PUCHONG, 15 September 2017: Lelong.my, perintis platform e -dagang tempatan sejak 1998, kini memulakan usaha yang mengujakan untuk mempertingkatkan jenamanya, seiring dengan ulang tahun penubuhan yang ke-20 pada tahun hadapan.
Usaha itu dimulakan dengan penganjuran Karnival Meriah Malaysia Day Bersama Lelong.my. yang diadakan selama dua hari di ruang legar kawasan pejabat korporat Lelong.my di Puchong. Menerusi penganjuran pelbagai aktiviti menarik termasuk ruang niaga pop-up, penjualan makanan dan minuman, demonstrasi lukisan mural komuniti oleh pelukis komik GEMPAK STARZ, Zuan, dan program-program kesenian yang lain, karnival berkenaan membolehkan orang ramai untuk mengenali dan mendekati semula Lelong.my.
Ads
Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Interbase Resources Sdn Bhd, Richard Tan menyentuh mengenai kepentingan penganjuran Karnival Meriah Malaysia Day Bersama Lelong.my dalam bulan September.
“Tahun ini menandakan 60 tahun sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan pada 31 Ogos dengan kemeriahan diteruskan dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Kedua-dua keraian itu amat signifikan dan sinonim dengan Lelong.my
“Kedua-dua sambutan ini menggambarkan penubuhan Malaysia dan rakyatnya, serta bagaimana kita telah berkembang sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan persamaan. Kita mungkin berbeza daripada segi sifat, penampilan dan personaliti, sama seperti jutaan produk dan perkhidmatan yang boleh anda temui di Lelong.my. Lihat di sebalik perbezaan yang ada dan marilah meraikan keunikan dan kepelbagaian,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena karnival
tersebut.
Ads
Lelong.my akan memperkenalkan identitinya yang baharu sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan jenama tersebut dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Tan berkata, laman web tersebut akan memaparkan penampilan baharu yang lebih menarik, dinamik dan segar tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan identiti Malaysia yang ada sebelum ini. Ia juga akan diperhalusi untuk memenuhi segenap keperluan penjual dan pelanggan.
Ads
“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami berbangga kerana dapat mengekalkan kedudukan sebagai penggiat e-dagang yang dominan di Malaysia secara konsisten. Oleh itu, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu peniaga kecil dan sederhana bagi memulakan perjalanan e-dagangmereka di Lelong.my. Bagi pemilik jenama dan rantaian runcit yang lebih besar, kami menyediaan LMall.my untuk memenuhi keperluan mereka. Paling utama, kami ingin menyatakan penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan sejak 19 tahun lalu, mereka yang telah menjadikan Lelong.my sebuah komuniti yang berkembang maju sehingga ke hari ini.
“Dengan menghampiri usia 20 tahun, kami telah melalui pelbagai cabaran dalam mencapai kematangan dan kami berhasrat untuk menyediakan yang terbaik dalam mencapai matlamat untuk menjadikan pelanggan sebagai keutamaan kami serta sebagai komuniti e-dagang yang dipercayai di Asia Tenggara,” jelasnya.
Lelong.my turut memperkenalkan NetPos, sebuah sistem pembayaran lengkap yang membenarkan peniaga untuk menerima pembayaran di luar persekitaran e-dagang. Selain menerima pembayaran menggunakan Visa, MasterCard, MyDebit dan SamsungPay, NetPos turut menyokong Visa PayWave dan MasterCard PayPass.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, jenama telefon pintar antarabangsa Samsung telah melancarkan siri keempat untuk model telefon lipat terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Setiap kali kedua-dua model telefon pintar ini dilancarkan sering mendapat perhatian ramai oleh kerana keunikan reka bentuk serta teknologi yang dimiliki pada telefon pintar ini.
Apabila kita bercakap soal tentang telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 ini, adakah benar ia direka khas hanya untuk kaum wanita yang sofiskated sahaja oleh dek kerana reka bentuknya yang kecil?
Malah ada juga yang beranggapan telefon pintar ini hanya sesuai untuk diguna pakai oleh kaum wanita ekoran ia sering didatangkan dengan pilihan warna lembut seperti emas, ungu dan merah jambu untuk siri model terdahulu.
Selain itu, setiap kali siri model telefon ini mula dipasarkan ia sentiasa menggunakan pendekatan pemasaran dengan menampilkan model wanita dalam iklan promosi untuk siri model telefon pintar berkenaan.
Maka dengan itu, siri model telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip sememangnya direka khas dan mensasarkan keutamaan jualan kepada kaum wanita. Namun, tidak ada salahnya sekiranya ada kaum lelaki atau anak muda masa kini yang ingin menggunakan telefon pintar lipat ini.
Untuk telefon pintar siri model terbaharu ini, ia dijual dengan harga serendah RM4,099 dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar lipat siri model Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu ini, anda boleh segera membuat pra-tempahan di mana-mana cawangan pusat jualan Samsung yang berdekatan dengan anda atau menerusi laman sesawang rasminya, www.samsung.com.my.
Sumber: Samsung Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cat Hiasan Lepa Kapur Buatan Tempatan Pertama Malaysia Pertingkatkan Kualiti Udara Dalaman.
Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd baru sahaja melancarkan cat pembersih udara mesra alam serba baharu yang dinamakan ‘ALES SHIQUY’. Cat baharu ini dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Kansai Paint dan juga merupakan pelaburan teknologi berterusan Kansai Paint di Malaysia.
‘ALES SHIQUY’, sejenis cat hiasan emulsi berasaskan air, merupakan lepa kapur buatan tempatan pertama Malaysia yang mempertingkatkan kualiti udara ruang dalaman dengan ketara. Ciri unik ‘Shikkui’ dalam produk baharu ini bertindak dengan memerangkap dan menyahaktifkan bakteria berbahaya yang bersentuhan dengan permukaan bercat. ‘Shikkui’ ialah sejenis bahan semula jadi tradisional Jepun yang lebih dikenali sebagai ‘kapur mati’. Bahan ini mempunyai fungsi antivirus dan antibakteria, kawalan kelembapan dan nyahbau yang berkesan.
Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang kualiti udara bagi persekitaran dalaman, pelancaran ‘ALES SHIQUY’ dianggap tepat pada masanya kerana menawarkan penyelesaian menjimatkan kos kepada pengguna untuk melindungi persekitaran dalaman daripada pencemar berbahaya seperti formaldehid.
Semasa berucap di majlis pelancaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kansai Paint Co., Ltd, Hiroshi Ishino berkata, “Kansai Paint kini merupakan pelopor sebenar yang menghasilkan penyelesaian cat inovatif berprestasi tinggi bagi pelbagai jenis permukaan berasaskan tiga tunggak utama iaitu pematuhan, kelestarian dan kualiti. ‘ALES SHIQUY’ melambangkan misi 100 tahun Kansai Paint untuk mewujudkan ruang hidup dan komersial yang lebih selamat dan sihat bagi para pelanggan kami. Dengan cat baharu ini, kami dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka mewujudkan persekitaran yang lebih cantik, bersih dan selamat.”
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara kini menjadi isu pembangunan lestari yang mendesak, memandangkan kira-kira tujuh juta orang terdedah kepada zarah halus dalam udara tercemar setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pencemaran udara kediaman menjadi masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah, termasuk di Jepun dan Malaysia.
‘ALES SHIQUY’ boleh diguna pakai pada permukaan dinding ruang hidup berbeza, termasuk kediaman, pejabat, kemudahan penjagaan kesihatan dan sedia melindungi penghuni daripada bahan cemar udara yang berbahaya. Di samping itu, cat baharu ini melindungi alam sekitar dengan menyerap karbon dioksida. Cat ini juga tidak mudah bakar dan boleh membantu mencegah kebakaran.
Rangkaian cat baharu ini menawarkan kira-kira 500 pilihan warna yang akan ditawarkan di semua pengedar sah Kansai Paint mulai Julai 2018.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau artikel sebelum ini, kita sudah menceritakan tentang bangunan-bangunan ikonik di serata negeri utara tanah air, kali ini IMPIANA mahu menjelajah bangunan ikonik di serata negeri pantai timur yang telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Jadi mari kita mulakan dengan negeri Pahang Darul Makmur, merupakan sebuah negeri yang terbesar di tanah Semenanjung Malaysia.
Pahang
Bangunan yang telah ikonik dan mercu tanda di negeri Pahang adalah menara Kuantan 188. Ia telah siap dibina sepenuhnya pada tanggal 3 September 2019.
Lantas, dengan kewujudan menara Kuantan 118 ini telah meletakkan ia sebagai menara tertinggi di pantai timur dan kedua tertinggi di Malaysia. Maka, sudah pasti ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang yang tercinta.
Kelantan
Seterusnya, di negeri Kelantan Darul Naim pula sedikit berbeza berbanding negeri pantai timur yang lain. Ini kerana, Istana Balai Besar yang terletak di sekitar bandar Kota Bharu ini telah menjadi salah satu tempat yang menjadi ikonik dan kebanggaan di Kelantan.
Ia merupakan tempat bersejarah di Kelantan serta yang tertua di Malaysia. Dewan Besar yang unik masih digunakan untuk upacara diraja seperti upacara puncak dan penobatan. Istana ini juga berfungsi sebagai institusi untuk memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Terengganu
Bagi di negeri Terengganu Darul Iman pula, struktur binaan jambatan angkat yang dibina bagi menghubungkan dua kawasan iaitu dari bandar Kuala Terengganu dan Seberang Takir, Kuala Nerus ini sudah semestinya menjadi kebanggaan seluruh warga negeri Terengganu.
Jambatan angkat yang sepanjang 630 meter ini merupakan sebuah jambatan angkat yang terpanjang di dunia dan satu-satunya jambatan angkat di Asia Tenggara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.