiga hingga empat tahun penggunaannya, sabut kelapa tersebut boleh dijadikan baja kompos di taman.
Sabut kelapa juga menyimpan lapan kali ganda kandungan air dari pada beratnya. Ia membantu tumbuhan di dalam hidroponik mendapatkan keperluan air yang secukupnya. Selain itu juga, ruang yang wujud di antara fiber sabut kelapa di dalam sistem hidroponik membekalkan 40% kandungan udara. Sabut kelapa mempunyai pH antara 6 hingga 6.7 dan ia sesuai untuk tanaman hidroponik. Tambahan pula, sabut kelapa tidak mudah dijangkiti fungus dan bakteria yang boleh memberi ancaman kepada tumbuhan.
Penggunaan barangan elektronik 'Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu...