Pernah tak anda terfikir kebaikan besi magnet sehinggakan anda belanja sedikit wang untuk gunakan di dalam rumah dan bantu urusan seharian anda di dalam rumah. Ianya amat praktikal di setiap ruang rumah anda.
IMPIANA bantu anda bagaimana nak guna bar magnet dengan selamat dan praktikal.
1) Gantung pisau memasak di dapur
Jika sudah rosak atau hilang rak simpanan pisau, apa kata lekatkan pisau memasak anda di ruangan dapur yang dekat dengan singki serta dapur memasak. Gunakan bar magnet untuk gantung pisau memasak, ianya amat praktikal dan memudahkan tugas memasak anda. Akan tetapi, pastikan tempat anda gantung pisau dan bar magnet jauh daripada kanak-kanak dan hanya mudah dicapai oleh orang dewasa sahaja.
2) Depot simpanan peralatan bertukang/DIY
Ads
Bar magnet juga berupaya untuk memegang peralatan pertukangan anda. Ia juga merupakan solusi bijak kepada simpanan dalam toolbox yang kadangkala boleh membuatkan barang anda rosak sebab bertimbun dengan peralatan yang lain. Teknik susunannya anda boleh rujuk gambar di bawah ini.
3) Susun peralatan kosmetik
Ads
Di meja solek juga bar magnet boleh membantu anda. Susunkan secara teratur segala peralatan penjagaan wajah anda di bar magnet. Jika dahulu anda guna masa yang banyak untuk cari semula segala pin rambut, twizzer, pengetip kuku dan pelbagai lagi. Mungkin sudah tiba masa untuk guna magnet sebagai tempat gantung dan jimat masa mencari.
4) Gantung bekas rempah
Ads
Tahukah anda bekas simpanan rempah ratus banyak ambil ruang simpanan pantri di dapur? Alternatifnya adalah gantung secara menegak segala bahan rempah yang disimpan dalam balang kecil di atas bar magnet. Konsepnya sama seperti lekatkan pisau di dapur, jika pisau boleh, balang mini rempah ratus pun boleh juga.
5) Post-it-Note di Peti Sejuk
Peti sejuk merupakan tempat terbaik untuk anda tinggalkan pesanan untuk ahli rumah yang lain. Kalau di rumah sewa, selalu akan ada pesanan bayar sewa rumah dari ketua rumah, lain pula kisahnya jika di rumah keluarga, kaum ibu selalu tinggalkan pesanan seperti ‘keluarkan ayam dari peti sejuk beku’ untuk lembutkan ayam bila ibu pulang dari kerja. Semuanya terjadi dengan penggunaan magnet sebagai bahan pelekat untuk anda gantung mesej yang ditulis atas kertas di peti sejuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai antara kita yang gagal menjaga kebersihan di dapur. Kalau orang dulu-dulu, dapur lah tempat mereka berkumpul seisi keluarga. Makan lepas tu duduk borak dan santai. Sekarang ni dah jarang berlaku situasi macam ni.
Masuk dapur jika perlu sahaja sebab masing-masing bekerja, balik dah penat dan biase makan beli. Memasak bila hujung minggu. Ini antara faktor menyebabkan ruang dapur terabai. Sekali hujung minggu nak kemas, semua benda perlu di uruskan. Kan penat macam tue.
Untuk atasi masalah ini dari berlaku, pastikan anda amal 5 tip mudah ini.
Bersihkan Peralatan sebaik digunakan
Keadaan ini akan menjadikan ruangan memasak tidak terlalu padat dan menjimatkan masa si ibu. Bersihkan dan simpan semula peralatan dan perkakas yang telah digunakan di tempat asal.
Memasak sambil Mengemas
Ini yang best! Beranganlah sekejap ala-ala Master Chef, sebab ibarat akan ada Chef Juri yang datang melawat cara kita bekerja. Kebersihankan diambil kira? Hehe.. Siap masak, siap juga berkemas. Jimat Masa!
Kosongkan Ruang
Cuba lihat dalam majalah Impiana dan seumpamanya. Ruang table top kan kosong? Hanya ada beberapa barang sahaja yang diletakkan.Table top yang kosong dan kemas sangat-sangat mempengaruhi mood dan suasana dapur supaya kelihatan bersih dan kemas! Jadi, alihkan barang yang tidak patut berada di situ. Yang penting, jangan letakkan barang yang tidak perlu di atas itu. Sebaliknya, simpan ditempat asalnya. Ia akan kekal kemas!
Jangan Tinggalkan Dapur Tanpa Di Kemas
Setiap kali sudah makan bersama ahli keluarga. Jangan biarkan hanya si ibu berseorangan membersih dan mengemas dapur. Atu mungkin ada yang cakap “ahh… kejap lagi lah kemas nak rehat dulu.” Pasti kerja tak sesempurna seawal kita berada di dapur sebelum ditinggalkan buat sementara waktu. Selesai makan, terus cuci pinggan dan kemas dapur. Jangan biar singki berisi, nanti mengundang tikus, lipas dan semut. Lantai pun jangan dilupakan. Pastikan lantai di sapu. Tak lap tak menajdi maslah, tapi bila dah ada melibatkan air atu makan an tumpah, segera lap bagi mengatasi masalah lain.
Libatkan Ahli Keluarga
Rumahtangga dibina atas dasar kebersamaan. Isteri dan Ibu bukan bibik dan bukan kuli! Kita semua bertanggungjawab menjaga dan memelihara rumah bersama-sama. Suami juga perlu bersama membantu. Samada tolong kemaskan, basuhkan atau apa sahaja yang boleh membantu. Bagi ibu yang dah ada anak berusia 7 tahun ke atas, wajib kan mereka membantu anda mengemas walaupun lelaki. Latih mereka untuk mengemas, insyaallah apabila sudah besar, mereka akan ringan tulang membantu!
Dengan mengamalkan tip ringkas dan mudah ini, kuranglah kerja isteri / ibu. Dapatlah mereka berehat pula! Sama-sama meraih dan merebut pahala di dalam rumahtangga. Ibu gembira, semua gembira!
Bagi ibu yang dah ada anak berusia 7 tahun ke atas, wajib kan mereka membantu anda mengemas walaupun lelaki.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila tiba masa untuk renovasi tandas atau bilik air, terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Termasuklah sinki, kemasan dan juga jubin. Kesuaiannya pula bergantung pada saiz, penggunaan serta konsep yang ingin diketengahkan. Bilik air yang kecil memerlukan lebih penelitian jadi pemilik perlu lebih peka dan bijak membuat pilihan agak ruang ini selesa dan praktikal untuk diguna. Disini IMPIANA himpunkan pelbagai variasi warna jubin untuk bilik air yang lebih menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kenal Pasti 3 Jenis Golongan Kontraktor & Pemilik Rumah Yang Dianggap Menipu. Kerja-kerja renovasi rumah yang berjaya memerlukan kerjasama baik daripada kedua belah pihak iaitu kontraktor dan pemilik rumah. Sebelum merancang untuk membina atau ubah suai rumah, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi mengelakkan kerugian masa dan wang ringgit buat kedua-dua belah pihak.
Harus lebih berhati-hati dan paling penting perlu kenal pasti tiga jenis golongan kontraktor dan pemilik rumah yang dianggap menipu. Ia bagi mengelakkan renovasi rumah terbengkalai mahupun berdepan dengan pelbagai masalah kelak.
Baca perkongsian daripada Puan Mahanom Mohammad, yang pernah memenangi Anugerah Kontraktor Terbaik tahun 2016 ini sebagai panduan.
3 Jenis Golongan KONTRAKTOR Yang Dianggap Menipu
1. Penipu Tegar
(Yang ini memang dia nak menipu. Selalunya dia akan position dirinya sebagai pemaju rumah Fisabilillah).
Modus operandinya senang sangat dikesan – iaitu menawarkan harga tak masuk akal.
Oleh kerana memang dia nak menipu, awal-awal lagi dia dah sediakan dokumentasi tip top. Supaya bila tertangkap, dia mudah terlepas.
Dalam fb ni iklannya memang sentiasa lalu lalang. Kadang iklannya tip top siap drama production. Ejen jualannya memang dia hantar training kaw kaw. Mokcik Pokcik memang sasaran mangsa mereka.
Bagaimana nak elak penipu begini :
Buat due delligence. Berapa banyak projek dia dah buat. Tanya home owner sendiri. Takut-takut entah rumah mana yang dia bawa sebagai rujukan.
Bawa kontrak dia dan tanya pendapat lawyer lain. Pastikan kontrak yang disediakan itu melindungi hak anda.
2. Penipu Baru Nak Belajar
(Yang ini jenis masa baru-baru nak jadi kontraktor, memang impian besar nak close jualan.)
Diberinya harga yang dia tak tahu pun harga tu berdasarkan apa.
Kontraktor lain beri harga RM120.00, dia pun beri harga RM120.00.
Kontraktor lain beri harga RM120 untuk struktur sahaja, dia beri harga RM120 siap semua sekali, tiles satu rumah sampai dinding, siap pakej umrah dan kereta MyV.
Risiko harga naik, pelanggan VO beratus kali, dapat tukang tak cekap, banjir, hujan, panas, lori rosak – semua dia tak fikir.
Bila baru 30% kerja naik, baru dia perasan harga yang diberikan tak boleh pergi.
Takut kena marah dengan pelanggan, dia pun terus cabut lari.
Bagaimana nak elak penipu begini :
Sentiasa check harga pasaran. Jangan percaya pada harga murah lebih dari 10% dari harga pasaran. Kawal bayaran jangan lebih dari progres kerja.
3. Penipu Yang Menipu Diri Sendiri
(Yang ini selalunya dia bukan tahupun pasal binaan. Bisnes modelnya sama ada hari ni dia buat dapur esok terus dia rasa dia boleh buat satu rumah. Atau dia akan serah 100% kerja pada tukang sahaja. Tukang menipu kerja pun dia tak tahu)
Yang ini – pemilik rumah hanya sedar kena tipu bila lihat hasil kerja yang teruk. Jika pemilik rumah tanya soalan kenapa konkrit pecah, tiang senget, dinding retak, kenapa tingkap tiada lintel, rumah tiada apron, tak tahu, tahu esok dia dah tak datang.
Bagaimana nak elak penipu begini :
Sentiasa datang site untuk check kerja kontraktor. Sekiranya tidak mampu, lantik seorang wakil untuk lihat progress kerja.
Kadang walau pemilik rumah sudah cuba sedaya upaya memilih kontraktor yang boleh dipercayai, ada juga yang akhirnya rugi kerana hasil yang didapati dirasakan tidak berbaloi dengan wang yang dibayar. Ada juga hiccups yang berlaku yang menyebabkan kontraktor ambil jalan untuk menamatkan kerja.
Cuma apa yang saya nak katakan, sekiranya boleh,hati-hati dalam memilih kontraktor, kerana apabila rumah terbengkalai, pemilik rumah bukan sahaja rugi wang ringgit tapi akan rasa sakit hati kerana akan rasa tertipu atau diperbodohkan begitu sahaja.
Saya dah jumpa ramai pemilik rumah yang merana apabila rumah tidak siap dibina. Hati-hatilah dalam memilih kontraktor.
3 Jenis Golongan Pemilik Rumah Dianggap Menipu
Dalam sektor perumahan, ada 3 juga jenis golongan pemilik rumah yang boleh juga dianggap menipu.
1. Penipu Tegar
(Dia minta sebutharga dan macam-macam brosur dan katalog dari kontraktor. Beri harapan bulan bintang pada kontraktor. Siap beritahu dah solat istikarah dan dapat petunjuk nak lantik kita. Tahu-tahu dia lantik kontraktor lain.)
2. Penipu Baru Nak Belajar
Yang ini masa minta sebut harga nak buat rumah besar istana. Bila dapat harga istana, terus potong banyak benda supaya sesuai dengan bajet sendiri.
Tapiiii, masa tengah kerja, masa tulah dia suruh buatkan ni sikit dengan alasan sikitttttt je, berilah free.Tahu-tahu dalam tambah sini sikit, tambah sana sikit, kita dah buatkan dia istana seperti yang dia kehendaki awal-awal lagi. Tapi dalam kos yang kontraktor perlu tanggung.
3. Penipu Yang Menipu Diri Sendiri
Yang ini selalunya dia bukan tahupun pasal binaan. Tapi dia punya berlagak kalahkan residence engineer.
Kerja dia asyik nak potong claim kontraktor. Ada saja yang tak kena. Masa handing over dia akui semuanya sempurna. Tiba-tiba esok dia kata pintu tercabutlah, lampu terbakarlah, macam -macam lagi.
Saya taknaklah cerita bagaimana nak elak pemilik rumah jenis penipu ni. Kalau kita dah lama jadi kontraktor, perjumpaan pertama kita dah boleh agak sama ada pemilik rumah ni jenis jujur atau sebaliknya.
Cuma apa yang saya nak katakan, sekiranya ada rakan kontraktor yang terkena dengan pemilik rumah sebegini – usahlah risau. Saya dah jumpa ramai pemilik rumah apabila menipu kontraktor, rumah yang dia tinggal pun akan ada banyak masalah jua.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam mengenal pasti ciri-ciri kontraktor dan pemilik rumah yang boleh dianggap menipu. Lebih berhati-hati dalam membuat pilihan bagi mengelakkan renovasi rumah terbengkalai mahupun berdepan dengan pelbagai masalah kelak.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.