Kesempurnaan sesebuah water feature itu tidak hanya bergantung kepada kecantikan struktur binaannya sahaja. Aspek-aspek penting seperti keselamatan rekaan kolam, material yang digunakan berserta kos untuk pembinaan harus diambil kira sejajar dengan penekanan untuk membentuk rekaan water feature yang lebih menarik dan  praktikal. Memahami keperluan itu, LAMAN Impiana menggariskan beberapa panduan dan tip yang boleh anda ikuti;

  1. Semakin rumit rekaan kolam semakin tinggi kos pembinaannya. Jika anda mempunyai bajet terhad,pilih kolam konvensional berbentuk segi empat tepat. Ia senang dirancang, murah dan tentu sekali praktikal.
  2. Peletakan kolam penting untuk mengelakkan anda tersalah memposisikan kolam pada ruang yang tidak kondusif dan menelan lebih banyak kos. Sebagai contoh, elak lokasi di mana daun mudah gugur.
  3. Sekiranya terdapat pokok, jauhkan ia dari struktur konkrit kerana akar pokok yang membesar boleh merosakkan struktur kolam. Sudah pasti proses membaikinya memerlukan pelaburan yang banyak.
  4. Pilih sistem pembersihan kolam terbaik lagi berkualiti terutamanya pada penutup dan pam sebagai jaminan kolam sentiasa berkeadaan baik dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
  5. Penambahan aksesori seperti lampu kolam, water sprout, air terjun ataupun jakuzi harus dibuat serentak kerana faktor tambahan ini akan memberi kesan ketara kepada jenis dan kesesuaian kolam yang dipilih.
  6. Teliti mengenai pemilihan material kolam dari segi keselamatan dan daya tahan lasak. Terutamanya pada teras kolam (pool deck) dan pinggiran kolam (pool edge) biarpun anda menyerahkan projek tersebut kepada perunding landskap untuk mengelakkan pembaziran.
  7. Untuk membina sebuah kolam kan Koi, per kaki persegi ialah RM 240. Tetapi, bergantung material yang digunakan, reka bentuk dan toleransi kontraktor landskap.
  8. Bagi kolam renang biasa, harga per kaki per segi ialah RM 280. Harga boleh dirunding dan berbeza mengikut penetapan kontraktor atau interior designer.
  9. Bagi kolam renang standard, dibuat dari material fiber berkualiti yang diimport dari Australia dan memiliki sistem serta lantai yang kuat anggaran kos ialah RM100, 000.
  10. Ketumpatan kayu cengal di antara 915 sehingga 980 kilogram per meter padu menjadikan material tersebut sangat hebat untuk digunakan sebagai decking kerana karakter kayunya keras dan tahan lama. Sebut harga untuk decking kolam dari material tersebut ialah RM 58 per kaki persegi.

    13 Tip Bajet Untuk Bina “Water Feature” Di Laman Yang Wajib Anda Tahu

  11. Binaan kolam atas permukaan tanah lebih murah jika dibandingkan kolam inground. Kolam atas tanah boleh dipindahkan manakala kolam ingorund menambah nilai jualan semula rumah jika ia terletak di kawasan yang strategik
  12. Kolam liner vinil dasarnya adalah kolam atas tanah yang telah diletakkan di dalam lubang yang telah digali. Kolam jenis ini merupakan pilihan paling murah untuk jenis kolam inground. Secara purata setiap 10 tahun, liner kolam harus diganti.
  13. Jika kawasan laman agak terhad dan berjubin, anda boleh memilih untuk menggunakan water feature mudah alih (mobile water feature) ataupun membina sebuah water feature mini yang bersaiz 60 cm hingga 1 meter. Ia lebih menjimatkan dan senang dijaga.

 

IKLAN
IKLAN
IKLAN

13 Tip Bajet Untuk Bina “Water Feature” Di Laman Yang Wajib Anda Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI