Apabila bercuti panjang atau pulang ke kampung, biasanya bagi yang gemar berkebun akan resah dan gelisah kerana meninggalkan kediaman bermaksud pokok-pokok juga akan ditinggalkan tanpa siraman. Ada kalanya apabila meninggalkan kediaman selama seminggu atau dua minggu, tanaman akan layu, mati atau pun daun dan bunga jatuh berguguran. Berikut LAMAN konsikan tip bagaimana anda boleh menghindarkan perkara ini berlaku dengan beberapa kaedah.

1. Penggunaan sprinkler tidak dinafikan sangat membantu walaupun ia melibatkan kos yang agak tinggi. Ramai yang menggunakan sprinkler kerana tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk menyiram tanaman setiap hari. Ini kerana timer yang telah di set akan melakukan kerjanya tanpa masalah. Malah sprinkler juga dapat menjimatkan penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.

5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang

2. Antara teknik lain ialah anda menghasilkan sendiri siraman automatik dengan menggunakan botol air mineral terpakai. Kaedah ini adalah alternatif untuk siraman tetapi dengan bajet yang sangat rendah. Anda cuma perlu rajin mencari botol mineral terpakai dan membuat kerja-kerja menebuk.

IKLAN

5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang

3. Sungkupan juga salah satu cara untuk menghalang tanaman daripada kering melampau dan seterusnya mati. Anda boleh menggunakan sungkupan sabut kelapa ini kemudian basahkan ia agar betul-betul lencun. Sebelum itu siram juga tanaman terlebih dahulu agar tanahnya juga betul-betul basah.

IKLAN

5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang

4. Anda juga boleh menggunakan proses pengewulapan dengan meletakkan sebaldi air di tengah-tengah tanaman. Secara tidak langsung tanaman dapat menyerap lembapan daripada air yang tersedia berikut.

IKLAN

5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang

5. Akhir sekali anda boleh melakukan pangkasan agar tanaman tersebut tidak memerlukan air yang banyak sepanjang ketiadaan anda. Pangkas daun dalam jumlah yang banyak, tidak perlu risau kerana ia akan tumbuh semula selepas anda pulang dari bercuti. Apabila daun dipangkas maka anda hanya perlu menyalurkan kuantiti air dalam jumlah yang sedikit.

5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI