Peta dunia kalau terbentuk pada bantal boleh maaf lagi. Tak boleh cuci, kita tukar saja sarung baru. Tapi kalau tilam macam mana pula? Macam mana nak basuh? Lama kelamaan, peta tadi semakin bertambah. Terus ambil keputusan nak beli tilam baru walaupun kondisi masih elok. Cuba bayangkan, kalau tilam itu yang jenis khas ayurvedic atau tilam khas untuk sakit tulang belakang. Bukan murah cik kak oi…
Banyak faktor menyebabkan peta dunia terbentuk di atas tilam. Antaranya kalau jenis tidur suka tak pakai baju, pulak tu tak pakai protector tilam, antara punca terhasilnya peta dunia ini.
Ada pulak tu, konon-kononnya nak romantik, breakfast in bed katanya. Sibuk bersenda gurau, tersiku pulak gelas. Habis tertumpah atas tilam. Terus gelabah kan nak bersihkan air yang tumpah tu. Jadi langkah terbaik untuk hilangkan peta dunia yang tidak diperlukan pada tilam dan secara tidak langsung boleh menyingkirkan bakteria, anda boleh guna kaedah atau petua mudah ini.
Bahan-bahan:
1 cawan Hydrogen Peroxide
3 sudu besar Baking soda
1 sudu kecil Cecair pencuci pinggan
5 titis Pewangi / essential oil (tak wajib)
Ads
* P/S: Hydrogen Peroxide anda boleh dapatkan di bahagian farmasi seperti Watson, Guardian, Cosway dan pelbagai lagi
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati. Kacau perlahan-lahan sahaja. Selesai, masukkan ke dalam bekas semburan.
Ads
2. Semburkan terus pada peta yang ternukil di atas tilam. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.
3. Kalau ada peta yang degil, boleh semburkan sekali lagi. Biarkan kering sedikit.
Ads
4. Dah puas hati, semua peta sudah berjaya dihilangkan. Anda perlu Jemur tapi jangan kena matahari terus. Nanti garing pulak tilam tu.
5. Jika ada kesan serbuk baking soda tu, anda boleh guna vacuum selepas permukaan tilam kering sepenuhnya. Jemur wajib kena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
“Arghhh… Stressnya tengok anak-anak lipas ni berkeliaran dalam kereta ni. Kalau pukul nanti bersepai pulak isi perut lipas tuh. Ada tak cara mudah untuk hapuskan semua lipas-lipas ni sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut anda buat?
Jangan risau, di sini IMPIANA kongsikan cara mudah untuk anda hapuskan anak-anak lipas ini.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:- 1. Minyak masak yang sudah digunakan 2. Susu Pekat 3. Majerin
Sukatan bahan tidak dihadkan, anda boleh gunakan sebanyak mana anda mahukan. Gaul sebati bahan-bahan di atas, kemudian tuangkan kedalam bekas dan biarkan semalaman dalam kereta anda.
Pagi esok dah boleh lihat hasilnya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan cara ini pada kereta anda, malah ia juga sesuai untuk menghapuskan lipas yang berada di dapur, stor, bilik dan ruangan lain.
Selamat mencuba. 🙂
Sumber: RidhwanRashid
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memang sakit mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Tak kira lah di dalam mahupun di luar.
Dulunya periuk di sangkut pada dinding cantik-cantik belaka Tapi bila dah berkerak bontotnya sakit mata.
Wah! berpantun pula. Bagi wanita yang memang sentiasa mendedikasikan diri dekat dapur tu, ini antara masalah yang tak boleh diterima. Maka berlaku lah adegan sental periuk seperti kena dera. Namun apa kan daya, sampai bercalar periuk pun, kesan hangus tak hilang.
Anda tak perlu membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cuba gunakan 10 tip mudah ini untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kuali dan periuk di dapur. SELAMAT MENCUBA.
1. Baking soda Baking soda memang sudah diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot atau dalam kuali, anda hanya perlu bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendamkan 2-3 jam bahagian periuk atau kuali yang mempunyai kotoran ngeri tadi. Kesan hangus tadi atau kerak akan melembut dan mudah untuk disental.
2.Cuka makan dan baking soda Campuran ini khas untuk mencuci bahagian dalam periuk yang hangus. Didihkan air di dalam periuk yang telah hangus tadi dan masukkan satu cawan cuka. Bila kerak hangus tadi mula kelihatan lembut dan mudah tertanggal, matikan api dan masukkan baking soda. Bila dah sejuk, anda boleh lah sental dengan menggunakan span kasar.
3. Garam dan limau nipis Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi seperti satu adunan yang likat. Kuantiti yang diperlukan untuk limau dan garam bergantung kepada saiz periuk atau kuali. Lebih besar, maka banyaklah diperlukan. Sapu rata pada permukaan yang berkerak dan dibiarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental. Kaedah ini sesuai untuk bontot periuk dan kuali yang mempunyai kerak yang tebal.
4. Krim tartar Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan.
5.Garam kasar sahaja
Didihkan air di dalam kuali atau periuk yang hangus tadi. Bila dah menggelegak, masukkan pula segenggam garam kasar dan kacau perlahan-lahan. Kalau ada permukaan yang keraknya tebal, gonyoh sikit dengan menggunakan senduk kayu.
6.Tomato Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan buah tomato tersebut ke dalam periuk yang hangus dan biarkan semalaman. Esoknya baru anda sental.
7. Minuman berkarbonat Kalau kesan hangus atau kerak dalam periuk disebabkan oleh gula atau proses caramelizer, anda boleh gunakan minuman berkarbonat sebagai penyelesaian. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam periuk atau kuali yang hangus akibat gula ke dalam air berkarbonat sekurang-kurangnya 2 jam. Kebiasaannya, kerak gula tersebut akan tertanggal sendiri. Mana yang tak tertanggal, anda boleh cungkil dengan menggunakan senduk kayu.
8. Cuka sahaja
Untuk kerak hangus yang tak terlalu serius, anda hanya perlu didihkan secawan cuka bersama 3 cawan air di dalam periuk. Kacau sampai kerak tadi tertanggal sendiri.
9. Garam kasar dan minyak Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruhan bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.
10. Sabun mandi Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!