5 Jenis Sayur yang Boleh Ditanam di Rumah dan Memerlukan Penjagaan yang Minimum. Menanam sayur-sayuran di rumah bukan sahaja memberi kepuasan tersendiri, tetapi juga boleh memastikan anda mempunyai bahan makanan yang segar dan sihat.
Bagi mereka yang baru bermula atau yang tidak mempunyai banyak masa untuk penjagaan tanaman, terdapat beberapa jenis sayur yang boleh ditanam di rumah dengan penjagaan yang minimum.
Berikut adalah lima jenis sayur yang sesuai untuk ditanam di rumah dan memerlukan penjagaan yang tidak rumit:
1. Kailan
Kailan adalah sayur yang sangat sesuai untuk penanam pemula kerana ia mudah dijaga dan tumbuh dengan cepat. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau bekas besar dengan tanah yang subur dan agak lembap. Kailan memerlukan pencahayaan matahari yang sederhana dan tidak memerlukan banyak penjagaan.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari setiap hari
Suhu: 15-25°C
Penyiraman: Secara sederhana, pastikan tanah kekal lembap tetapi tidak terlalu basah
Penyuburan: Baja organik sebulan sekali
2. Daun Bawang (Bawang Periuk)
Daun bawang adalah sayur yang sangat mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minimum. Anda boleh menanamnya dalam bekas kecil atau potongan dari bawang yang telah digunakan. Daun bawang juga boleh tumbuh semula dengan mudah apabila akarnya dibiarkan dalam air.
Ads
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari
Suhu: 10-20°C
Penyiraman: Pastikan tanah atau air sentiasa lembap
Penyuburan: Baja organik sekali-sekala
3. Spinach (Bayam)
Bayam adalah sayur hijau yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan penjagaan yang tidak rumit. Ia boleh tumbuh dengan baik dalam pasu atau bekas tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari sederhana. Bayam juga tahan terhadap beberapa jenis cuaca dan boleh dituai dalam masa yang singkat.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari atau cahaya tidak langsung yang terang
Suhu: 10-20°C
Penyiraman: Secara sederhana, elakkan tanah terlalu kering
Penyuburan: Baja kompos atau organik sebulan sekali
4. Lettuce (Salad)
Ads
Salad adalah sayur yang sangat mudah ditanam dan cepat membesar. Ia sesuai untuk ditanam dalam bekas atau pasu kecil. Salad memerlukan cahaya matahari yang sederhana dan boleh tumbuh dengan baik dalam tanah yang lembap tetapi tidak basah.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari
Suhu: 15-20°C
Penyiraman: Secara konsisten, pastikan tanah kekal lembap
Penyuburan: Baja kompos atau organik sekali-sekala
5. Cili Padi
Cili padi boleh ditanam dalam bekas kecil atau pasu dan memerlukan penjagaan yang minimum. Ia lebih tahan terhadap perosak dan penyakit, dan boleh tumbuh dengan baik dalam pelbagai jenis tanah. Cili padi memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hanya perlu disiram secara berkala.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 6-8 jam cahaya matahari langsung sehari
Suhu: 20-30°C
Penyiraman: Secara sederhana, elakkan tanah terlalu kering
Penyuburan: Baja organik atau baja sayur sebulan sekali
Ads
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Pastikan anda memberi perhatian kepada keperluan asas setiap sayur seperti pencahayaan, suhu, dan penyiraman untuk memastikan tanaman anda berkembang dengan sihat dan memberikan hasil yang memuaskan. Selamat berkebun!
Seronok bila pokok yang ditanam hidup subur dan gemuk.
Tanam Pokok Bayam Subur Dan Gemuk. Ini Cara Buat Baja Buat Sendiri!
Seperti perkongsian Enkay Nik Mustaffa ini. Punyalah subur pokok bayam, sebesar telapak tangan. Puas hati makan. Lagi best sebab bayam yang subur itu adalah kerana penggunaan baja yang dihasilkan sendiri iaitu baja cecair bokashi.
“Saya suka tanam bayam. Sekali saja tanam, biarkan satu pokok matang, nanti akan tumbuh la anak bayam di mana mana tempat. Alihkan saja ke dalam pasu. Diam tak diam, dah 7 tahun produce baja sendiri,”- tulisnya.
Beliau turut berkongsi cara membuat Bokashi. Katanya cara yang dilakukan ringkas sahaja. Sesiapa saja boleh buat.
Tanam Pokok Bayam Subur Dan Gemuk. Ini Cara Buat Baja Buat Sendiri!
Alat :
– Tong sampah/tong cat yang ada penutup, dipasangkan paip- senang nak ambil air peraman.
– Penapis – menapis sisa supaya paip tidak tersumbat.
– Gula merah/bokashi bran
– Sisa dapur yang tidak berlemak dan berminyak
– Optional bahan booster lain seperti tempe, Yakult, belacan boleh add on secara berkala.
Caranya:
1. Basuh sisa makanan yang tidak habis seperti mee goreng, mee rebus dan sebagainya supaya minyak dapat dikeluarkan secara maksimum. Sejatkan sekejap supaya tidak berair.
2. Gaulkan sisa dengan gula merah/bokashi bran dengan ratio 1:1.
3. Masukkan ke dalam tong yang telah siap dipasang penapis.
4. Cecair bokashi boleh dituai selepas tiga hari peraman.
5. Cairkan dengan ratio 1:10 air tanpa klorin dan boleh guna sebagai siraman 2kali seminggu.
Bila tong penuh, peram selama 3 bulan dan boleh digunakan sebagai media tanaman. Campurkan 1:1 dengan tanah topsoil.
Ekstra tip :
1. Kalau komposisi antara bahan dan agen peraman cukup, insha-Allah tak busuk. Cuma tak boleh dimasukkan lemak ayam, daging, tenusu, telur.
2. Kalau ada ulat, itu normal asalkan baunya tidak busuk. Bokashi akan berbau manis. Ulat tu adalah ulat bsf yang berfungsi mempercepatkan penguraian sisa makanan. Kalau tak nak ada ulat, kena tutup dengan plastik supaya lalat tidak boleh hinggap.
3. Tong apa pun tak kisah, boleh dgunakan. Yang penting adalah bahan yang digunakan untuk buat bokashi ni. Kalau tak ada bokashi bran, boleh guna gula merah saja. Cuma ratio perlu sama banyak.
Perabot Kayu Menjadi Buruk Setelah DiCat! Ikuti Teknik yang Betul Ini. “Baru-baru ini saya mengecat sebuah almari kayu lama bagi kelihatan lebih menarik. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan, ia semakin kelihatan seperti perabot murah.Terdapat kesan cat yang tidak begitu kemas, bagaimanakah cara sebenar bagi mengecat perabot jenis kayu?”- Pembaca IMPIANAPernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Niat asal hendak cantikkan perabot lama tapi hasilnya amat mengecewakan. Jadi, jika anda ingin mengelak daripada situasi ini, Anda harus mengetahui langkah yang betul.Kita berfokus kepada perabot jenis kayu. Sekiranya anda mempunyai struktur kayu di laman seperti gazebo, dek kayu, perabot, pagar kayu dan sebagainya, anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali. Bagi proses seperti merawat perabot kayu kesayangan, anda harus mengetahui beberapa tip dan info mengenainya. IMPIANA berkongsi kepada anda bagaimana struktur yang kelihatan usang boleh kembali baru dengan teknik mengecat yang betul.
Pemilihan jenis cat haruslah bersesuaian untuk kayu. Cat jenis ini kebanyakan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak menggunakan terpeting.
Sebelum proses mengecat, anda harus gosok dahulu permukaan perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat dapat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan mengering.
Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaan perabot.
Cat permukaan yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna ( gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama).
Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali lagi menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah.
Membuat suatu DIY atau makeover bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlukan satu otak yang penuh dengan idea yang berseni dan bahan-bahan untuk menjayakannya. Akan tetapi, dari apa saya baca dari cerita ini, Hana Mkh telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa, iaitu, dia make over sebuah tangga yang buruk dan kelihatan simple, menjadi tangga yang berwara-warni serta nampak sangat cantik.
Menurut apa yang saya dapat, kebanyakkan barang-barang yang digunakannya adalah dia membeli Shopee. Antara barang yang dibelinya dari Shopee adalah, 2 kotak lantai vinyl, 9 keping L profile dan 3 kotak sticker tangga. Ada juga barang-barang yang dibeli dari IKEA, seperti cermin bersaiz L jenama Stockholm yang berukuran 80 cm, chest drawer jenama Koppang, kerusi, Gateleg table jenama Norden, Pasu dan pokok dan pasu pampas grass.
SEBELUM
SELEPAS
Dari sini juga kita boleh lihat yang warna cat yang digunakannya adalah warna cat rumah iaitu kuning cair dan dinding pula berwarna peach. Selain daripada itu, saya juga dapat lihat yang, Hana Mkh ini, apabila dia membuat make over tangga, dia bukan sahaja tumpukan pada tangga sahaja. Tetapi dia juga membuat makeover pada dinding berdekatan dengan tangga tersebut. Saya merasakan apa yang dilakukan olehnya itu amatlah tepat sekali kerana jika kita hanya make over tangga sahaja, ia tetap akan nampak bosan. Oleh sebab itu, dia mengecat sekali dinding-dinding yang berdekatan dengan tangga tersebut.
Jadi, itulah sahaja cerita yang ingin kongsikan tentang Hana Mkh ini, dalam dia membuat make over tangga rumah yang dari kelihatan bosan hingga menjadi sangat cantik dan berseni. Kita yang membaca ini, mestilah mengambil ilham dari Hana ini, dari segi berfikiran kreatifnya.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...