Tahi lalat pada pakaian tak kiralah lama ataupun baru wujud disebabkan kadar kelembapan yang lama. Memang sakit mata kalau tengok baju ada tahi lalat ni.Menyentalbbukanlah penyelesaian terbaik. Untuk tangani masalah ni, IMPIANA cadangkan 3 bahan dapur yang boleh menghilangkan tahi lalat pada baju
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
Ads
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan pada pakaia spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
Ads
Ads
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
Lagi 10 hari nak berpuasa. Bukan je mak-mak rasa buntu nak sediakan juada ketika berbuka, waktu sahur pun terkebil-kebil mencari idea nak masak apa supaya dapat memikat selera keluarga. Almaklum lah, baru bangun tidur kan. Otak masih mamai dan tak berapa nak terima makanan.
Tapi, kalau tak makan nanti lapar pula. Sebab tu, dah hujung-hujung ramadan lauk ringkas adalah yang paling menyelerakan di waktu sahur. Paling “best” telur mata dengan kicap. Tapi, hari-hari telur mata pun, bosan juga kan?
Apa kata cuba resepi ringkas pembangkit selera oleh Noriza Jaja ni. Telur goreng masak asam memang terangkat. Resepi ni turun temurun dari arwah opah Noriza yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Telur goreng
Bawang besar hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
Cabai masak hiris
Cili padi hiris
Air asam jawa
Gula dan garam
Cara-cara Memasak :
1. Guna minyak goreng telur tadi.
2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair terpulang pada selera anda.
Masalah dapur berbau kadang-kadang boleh membantutkan mood memasak. Anda tak perlu cari pewangi di pasaran kerana bau di dapur boleh dihilangkan dengan 3 bahan yang sedia ada di dapur. Ikuti tips ni!
1. Baking soda
Baking soda seperti yang kita ketahui mempunyai banyak manfaat dan kegunaan kepada kita. Tahukah anda, baking soda juga mampu menghilangkan bau yang kurang enak dalam peti ais? Caranya, anda hanya perlu letakkan bekas yang berisi baking soda dalam peti ais untuk beberapa hari.
.
2. Hirisan lemon
Hirisan lemon yang direbus selama 15 minit mampu menjadikan dapur lebih wangi dan beraroma segar,
.
3. Garam
Jika anda mempunyai masalah bau dalam pengisar, jangan risau. Bau tersebut dapat dihilangkan dengan air garam sahaja.
Ramai Selalu SILAP, Ini 8 Tip Pilih Langsir Ikut Gaya & Saiz Rumah! Pening kepala nak pilih langsir yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Sebenarnya, memilih langsir yang sepadan lebih daripada melihat coraknya sahaja. Nak mudah, cuba ikut 8 tip yang Impiana kongsikan ni
Apabila ingin membeli langsir , pastikan ukuran diambil dengan cara yang betul. Masih ramai yang tidak tahu ukuran yang paling tepat agar langsir yang digantung terletak cantik dan kemas. Langsir yang dipilih tidak sepatutnya terlalu senteng sehingga mewujudkan ‘gap’ yang sangat ketara antara lantai dengan kaki langsir.
Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai serta tidak terlalu labuh sampai menyapu lantai.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel yang selamat untuk digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman anda. Warna pastel juga boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar.
Namun begitu penggunaan warna yang terang boleh memberi daya tarikan yang berbeza sekiranya anda bijak dalam memilih warna yang bersesuaian dengan hiasan dalaman serta perabot.
Setiap ketebalan langsir yang terdapat di pasaran direka mengikut kesesuaian kediaman. Jenis ketebalan fabrik langsir bukan hanya direka bergantung pada keketapan konsep hiasan dalaman rumah malah anda harus mengenal pasti adakah ruang kediaman menerima cahaya matahari yang cukup atau tidak.
Jika kedudukan rumah anda tidak dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi, maka pemilihan langsir yang nipis seperti langsir sheer atau langsir berwarna terang.
Warna gelap atau langsir jenis blackout pula sesuai bagi rumah yang lebih luas dan menerima cahaya luar yang banyak.
Langsir yang bercorak pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan yang menarik bermula dari cetakan bunga yang paling klasik hingga cetakan bergaya yang dilihamkan oleh bentuk geometri, jalur atau polka dot.
Pemilihan langsir yang bercorak tentunya lebih menonjol namun dapat memberi pandangan yang mempersona sekiranya anda bijak dalam memilih hiasan yang sederhana. Elakkan penggunaan kertas dinding yang bercorak atau hiasan yang terlalu sarat agar keadaan ruang tersebut lebih tenang dan seimbang.
Sekiranya sofa atau kertas dinding sudah mempunyai corak yang sarat, langsirnya biarlah polos atau corak yang samar-samar sahaja.
Penggantung atau rod langsir diperlukan untuk menggantung langsir. Pemilihan rod langsir yang sesuai dengan rekaan langsir sangat penting bagi memastikan langsir terletak cantik.
Terdapat pelbagai pilihan material rod langsir di pasaran. Pemilihan bahan yang disukai ramai adalah jenis aluminium alloy untuk kelihatan lebih moden, dan jenis kayu bagi menambah sedikit banyak rasa keaslian ke ruangan rumah.
Untuk warna rod langsir pula, warna-warna yang rekomen adalah warna hitam, emas, putih dan warna kayu di mana warna-warna tersebut amat mudah memadan dengan kebanyakan warna langsir dan perabot-perabot di rumah agar dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Oleh itu, penggunaan rod langsir yang bersesuaian dengan langsir dapat memberi impak kepada ruangan anda.
Setiap rumah mempunyai ukuran yang tersendiri. Ada rumah yang mempunyai jendela yang besar namun ada juga yang mempunyai jendela bersaiz sederhana. Kediaman seperti unit apartmen atau kondominium selalunya mempunyai sepasang jendela di tengah dinding sekitar lebar 8’.
Oleh itu, anda boleh memenuhi dinding yang kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple sebegini mampu mewujudkan ruang yang biasa tampak lebih grand dan elegan. Simple but nice 🙂
Pastikan langsir yang dipilih bersesuaian dengan jendela kediaman anda. Terdapat pelbagai rekaan langsir yang berada di pasaran. Rekaan yang sarat dan dramatik selalunya sesuai untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Pastinya tampak elegan andai rumahnya besar, luas serta mempunyai perabot dan juga hiasan dalaman yang mewah.
Tetapi jika rumah anda bersaiz sederhana atau kecil, penggunaan langsir yang sarat boleh membantutkan pemandangan dan kelihatan ‘semak’. Sebaliknya, pilihlah langsir yang simple dan sesuai dengan situasi kediaman anda.
Penampilan keseluruhan bilik bergantung pada kesesuaian langsir. Ketinggian langsir juga mempengaruhi pandangan.
Linen pendek, dihadkan oleh tepi bawah tingkap membolehkan anda melihat pemandangan langit dengan jelas dan memberikan ketenangan sepanjang berada di bilik. Langsir seperti ini sesuai untuk apartmen. Condominium atau bilik yang kecil.
Bagi kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang standard, langsir yang digantung mestilah tidak menyentuh lantai. Hal ini boleh membuatkan tingkap tampak lebih ekspresif terhadap latar belakang dinding.
Bagi kediaman reka bentuk moden pula, labuh langsir boleh ditambah sebanyak 10-15cm. Rekaan ini boleh mewujudkan suasana yang selesa di dalam bilik.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...