Kenser adalah penyakit utama yang mengancam masyarakat di dunia. Pelbagai faktor mengundang aktifnya sel kanser. Jangan ingat anda seorang yang aktif bersukan tidak berisiko menghidapi kanser. Adakalanya ia berpunca daripada makanan dan ada juga dari gaya hidup masyarakat moden. Walau apa pun, pencegahaan tetap perlu dilakukan kerana ia lebih mudah di kawal berbanding untuk merawat. Untuk elak sel kenser anda aktif, cuba amalkan 3 jenis sayuran ini.

1. Kucai

Kucai adalah salah satu jenis sayuran yang sangat kaya akan nutrisi, selain memiliki protein dan lemak, ia sangat kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Setiap 100 gram kucai mengandungi 235 mikrogram vitamin A, 1410 milligram karotin, dan 247 milligram kalium.

Apa fungsi dari vitamin dan karotin? Vitamin dan karotin sangat berguna untuk meningkatkan penglihatan, meredakan mata yang letih. Ini bermakna ia amat seusia untuk anda yang sentiasa berada di depan komputer. Kandungan karotin yang tinggi dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah tumor, mencegah oksidasi, mencegah penuaan dan masih banyak manfaat lainnya. Makanan yang mengandungi kalium tinggi juga sangat sesuai untuk diamalkan oleh penderita darah tinggi.

Menurut doktor tradisional Tiongkok, kucai sangat baik untuk kesihatan hati dan perut. Kucai juga mengandung minyak atsiri dan kandungan khusus lainnya yang dapat memberikan rasa pedas yang khas, meningkatkan nafsu makan dan membantu pencernaan. Di pasar, daun kucai umumnya dapat dijumpai dalam dua jenis, kucai berdaun lebar dan halus. Kucai yang berdaun halus dan memanjang memiliki warna lebih gelap, kandungan serat yang tinggi, dan bau yang kuat. Manakala yang lebar dan tebal memiliki warna lebih terang, tekstur lebih lembut dan bau yang tidak terlalu kuat. 

Cara makan:

Kucai sesuai untuk di tumis, dijadikan lauk ataupun isi cucur, dumpling atau bergedil.
Kucai matang yang sudah dibiarkan satu hari, tidak boleh dimakan lagi.
Bila di gabung dengan udang, dapat menghasilkan protein yang tinggi. Kandungan serat kucai dapat meningkatkan kerja lambung dan usus, sehingga membuat pencernaan lancar.

2. Bawang Putih

Bawang putih memiliki kandungan gizi yang tinggi. Ia sangat berguna untuk orang yang aktif. Kandungan kreatin dapat membantu kekuatan otot serta vitamin B1 dapat menghilangkan rasa letih badan dan meningkatkan tenaga.

Manfaat bawang putih juga membantu metabolisme, menurunkan kolesterol dan trigliserida, dan juga berguna untuk menurunkan tekanan darah dan gula. Sangat sesuai untuk penderita darah tinggi dan diabetes.

Banyak orang yang enggan makan bawang putih, karana takut nafas menjadi bau. Pakar mencadangkan untuk mengunyah daun teh setelah makan bawang putih. Ataupun, minum susu hangat dan simpan dalam mulut sementara, baru perlahan-lahan ditelan. cara ini juga dapat menghilangkan bau.

Sebenarnya yang harus diperhatikan saat makan bawang putih bukanlah bau nafas, namun: untuk orang yang badannya lebih lemah, sekali makan jangan cukup 1-2 butir. Dan juga, bawang putih lebih baik dimakan di pagi atau siang hari, karena memakan bawang putih saat malam hari dapat merangsang hidung, tenggorokan dan mukosa lambung.

3. Daun Bawang

Selain hanya sebagai penambah rasa, sebenarnya daun bawang juga boleh dijadikan sebagai ubat pencegah kanser dan penyakit lainnya. daun bawang juga dapat melancarkan pencernaan serta meningkatkan nafsu makan. Kandungan allicin dalam daun bawang memiliki peran aktif dalam mencegah bakteri mahupun virus. Daun bawang memiliki kandungan yang dapat menurunkan peluang terjadinya kanser usus besar, kandungan allicin dalam daun bawang juga dapat menghambat pertumbuhan sel kanser

Cara makan:

Pengambilan daun bawang setiap hari sangat berguna. Daun bawang dapat di makan mentah, di taburkan dalam hidangan dingin, atau dijadikan sebagai pelengkap rasa. Dapat juga digunakan untuk mengurangi bau amis daging dan bau lainnya, untuk makanan yang agak tawar, daun bawang juga dapat dijadikan sebagai penguat rasa.

Komen anda