5 Jenis Pokok Hiasan Dijadikan Penyeri Laman Harga ‘Kayangan’ Boleh Cecah Ribuan Ringgit. Terdapat pelbagai sebab pokok hiasan ini cukup bernilai harganya. Mungkin kerana unik, sukar dijumpai dan faktor penjagaan yang rumit, sebilangan besar pokok di bawah ini dijual di pasaran Malaysia pada harga mencecah ribuan malah ratusan ribu ringgit.
Walaupun harganya mahal melebihi seutas rantai emas atau mungkin seolah tidak masuk akal, ‘Pokok Kayangan’ ini terus menjadi buruan dan rebutan penghobi dunia hijau.
Lebih mengejutkan, harga pokok melonjak lebih tinggi mengikut jenis, corak, saiz dan bilangan daun. Jika berada dalam kategori pokok ‘rare’, keratan batang dengan sehelai daun sahaja sudah beribu harganya.
Malah ramai peminat laman yang sanggup menghabiskan duit mencecah ribuan ringgit untuk mengumpul pelbagai spesies pokok-pokok ini untuk dijadikan koleksi penyeri laman dan ruang kediaman.
1. ORKID
Pokok orkid atau nama saintifiknya Orchidaceae mempunyai pelbagai spesies, aneka warna, bentuk, harum, tahan lama, unik dan pesona keindahannya menjadi penyeri laman serta ruang kediaman
Siapa sangka pokok orkid yang asalnya tumbuh liar di hutan mampu mencecah hampir RM1 juta sepokok untuk spesies tertentu. Ketika ini, terdapat sebanyak 25,000 hingga 35,000 spesies orkid dengan kira-kira 1,000 ‘genera’ di seluruh dunia.
Kebanyakan spesies orkid liar dan hibrid menjadi produk pertanian dan holtikultur yang berharga tinggi. Antara orkid bernilai tinggi adalah dari spesies Orkid Gold of Kinabalu atau nama saintifiknya Paphiopedilum Rothchildianum, menduduki tempat kelima dalam senarai orkid termahal dunia, iaitu berharga RM27,270 sepokok.
Ia mahal kerana mengambil masa selama 15 tahun untuk mekar berbunga dan dipercayai tergolong dalam spesies di ambang kepupusan.
Spesies orkid Shenzhen Nongke yang hanya ada di China pula dilaporkan dijual dengan harga £160,000 (RM912,484) sepokok yang mengambil masa lapan tahun penyelidikan oleh saintis di negara itu bagi mencipta bunganya yang cantik dan elegan.
Orkid dari genus Cymbidium itu dipercayai paling mahal di dunia, hanya mekar setiap empat hingga lima tahun sekali, selain ia melambangkan sosiobudaya negara China dan aroma yang wangi.
2. BONSAI
Bonsai adalah seni membantutkan pokok dalam pasu supaya membawa penampilan kerdil daripada pohon besar berusia puluhan atau ratusan tahun. Lazimnya, saiz terkecil bonsai atau ‘mame’ bonsai hanya sebesar syiling 50 sen dan yang terbesar seelok-eloknya tidak lebih daripada satu meter tinggi.
Ads
Terdapat pelbagai spesies pokok yang boleh dijadikan bonsai. Antara spesies bonsai tunggal yang menarik terdapat dalam negara ini adalah spesies bonsai tempatan ‘cucur atap’, yang hanya boleh didapati di Kelantan dan Terengganu.
Gubahan pokok ini kebiasaannya dijual pada harga RM100 hingga RM200, namun ia mampu menjangkau sehingga puluhan ribu mengikut keunikan gubahan dan usianya. Pokok harga ‘kayangan’ ini apabila mampu mencecah RM25,000 sebatang jika dikategorikan sebagai bonsai kelas pertama.
Selain itu, beberapa jenis pokok yang sesuai dijadikan bonsai seperti pokok bunga kertas, kesinai, asam jawa, kemuning, ara dan melati. Semakin unik hasil gubahan Bonsai dan semakin matang umurnya, semakin tinggi jugalah nilainya.
Antara Bonsai termahal seperti spesies Wrightia Religiosa berusia 40 tahun dengan anggaran harga sekitar RM80,000 hingga RM90,000.
Minat terhadap pokok bonsai mendorong segelintir pemilik premis kediaman sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membelinya.
Jadi tidak hairanlah bonsai juga menjadi lambang ‘status’ bagi pemilik kediaman kerana harganya yang mahal, tak semua pemilik laman mampu jadikan pokok ini sebagai penyeri rumah.
Ads
3. BROMELIAD (BUNGA NENAS)
Bromeliad sejenis tanaman hiasan eksotik yang tergolong dalam famili Bromeliaceae. Secara semula jadi, pokok bromeliad mudah dijumpai tumbuh dan hidup di atas pokok sebagai pokok tumpangan (epifit), di atas tanah, di celahan batu dan di tepi tebing gunung.
Terdapat lebih 3,700 spesies pokok bromeliad dengan pelbagai bentuk daun dan variasi warna yang menarik. Namun, kebanyakannya bromeliad berwarna terang dan apabila kembang, ia akan bertahan sehingga beberapa bulan.
Keunikan kombinasi warna dan daunnya menjadikan bromeliad kini antara tumbuhan hiasan untuk menyerikan halaman kediaman. Malah mudah dijaga, tidak memerlukan siraman setiap hari serta penjagaan yang rapi.
Namun bukan calang-calang harganya pokok yang berasal dari Amerika Selatan ini, ia juga mampu dijual pada harga ribuan ringgit.
4. KELADI EKSOTIK
Pokok Keladi ialah sekelompok tumbuhan dalam keluarga Araceae yang ditanam sebagai tanaman hiasan. Antara jenisnya seperti Aglaonema, Anthurium, Dieffenbachia, Epipremnum, Philodendron, Spathiphyllum dan Syngonium; dan juga Alocasia, Caladium dan Colocasia.
Pernah viral seketika dahulu, tanaman keladi eksotik antara pokok hiasan berharga bagi peminat laman. Ia mampu mencecah harga RM10,000 hingga RM35,000 sepokok bergantung pada jenis spesies dan keunikannya.
Sebagai contoh pokok keladi jenis colocasia midnight berharga RM24,000 sepokok, manakala jenis ‘Topeng Firaun’ harga pasaran antara RM10,000 hingga RM20,000 sepokok bagi pokok matang dan anak pokok dijual pada harga RM5,000 hingga RM8,000 sepokok.
Keladi ‘Colocasia Midnight’‘Topeng Firaun’
Keladi jenis ‘Black Stan Variegated’ pula boleh dijual pada harga RM24,000 dan pokok matang pada harga RM38,000 sepokok.
Ads
Semakin sukar spesies keladi eksotik ini diperolehi, semakin mahal harganya di pasaran.
5. MONSTERA
Pokok Monstera (Monstera deliciosa) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae yang sering dijadikan tanaman hiasan yang mempunyai rupa bentuk yang unik dan cantik.
Keunikan tumbuhan ini adalah dimana bentuk daunnya yang berwarna hijau serta berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu.
Pokok ini juga lebih dikenali sebagai pokok ‘Keladi Monstera’ atau ‘Cheese plant’ disebabkan bentuk lubang-lubang pada dunnya seakan lubang pada cheese. Ini juga berkait dengan daun pokok ini pada tumbuhan yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang bergantung kepada spesis dan cara penjagaannya.
Pokok montera yang termasuk didalam keluarga memanjat (climbing plants) ini mempunyai 50 spesis dimana mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter.
Pokok Monstera yang mempunyai daun berciri unik seperti ada tompokan berwarna cerah dan bermotif marmar dijual dengan harga yang mahal kerana sukar untuk didapati. Varian harga seperti Monstera Albo dijual pada harga USD100 (RM441) hanya bagi keratan batangnya sahaja kerana keunikannya dan juga faktor ada permintaan yang tinggi di kalangan pencinta Monstera . Hasil tinjauan, sepohon pokok Monstera albo dan bagi jenis Monstera Thai Constellation dijual pada harga RM1500-RM2500.
Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon antara yang mempunyai nilai pasaran tinggi.Nilaian harga pokok-pokok ini bertambah tinggi bergantung kepada kematangan dan saiz daun, kesihatan akar, saiz batang dan keadaan fizikal daun yang tiada cacat cela. Malah mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit.
IMPIANA: Jika berkemampuan apa salahnya untuk mengumpul koleksi pokok kayangan ini. Malah jika bijak percaturan, hobi tersebut boleh dijadikan pendapatan sampingan dengan menjual anak-anak pokok yang ada.
Setiap kali musim perayaan menjelang IKEA tidak pernah jemu memberi inspirasi kepada pemilik rumah untuk memilih set dekor yang sesuai untuk musim perayaan tersebut. Tidak lama lagi pada hujung bulan Oktober kita bakal menyambut Deepavali.
Cara mudah tetapi holistik untuk menerangi rumah anda dengan koleksi IKEA AROMATISK serba baharu!
Deepavali mempunyai makna yang signifikan kepada rakyat Malaysia dan merupakan perayaan indah yang menyerikan rumah secara holistik dan rohani. Ia adalah perayaan yang menyemai penyucian, kedamaian, cinta, kebersamaan dan hanya menikmati setiap detik kehidupan.
Lazimnya, keluarga akan melalui proses pembersihan dan menghias kawasan dalam rumah mereka dengan warna terang dan lampu untuk menerangi ruang, bersedia untuk perhimpunan rakan dan keluarga untuk diraikan.
Memandangkan persekitaran rumah kita memainkan peranan penting semasa “Festival of Lights”, berikut ialah beberapa petua untuk menyediakan rumah anda untuk perayaan!
1. Ceriakan rumah anda dengan percikan warna yang berani!
Berani namun canggih, koleksi AROMATISK diinspirasikan daripada warna-warna cerah dan corak organik. Reka bentuknya berakar umbi dalam kraf tradisional seperti sulaman tepi, cetakan blok, pewarna nila dan bunga marigold.
Jadi, hiasi rumah anda dengan ekspresi yang meriah untuk menyegarkan setiap sudut dan sudut dan menjadikan rumah anda lebih cerah. Fikirkan untuk menukar barang seperti kusyen, langsir dan pinggan mangkuk. Pilih warna terang seperti biru, kuning, ungu, fuchsia dan emas untuk menambahkan warna pop pada rumah.
Menerangi ruang rumah anda memberi makna istimewa kepada Deepavali. Adalah menjadi kebiasaan untuk memastikan rumah terang benderang untuk menghidupkan semangat perayaan ini. Untuk membangkitkan sentuhan mistik, letakkan mangkuk tembaga AROMATISK dan mangkuk hiasan emas yang dipenuhi bunga wangi dan lilin teh untuk menerangi ruang tamu.
3. Declutter dan membawa suasana yang baik ke rumah anda
Perayaan itu, yang merupakan masa kegembiraan dan kemakmuran kepada mereka yang meraikannya, adalah peluang untuk menyambung semula, memasak makanan tradisional, dan memberi rumah anda ubah suai segar. Mengapa tidak menyegarkan rumah anda hanya dengan merapikan dan menambah udara segar dengan hiasan hiasan kenyataan daripada koleksi AROMATISK!
Adakah anda tahu bahawa menyucikan barang-barang adalah langkah penting dalam memberikan ruang rumah anda “bersih” sambil anda membersihkan yang lama untuk membawa masuk yang baharu?
Menyusun semula barangan rumah anda dan menyusun barangan anda dengan penyelesaian penyimpanan yang betul akan meningkatkan aura rumah anda sebelum perayaan. Berikut adalah beberapa barang yang mesti ada untuk membantu merapikan dan menghidupkan rumah anda!
Selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang
Deepavali amat penting untuk orang ramai meluangkan masa bersama. Ajak orang yang anda sayangi untuk menikmati hidangan manis dan berperisa. IKEA menawarkan tawaran masa terhad yang menarik termasuk Lamb Shank Briyani yang berperisa dan kek Rainbow yang lazat tersedia dari 1 Oktober – 31 Oktober di Restoran Swedish IKEA. Setiap hari Rabu untuk bulan Oktober, ceriakan selera anda dengan hidangan istimewa kari masa terhad kami di Restoran Swedish IKEA, dari waktu makan tengah hari dan seterusnya.
Dari 22 September hingga 24 Oktober, nantikan di IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan untuk melihat potongan-potongan kecil dan bobbles untuk melengkapkan persediaan perayaan anda di rumah! Untuk maklumat lanjut tentang tawaran makanan di kedai IKEA, sila layari IKEA.my/restaurant.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang teruja melihat pokok yang ditanam mula berbunga dan sudah pasti anda bakal menikmati hasil tuaiannya. Namun, pasti mengundang kecewa apabila pokok berbunga banyak tapi hasilnya tidak melekat. Walaupun telah dibaja, pasti keadaan yang sama akan berlaku lagi. Asri Atan dari Sepang Farmville berkongsi antara punca masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/bekas yang kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.Tuan/puan boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Banjir bukan sahaja menjejaskan harta benda seperti kereta dan rumah malah hasil tanaman juga terkesan.
Terutama anak pokok durian yang ditenggelami air dalam jangka masa yang lama, ini boleh menyebabkan akar menjadi lemas dan pokok mati akibat kekurangan oksigen. Namun, jangan panik! Terdapat beberapa cara berkesan untuk menyelamatkan anak pokok durian daripada musnah akibat banjir.
Pernah berdepan dengan situasi banjir yang menenggelamkan kebun duriannya, Tok Alang Channel telah berkongsi cara paling berkesan untuk merawat pokok durian selepas banjir.
2 cara selamatkan pokok yang ditenggelami air banjir
Usaha saya menyelamatkan pokok-pokok durian yang digenangi air. Ada dua kaedah yang boleh dipraktikkan dan keduanya menggunakan;
Chitosan berfungsi untuk memulihkan, menguatkan dan menyuburkan kembali sel-sel pokok yang reput dan rosak (klik SINI untuk beli di Shopee)
Racun kulat Aliette fungsinya untuk merawat & mencegah serangan kulat yang mereputkan akar & batang pokok durian yang rata-rata masih muda.
1. Kaedah siraman
Kaedah ini menggunakan Chitosan sebagai bahan utama untuk memulihkan sel pokok yang sudah mati dan lemah akibat ditenggelami air.
Caranya, campur Chitosan ikut sukatan yang ditetapkan dalam air berisi baldi.
Kemudian campur dengan racun kulat – untuk merawat serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian yang masih muda.
Kacau rata dan siram keliling pangkal pokok untuk merawat akarnya. Chitosan dan racun kulat akan dapat bantu pemulihan pokok yang sudah kekuningan ini.
2. Kaedah semburan
Masukkan Chitosan mengikut sukatan ke dalam air bersama dengan racun kulat.
Kemudian letakkan baja foliar berasas amino asid bersama dengan racun serangga 505 dan juga gam pertanian.
Masukkan dalam alat penyembur dan sembur pada seluruh pokok termasuk pangkalnya. Sembur sehingga semuanya basah dan air menitik.
Insya-Allah jika dipraktikkan cara ini pokok akan pulih.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.