Limau Purut memang di gunakan secara turun tumurun untuk tujuan perubatan dan kecantikkan. Tak kiralah ia sama ada untuk merawat rohani mahupun jasmani. Tapi ramai sebenarnya yang  tahu apakah khasiat lain yang terkandung di dalam limau purut. Anataranya ialah

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.

2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.

3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.13 Khasiat Limau Purut Yang Rugi Kalau Anda Tak tahu

IKLAN

5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.

7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.

IKLAN

8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.

9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

IKLAN

13 Khasiat Limau Purut Yang Rugi Kalau Anda Tak tahu

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.

13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI