
Water feature atau elemen air adlah instrumen semula jadi yang mengundang aura tenang dan mendamaikan di dalam sesebuah laman. Namun, ia sering di abaikan keran harganya yang mahal ditambah keperluan penyelenggaraan yang rumit. Tambahan, ramai beranggapan, untuk memiliki sebuah elemen air di laman, kawasan yang luas perlu di sediakan
Hakikatnya, tidak semestinya ruang atau laman yang luas sahaja sesuai untuk penyediaan elemen air. Ada beberapa reka bentuk dan sistem yang dekhaskun untuk ruang yang sempit. Menariknya, ada juga elemen air yang direka khas untuk diletakkan sebagai dekorasi meja di laman.
Berikut, beberapa perkongsian DIY elemen air untuk laman yang sempit. Paling menarik, ia tidak memerluakn bealnja yang besar untuk dibangunkan elemen air tersebut:
Sambung Nyawa Batik Rawatan Untuk Hilangkan Bisa Ular, Kalajengking, Tabuan, Lebah dan Antidot Demam

Daun sambung nyawa memang telah diperakui pelbagai khasiat terutamany untuk penyakit darah tinggi. Tanaman mudah hidup dan cepat membesar. Tapi ramai yang tak biasa atau mungkin tak pernah tengok daun sambung nyawa batik. Tanaman renek ini mempunyai bunga berwarna kuning. Menurut Dr. Taweesak Panpoca dari Bangokok, Thailand, Daun sambung nyawa batik lebih tinggi khsiatnya terutama merawat masalah atau penyakit yang berkaitan dengan bisa. Antaranya ialah:
1. Ubat untuk kayap
Ambil akar dan daun 5-6 helai, basuh bersih tumbuk dan letak tempat kayap biar selama 1 jam. Buat selalu selama 3 hari berturut2 hingga kayap menjadi kering.
2. Luka bernanah
Ambil 2-3 helai daun, tumbuk dan letak tempat bernanah untuk selama 1 jam. Buat ini selalu selama 3 hari hingga luka kering.
3. Nyah bisa/sakit patuk ular (Admin nasihat: Apa2 pun pergi hospital dulu)
Ambil 2-3 helai daun makan, selain itu ambil daun lain tumbuk secukupnya dan letak tempat kena patuk, balut selama 10-12 jam, sakit akan hilang.
4. Sengat kala jengking/tebuan/lebah, buat seperti di atas.
5. Memberhentikan darah. Tumbuk dan letak pada luka. Dlm 10 minit darah akan berhenti. Buat selalu parut akan hilang.
6. Kuatkan tulang: 5-6 helai daun, basuh bersih , didihkan dan minum (tidak diceritakan berapa litre air).
7. Antidote untuk demam. Rebus akar dan daun . Minum utk kurangkan panas.
Awas 5 Pokok Hiasan Ini Mampu Memudaratkan Anak Anda

Memang seronok melihat anak-anak bermain bersama-sama teman mereka di halaman rumah. Pada fikiran ibu bapa, keselamatan anak-anak akan lebih terjamin sekiranya mereka dibiarkan melakukan aktiviti yang mereka inginkan di kawasan rumah. Tetapi, siapa menyangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika tiada pengawasan ibu bapa. Bahaya yang paling dekat ialah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak. Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda? Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;
- Caladium bicolor
Tumbuhan ini memiliki daun yang berbentuk oval seperti kepala anak panah (arrowhead). Pokok ini juga terdapat pelbagai kacukan yang menghasilkan variasi bentuk dan rona daun. Kandungan racun yang terdapat di dalam Caladium bicolor dikenali sebagai Calcium oxalate crystals dan asparagine, iaitu protein yang ditemui di dalam tumbuhan ini. Sememangnya kesemua bahagian tumbuhan ini beracun apabila termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya kanak-kanak didapati termakan bahagian tumbuhan ini, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak. Lain-lain simptom yang mungkin boleh berlanjutan apabila termakan pokok ini ialah, diarea, nausea, mulut dan lidah menggelembung, mata akan kemerah-merahan, sakit serta terasa panas. Kesan seterusnya adalah muntah-muntah. Jika perkara ini berlaku, segera lap mulut si manja dengan kain bersih yang telah dibasahkan dengan air yang sejuk. Beri si manja susu untuk diminum. Hubungi pakar atau hantarkan anak anda ke unit rawatan.
- Zamioculcas zamiifolia
Tumbuhan ini turut dikenali dengan beberapa jolokan lain seperti Zanzibar gem, Money plant, succulent philodendron, Chinese New Year festive plant dan arum fern. Ia tergolong di dalam keluarga Araceae. Ia membentuk gugusan daun yang tebal, batang berkilat yang ada kalanya kelihatan seolah-olah tumbuhan artificial. Pokok ini juga mampu bertoleransi pada musim kemarau serta boleh menerima kuantiti cahaya yang rendah di dalam rumah. Namun, keseluruhan bahagian pokok ini juga mengandungi racun. Sebaik-baiknya jauhkan ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Sekiranya anda perlu menguruskan tumbuhan ini, gunakan sarung tangan berkebun dan cuci sebersih-bersihnya.
- Nerium oleander
Pokok ini mempunyai gugusan bunga yang berlingkar. Ia membesar sebagai pokok yang rendah di kawasan terbuka yang menimbulkan suasana menarik dan menjadi tumpuan. Secantik-cantik pokok ini, ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat merbahaya untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Bagi orang dewasa sekalipun, ketika melakukan proses memangkas, pastikan pemakaian sarung tangan berkebun dipraktikkan. Basuh tangan sebaik-baiknya untuk mengelakkan dari termakan sap (getah pokok). Jika termakan, ia boleh meragut nyawa.
- Anthurium spp
Anthurium spp kelihatan indah dipandang. Namun, merujuk kepada penulisan Springer pada tahun 2007 di dalam ‘Handbook of poisonous and Injurious plants’, kanak-kanak di bawah umur enam tahun terutamanya selalu terdedah kepada racun dari tumbuhan ini. Kajian mendapati terdapat sebanyak 85% panggilan diterima oleh unit kecemasan dan trauma. Pokok ini mengandungi calcium oxalate yang merbahaya untuk manusia dan haiwan. Jika kanak-kanak termakan dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah begitu mengancam kerana racun tumbuhan ini dikategorikan sebagai sederhana. Pun begitu, jika dimakan dalam jumlah yang tinggi, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta kematian. Bahagian yang racun adalah jus atau getahnya yang terkandung oxalate crystals. Kandungan ini menyerupai jarum kristal yang tajam yang boleh merengsa kulit, mulut, lidah, tekak dan membuatkan si pemakan akan membengkak, sukar bernafas, sakit melecur dan perut meragam.
- Dieffenbachia
Penduduk Amazon menggunakan jus dari tumbuhan ini untuk disapukan pada anak panah pemburuan mereka. Kandungan toksin yang terhasil dari pokok ini ialah kerana ia memiliki calcium oxalate pokok yang sederhana. Sama seperti pokok Anthurium spp dan Caladium bicolor, ia akan memberikan beberapa kesan sampingan jika kanak-kanak termakan tumbuhan ini. Kesan tersebut adalah seperti memusnahkan buah pinggang, kemunculan arteries dan gastrik.
Trend Terkini, Pasu Tumpah Di Laman

Dalam menata hias tidak kira di dalam luar kediaman, sudah pasti anda akan cari kelainan. Baru-baru ini, tular di laman Facebook gaya dekorasi laman yang dipanggil “Pasu Tumpah”. Teknik gubahan pasu ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru. Namun kini ia menarik perhatian apabila kehadirannya dilaman memberi suntikan berbeza dan unik.
Pelbagai jenis tanaman yang susai untuk digubah menjadi pasu tumpah ini. Namun, kebiasaanya tanaman jenis menjalar seperti Petunia menjadi pilihan. Berikut inspirasi pasu tumpah untuk rujukkan pembaca IMPIANA