Tanaman atau pokok, wujudnya di muka bumi ini amat penting bukan sekadar membekalkan oksigen dan melestarikan persekitaran malah menyeimbangkan keperluan seluruh makhluk di dunia. Namun, tidak semua tanaman dapat dimanfaatkan sepenuhnya tidak kiralah manusia mahupun hidupan liar. Ada antara tanaman yang merbahaya ini bukan sekadar mengudang masalah fizikal manusia malah ancaman nyawa. Antara tanaman yang dimaksudkan adalah seperti:

POKOK MANCHINEEL

Pokok yang menghasilkan buah seperti epal ini telah disenarikan sebagai tanaman yang paling beracun oleh Guiness World Records. Dikenali dengan nama saintifiknya Hippomane mancinella, tanaman ini tumbuh mekar di Kawasan tropika terutamanya Utara Amerika.

Sekiranya berlindung di bawah pokok ini ketika hujan, getah yang mengalir jika terkena kulit akan menyebabkan kudis seperti kesan lecur. Asap yang dihasilkan dari proses pembakaran pohon ini pula di dapati boleh menyebabkan mata buta

Zaman perang dahulu kala, tentera Amerika Syarikat menyeksa tahanan Spanyol dengan memaksa mereka berdiri di bawah pohon Manchineel ini ketika hujan. Selain itu juga, getahnya amat popular digunkan pada busar anak panah. Ia mampu melpahkan saraf mangsa yang terkena panahan getah pokok Manchineel.4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

IKLAN

POKOK CICUTA

Cicuta atau juga dikenali dengan nama Water Hemlock merupakan tanaman yang dipenuhi dengan sebatian beracun Cicutoxin. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, Cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan. Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan kematian.

Bahan beracun ini akan menyebabkan kegegalan fungsi system pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas tubuh dicemar dengan bahan tersebut. Cukuplah sekadar anda tergigit bahagian akar tanaman ini, ia sudah boleh menyebabkan anda menerima kesanya yang amat buruk. Bentuk akar Water Hemlock menyerupai lobak dan sering disalah anggap oleh manusia4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

IKLAN

POKOK JARAK

Ramai yang tahu akan bahaya pokok jarak ni. 1 biji buahnya mampu membunuh manusia dalam tempoh 1 minit sahaja. Toksin yang dipanggil Ricin terdapat apda keseluruhan bahagian tanaman ini. Namun, kebiasaanya pengguna akan menggunkan buah atau biji jarak untuk ekstrak racun dari tanaman ini dengan menghasilkan minyak jarak.

Gejala utama yang akan dialami jika anda tercemar dengan racun ini tekak atau mulut akan rasa seperti terbakar, sakit perut, cirit birit hingga berdarah dan muntah. Akhirnya, pengidap akan mati disebabkan hidari melampau4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

POKOK BELLADONA

IKLAN

Atropa belladonna dikenali dengan nama tempatanya Bellandonna atau deadly nightshade. Tanaman ini mengandungi bahan Tropane alkoids iaitu bahan toksik yang terdiri daripada Atropine, Scopolamine dan hyoscyamine yang akan menyebabkan kecelaruan system tubuh atau halusinasi. Ia banyak digunakan bagi tujuan antikolinergik farmaseutikal.

Seluruh bahagian tanamanya beracun namun yang paling tinggi adalah pada buahnya. Gejala yang terjadi akibat racun belladonna adalah seperti anak mata membesar, penglihatan menjadi kabur, berhalusinasi dan kurang waras.

Atropine racun yang terkandung di dalam bunganya akan menggangu system saraf, pernafasan, saraf peluh dan akan menyebabkan jantung berdegup laju4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

4 Tanaman Yang Boleh Membawa Maut

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI