Berkebun memang seawal kewujudan manusia di muka bumi ini dah mula dilakukan. Tapi kita pernah tak terfikir macam mana mereka berkebun, baja apa yang mereka gunakan untuk galakkan pertumbuhan tanaman?

Tak perlu pergi jauh, kita tengok nenek moyang kita berkebun. Walaupun dulu tak ada internet dan kurang sumber untuk mereka belajar bercucuk tanam, namun hasilnya tetap mengagumkan. Semuanya mereka belajar dari pengalaman dan pemerhatian serta perkongsian dari mulut ke mulut. Tidak perlu guna bahan-bahan rumit, tidak membeli perkakas yang hebat dan mahal usaha kebun mereka tetap mampu mengisi perut dan paling hebat boleh berniaga.

Nak tahu apa yang mereka lakukan? Ini antara tip mudah yang digunakan oleh orang yang terdahulu daripada kita untuk mengusahakan kebun mereka.

Air Basuhan Beras

Orang dulu-dulu, air basuhan berasnya tidak dibuang. Banyak manfaatnya bukan sekadar sebagai salah satu bahan penapaian makanan, malah tidak kurang untuk kecantikan dan tanaman. Anda punya dua pilihan sama ada terus gunakan air basuhan beras tersebut atau peramkan semalaman sebelum dijadikan sebagai siraman. Tapi ingat, siram terus pada tanah tau.

IKLAN

4 Petua Mujarab, Mudah dan Murah Wajib Cuba Untuk Dapatkan Hasil Tanaman Yang Optimum

Air basuhan perut ikan

Air basuhan perut ikan antara petua lama yang masih digunakan sehingga kini. Cuma bezanya, nak lebih mantap air basuhan tadi di peram bersama perut dan kepala ikan sekali. Bagi peminat orkid, ini antara baja mujarab yang wajib anda cuba untuk dapatkan bunga orkid yang mewah.

IKLAN

4 Petua Mujarab, Mudah dan Murah Wajib Cuba Untuk Dapatkan Hasil Tanaman Yang Optimum

Tanam atau Pindah Pokok Di waktu Petang

IKLAN

Kenapa waktu petang? pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis. Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi. Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut. Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur. Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.

Garam Kasar Elak Serangga Perosak

Perasan tak dulu-dulu garam kasar berketul nenek kita suka beli banyak-banyak. Bukan sekadar digunakan pada masakan, malah untuk kesihatan. Untuk tanaman pula ia berupaya mengatasi masalah serangan serangga terutamanya siput, ulat beluncas, semut dan pelbagai lagi, nenek kita akan taburkan garam sekeling tanaman. Tapi untuk tanaman berdaun terutamanya sayur, perlu hati-hati. Terlebih akan menyebabkan tanaman mudah lecur dan medium boleh jadi alkali juga.

4 Petua Mujarab, Mudah dan Murah Wajib Cuba Untuk Dapatkan Hasil Tanaman Yang Optimum

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI