Ruang dapur yang luas dan selesa sering menjadi idaman ramai. Tapi tidak semua berpeluang memiliki kediaman yang dilengkapi dapur sebegitu. Disini IMPIANA kongsikan cara-cara untuk pemilik dapur kecil untuk memberikan ilusi ruang yang luas pada dapur anda.
1. PEMILIHAN WARNA
– Gunakan warna putih atau rona-rona neutral yang terang sebagai sentuhan warna utama pada ruang dapur anda.
– Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan.
– Warna putih akan sert-merta membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas serta bersih.
– Boleh gabungkan warna putih dengan warna pilihan anda tetapi jangan keterlaluan sehingga dapur nampak serabut pula.
2. JENIS RAK
– Rak jenis terbuka merupakan pilihan yang tepat untuk buatkan ruang dapur nampak lebih luas
– Walaupun perlu sentiasa dikemas dan disusun, rak jenis ini boleh kurangkan kepadatan dapur.
– Selain itu, ia lebih mudah untuk anda mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak.
Ads
3. PENGGUNAAN CERMIN
– Gunakan “backsplash” daripada cermin juga dapat beri effect luas dan mewah pada dapur anda.
– Boleh juga tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan dari pencahayan dari luar buat ruangan dapur anda kelihatan lebih luas.
Ads
Ads
4. KONSEP
– Terapkan konsep “less is more” ataupun minimalis di ruang dapur
– Simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, “coffee maker”, blender.
– Elakkan menyimpan peralatan seperti ini di atas meja, simpan di satu tempat dalam ruangan khas.
– Minimumkan kabinet/ perkakas dapur.
Sumber Imej : Carian gambar Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang ‘spoil’ bila terkena telur busuk ketika memasak. Masuklah ke mana-mana dapur rumah, mesti ada telur. Itu tandanya telur memang makanan wajib ada dalam setiap rumah. Tapi selama menyimpannya, sejauh mana anda tahu yang telur itu masih selamat dimakan dan tak busuk. Sebabnya, telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.
Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.
Telur Dalam Peti Ais
Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.
Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.
6 Tips Simpan Telur
Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.
Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.
Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.
Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain
Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.
Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.
Tentukan Kesegaran Telur
Cara yang boleh kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.
Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.
Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.
Manakala telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.
Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.
Cara Lain Yang Boleh Dicuba
Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.
Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.
Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.
Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi. Balkoni, Ruang Kecil Yang Diabaikan Pemilik. Kediaman bertingkat sememangnya bertuah mempunyai balkoni . Apatah lagi yang berhadapannya itu pemandangan indah baik kota metropolitan, gunung ganang, lebuh raya atau apa sahaja. Ruangnya juga pelbagai. Ada yang sederhana besar ada juga yang cukup seadanya dan ada juga yang bertuah mempunyai balkoni besar yang cukup selesa.
Sayangnya fungsi ruang ini sudah kian mati. Dari tempat mengambil angin, menyendiri atau bercucuk tanam mahu pun kenyit-kenyit mata dengan anak dara blok hadapan, ruang ini lebih dilihat menjadi stor tempat kita meletakkan segala benda buruk untuk tontonan umum. Mungkin bukan semua pemilik balkoni begitu tetapi ada yang kurang pintar memanfaatkan ruang ini.
Menjemur kain? Itu tidak hairan kerana desakan ruang yang ada namun boleh kita serikan ruang itu dengan pelbagai usaha. Daripada gantungan pokok-pokok berbunga, orkid misalnya ke pokok daun hiasan yang hisar segar. Tidak perlu rimbunan yang keterlaluan.Ada juga yang menyatakan balkoni sekadar sisa ruang yang tidak perlu diberi tumpuan kerana jarang sekali ke sana. Sudahnya ruang tambahan ini dilupakan.
Jika mempunyai anak kecil atau kucing, ditambah jaring sebagai langkah keselamatan. Pokok -pokok renek disusun sepanjang balkoni. Lantainya juga dialas sama ada ambal atau kemasan kayu mudah pasang untuk taman. Serikan dengan kerincing angin, bantal-bantal kecil untuk anda sendiri bersantai, mengambil angin petang atau membaca. Kita adakalanya tertekan menetap di ruang kecil namun jangan kita rosakkan pula ruang santai yang disediakan khas untuk kita.
Pinggan mangkuk yang dah lama dan kerap di pakai mesti mempunyai kesan kerak terutamanya di bahagian dalam. Cawan yang digunakan untuk hidang air kopi dan teh pun tidak terkecuali akan berkerak walaupun cawan tu mahal. Kebiasaanya, untuk hilangkan kerak dalam cawan dan pinggan mangkuk tu cara paling mudah adalah dengan menggunakan peluntur. Tapi bahan tersebut sangat bahaya kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan baik.
Ada lagi satu cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kerak tersebut.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan kacau rata
2. Basuh cawan dan pinggan mangkuk mengunkan bancuhan tadi dan bilas seperti biasa
Tip: Untuk kerak yang degil, rendam cawan atau pinggan mangkuk tersebut semalaman di dalam air yang telah dibancuh dengan pati cucian tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.