Pencahayaan bukan sahaja membantu menyerlahkan reka bentuk dalaman, tetapi juga mengubah dan mengundang suasana kepada ruang. Begitu jugalah dengan ruang makan. Pilihan lampu yang sesuai dan menarik mampu membuat ruang makan yang kecil menjadi besar dan ruang yang besar menjadi mewah. Namun harus diingatkan juga, sebelum memilih elemen pencahayaan, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengetahui reka letak dan susun atur terlebih dahulu. Seterusnya barulah anda anda dapat menggabungkan lampu yang bukan sahaja sesuai dengan ruang malah menepati selera dan cara hidup anda. WEB IMPIANA kongsikan dengan anda pilihan lampu gantung yang menarik di ruang makan.
Sudut di dalam ruang yang mungkin agak sempit tetapi jika bijak mengayakan atau mengubah suai ruang tersebut pastinya ia akan menjadi ruang yang lebih berfungsi namun tetap estetik.
Jadikan sebahagian dari aktiviti hujung minggu yang mampu mendamaikan anda seisi keluarga. Memiliki ruang yang sempit bukan menjadi satu penghalang untuk mendapatkan keselesaan. Jika anda memiliki ruang yang agak luas juga harus mempelajari bagaimana untuk menghias ruang yang terhad agar anda tidak akan membazirkan ruang yang ada di dalam kediaman. Bahagian sudut ruang yang merupakan ruang ekstra yang boleh dihias lebih menarik secara fungsional mahupun estetika, menjadikan sudut ruang ini bukan lagi masalah pada pemilik rumah.
1. Hasilkan Ruang Green pada sudut
Pelbagai jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di dalam kediaman sebernya, jika kurang masa untuk melihat dan menjaga tumbuhan tidak salah untuk mengayakan ruang tersebut dengan pemilihan pokok artificial. Banyak pokok artificial yang boleh dibeli dipasaran pada masa kini dengan harga yang berpatutan. Kena lah rajin sikit berjalan untuk dapatkan hiasan yang cantik dengan harga yang berbaloi. Hiasan pokok ini sesuai dihias pada ruang bawah tangga mahupun sudut yang terbiar kosong.
2. Rak Buku atau Rak Hiasan
Acap kali dinding rumah yang polos akan disimbahi dengan hiasan potret mahupun gambar hiasan. Apa kata kali ini lain pula sentuhan untuk sudut dinding kediaman anda. Bina atau pasang rak dalam pelbagai rupa bentuk yang boleh dijadikan sebagai rak buku mahupun rak untuk meletak hiasan atau koleksi peribadi pemilik rumah.
Cari dinding yang benar-benar sesuai untuk mengayakan rak gantung ini.
3. Wastafel atau tempat penyimpanan pinggan mangkuk
Binaan kabinet pada dapur yang sempit atau ruang yang agak terhad, sebenarnya akan memberi satu perkara yang rumit untuk membina kabinet dapur yang lengkap. Tetapi segala masa dan kesulitan pastinya dapat di atasi dengan baik. Binaan tempat susun pinggan yang teratur akan memberikan keluasan maksima serta keselesaan untuk runag dapur yang agak sempit mahupun terhad.
4. Pilih warna dinding
Warna dinding adalah perkara paling penting untuk mencipta ruang rumah anda untuk tampil lebih segar dan nyaman dengan secara tidak langsung. Tidak perlu mengecat keseluruhan ruang dalam kediaman untuk menghasilkan impak. Cukup sekadar dengan satu dinding sahaja agar ia memberi cita rasa yang lain dalam sentuhan dekorasi kediaman anda. Beri tumpuan pada feature wall yang ada dalam kediaman.
5. Guna perabot pelbagai fungsi
Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak. Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.
6. Letak cermin
Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya. Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?
7. Guna perabot yang tidak mengambil banyak ruang
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang. Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.
8. Atau, letak satu perabot besar sahaja
Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu. Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil.
9. Pilih langsir sesuai & posisikan dengan betul
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas. Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil. Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau full height untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.
10. Tambah rona gelap pada siling
Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi. Jangan ghairah mengenakan warna dalam ruang, sehingga anda memilih warna yang mungkin membuatkan ruang tersebut kelihatan suram malah malap. Ingat ya!
11. Kertas dinding hiasan grafik Penggunaan kertas dinding hiasan bercorak grafik amat digalakkan. Ia bagi mengelak anda menjadikan dinding kelihatan bosan dengan penggunaan satu rona cat sahaja. Di samping itu juga, ia menyerlahkan lagi identiti tema monokrom yang dibawa. Penggunaan wallpaper grafik juga sesuai untuk ruang sempit atau kecil.
12. High Contrast Kontra kan tona, bentuk dan tekstur perlu di ambil kira dalam dekorasi monokrom. Seperti contoh, perincian pada karpet atau rug, langsir, ottoman dan sbeagainya. Jika mengunkan kerusi berona putih polos, pastikan ia mempunyai tekstur bagi mengelak dekorasi kediaman anda kelihatan bosan.
13. Perincian keemasan Terapkan penggunaan rona emas sebagai kemasan atau perincian akesori. Namun pastikan ia tidak keterlaluan. Pemilihan perincian emas dapat membangkit suasana mewah dalam tidak langsung.
14. Gunakan perabot yang bersaiz kecil
Sebaiknya gunakan perabot berukuran kecil yang sesuai dengan keluasan ruang. Kunci utama pada saat memilih perabot ini adalah memastikan jika sofa, kerusi, dan meja kopi ini diletakkan di satu ruang, masih ada ruang yang tersisa pada bagian tengah.
15. Pilih rak buku yang tinggi
Rak buku terbuka sebagai dekorasi rumah sederhana akan menciptakan kesan ruang yang lebih lapang. Ukurannya yang tinggi akan lebih sempurna dibandingkan dengan rak yang lebar. Dengan rak terbuka ini anda akan lebih mudah mencari koleksi buku yang ingin dibaca.
16. Gantung langsir pada paras tinggi
Saat memilih langsir untuk dekorasi rumah sederhana, anda tidak hanya perlu mempertimbangkan warna dan material sahaja. Agar rumah kelihatan mewah dan gah, gantunglah langsir setinggi mungkin sehingga tercipta ilusi. Jangan khuawatir jika jendela kecil, kerana dekorasi langsir ini akan menyembunyikan ukuran jendela tersebut.
17. Pilih permaidani yang bercorak sederhana
Elakkan memilih karpet yang bercorak sarat untuk ruang yang mungkin terlalu banyak dengan perabot hiasan disekeliling. Ini dapat minimalkan rasa sarat dalam ruang yang inginkan rasa lega tat kala berada anda berada di situ.
18. Lampu hiasan
Lampu hiasan mampu menaikkan aura tenang dengan tidak sengaja dalam ruang kediaman dengan pemilihan lampu kuning atau warm white menjadi biasan di setiap sudut rumah anda.
19. Susun atur perabot
Bosan dengan susun atur lama, apa kata ubah susun atur perabot anda agar tampil perubahan yang mungkin memberi impak yang besar dalam kediaman anda.
20. Tambahan cermin hiasan
Hias ruang dengan cermin yang besar dalam keadaan melimtang atau memanjang agar ruang pilihan tersebut tampil segar dan luas dalam ilusi yang lebih luas. Cara meletakkan cermin dalam ruang kecil yang mudah. pada kebiasaannya anada kan mengantung cermin tersebut, tetapi kali ini lain sedikit tip yang ingin IMPIANA kongsikan. Gayakan cermin di atas meja konsol mahupun kabinet hiasan.
Hanya dengan sedikit perubahan, Ruang yang kecil pun boleh tampil menjadi ruang yang luas dan selesa tanpa berbelanja besar. Cuba praktikkan tips menghias rumah sempit ini agar setiap ruang dalaman anda kelihatan besar dan lapang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jadi seorang ibu ini, bukan mudah tanggung jawabnya. Tanggung jawab pada suami dan pada anak-anak yang tak pernah putus. Leka sekejap si ibu kadang-kadang boleh mendatangkan keburukan pada anak-anak. Siapa kata duduk dalam rumah itu terjamin selamat? Perhatikan dulu keadaan sekeliling bila kita tinggalkan anak walaupun sesaat. Ibu ini kongsi cerita bahaya hanger yang terjadi pada anaknya .
JUST SHARING. sharing is caring right☺️This happen at me and aku taknak jadi pada anak org lain pulakk. •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Hanger. Hanger ni memang bagus, menyenangkan kerja. Tapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan anak bsby kita. seelok-eloknya sorokkanlah dari baby/ kanak-kanak yang taktahu apa2 lagi tuu. Kalau anak terjumpa hanger masa tengah berlegar2 kat rumah tu pun tolonglah ambil hanger tu if anak tknk bagi rampas je biar dia menangis jangan kita yg menangis kemudian hari. memang we didn’t expect hanger tu boleh jadi berbahaya untuk anak2 kita. Tapi kita taktshu kan. Sekarang mcm2 boleh terjadi. Nak tahu sebab apa aku kata hanger ni bahaya untuk baby? _________________________________________________Tragedi bermula waktu aku tgh berborak dgn ibu aku, yakni nenek iris, iris mcm biasalah, main2 dekat sebelah aku and before tu aku dh check mmg x ada benda kecil yg senang ditelan or anything yg berbahaya kt tempat iris bermain tu. yg ada cuma hanger sahaja. so aku pun biarkan iris main2 sebab aku mmg tk terfikir langsung hanger tu boleh memudaratkan iris.. so aku sambung borak… Suddenly aku dgr anak aku batuk2 mcm nk termuntah. Bila aku toleh pada anak aku, Ya Allah… dugaan apa ni… aku nampak cangkuk hanger tu dh termasuk dalam tekak anak aku. Iris hanya ternganga tak mampu menangis. Bibir iris bertukar biru. Hanger tu betul2 tersangkut macam dekat ampaian baju tapi yg jadi pengampainyaa tu anak aku sendiri, org yg paling aku sayang,nyawa aku?? Automatically darah aku mengalir laju, tanpa banyak cakap aku pun tawakal (nampak mmg mcm tak bolehh keluarkan cangkuk hanger tu sbb dia melengkung) tapi aku tawakal jugak, aku dah tak fikir apa masatu, terus aku grab tangan anak aku supaya dia tk tepis tgn aku,(untuk pengetahuan korang ayah iris tak ada kat rumah masatu, kalau dia ada mesti tk jd kes ni) then aku dongakkan kepala iris and tarik cangkuk hanger tu carefully supaya tekak iris tk injured. And alhamdulillah,cangkuk tu dpt keluar dgn mudah walaupun nampak sangat susah nk keluar. And lepastu iris pun nangis sekuat kuatnyaa (maybe sebab terkejut and sukar bernafas sebelum tu). aku terus check tekak dia takut ada bleeding ke apa alhamdulillah tekak dia pun just fine. Aku mmg nak bawa pergi hospital tapi beberapa minit lpstu anak aku dah lincah mcm biasa, and melasak balik macam tk ada apa yg berlaku, so aku pun batalkan lah niat nak ke hospital tu… Nasib baik aku cepat perasan and cepat bertindak. Kalau tidak…Allah, tak dapat aku nk bayangkan. Aku jadikan kes tu satu pengajaran, tak semua benda yang nampak tak bahaya tu boleh bagi anak main..(tapi aku bukan saja-saja memang bagi iris main hanger, no…dia jumpa hanger tu sendiri, and aku pun malas nak rampas hanger tu sbb mmg tahu perangai iris kalau kita tk bgi dia main something dia nak dia akan tantrum. So, bagi aku selagi that thing tak membahayakan or mudah ditelan aku akan biarkan dia main.) ??Allah nak tunjukkan yg aku perlu extra careful and be more concern pada iris. But i still cannot accept mcm mana iris boleh tertelan cangkuk hanger tu. Bila difikir balik, iris pun mmg banyak akal so no wonder lah…. Takpelah, benda dah nak jadi..and dah lepas dah pun…iris pun Alhamdulillah sihat walafiat sekarangg?so jadikan sebagai pengajaran, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan teladan….yedokkkkk (dalam bulatan cangkuk yang tersangkut kat tekak iris.)
Sumber : Info Ibu Hamil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bau haruman semulajadi bisa membangkitkan rasa harmoni dan nyaman di kediaman sepanjang masa. Aura bunga-bungaan yang harum mewangi bukan sahaja menjadi kegemaran buat para wanita dan mereka yang gemar berkebun malah juga kepada sesiapa sahaja yang meluangkan masa di persekitarannya. Perbezaan ketara dapat dirasai dengan kesegaran udara yang begitu mendamaikan terhasil dari bau tanaman tersebut.
Terdapat pelbagai spesis tanaman menarik yang menghasilkan bau harum, termasuklah :
Kenanga (Ylang-ylang)
Cananga odorata
Bunga ini merupakan bunga tradisional dan amat digemari di Malaysia kerana harumnya semerbak. Baunya lebih tajam di kala senja. Ia adalah sejenis tumbuhan saka dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.
Mawar (China Rose)
Rosa chinensis
Selain dijadikan sebagai bunga potong, mawar juga memilik banyak manfaat. Antara lain ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang diekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum.
Melur (Arabian Jasmine)
Jasminum sambac
Bunganya berwarna putih dan mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia merupakan elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan kerana keharumannya.
Harum Sundal Malam (Tuberose)
Agave amica
Bunganya berbau wangi, tetapi aromaya akan berkurangan selepas dipetik dari tangkainya. Namun begitu baunya akan terus kekal walaupun setelah dipetik sehinggalah ianya kering dan layu. Dalam keadaan optimum, tumbuhan ini kekal hidup dan menghasilkan bunga untuk tempoh masa yang lama.
Bunga Cina (Cape Jasmine)
Gardenia jasminoides
Bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi. Ia juga mengandungi zat minyak penting seperti linalol dan styrolyl. Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat pelbagai penyakit.
Pokok Kemuning (Orange Jessamine) Murraya paniculata
Pokon ini berbunga sepanjang tahun dan menghasilkan bau yang sangat tajam terutamanya di waktu malam. Kemuning menghasilkan aura yang mententeramkan. Justeru, ia sangat baik jika ditanam di halaman rumah sama ada dijadikan sebagai tanaman hiasan atau tanaman pagar.
Kemboja (Frangipani)
Plumeria obtusa
Pokok ini dianggap eksotik dengan bentuk batangnya yang sangat artistik dan dekoratif. Ia dapat hidup hingga puluhan tahun dan mencapai tinggi di antara 7-10 meter. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah.
Bunga Tanjung (Spanish cherry)
Mimusops elengi
Kerana aromanya, bunga tanjung biasa digunakan sebagai hiasan kepala dan kalung leher oleh masyarakat Melayu tradisional dan kaum India. Bunga tanjung boleh bertahan lama. Untuk mengembalikan keharumannya, bunga tanjung yang telah kering boleh direndamkan dalam minyak kelapa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.