
Jika dulu, wallpaper hanya mampu digunakan bagi golongan bangsawan, namun dengan wujudnya kedai-kedai barang bajet dan mampu milik ia boleh di dapati pada harga yang sangat rendah. Bezanya adalah kualiti dan design.
Bila cakap pasal wallpaper atau kertas hiasan dinding, sudah pasti terpancar diminda kegunaanya hanya untuk mencantik dinding. Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai kegunaan lain terutamanya untuk membaikpulih perabot yang kusam. Untuk pastikan tampalan wallpaper pada perabot tahan lama, buat sapuan gam decoupage seperti mod podge. Berikut 10 benda yang boleh anda hasilkan dengan cantik dan mudah hanya dengan menggunkan kuasa Wallpaper:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bidai Roman Dari Wallpaper, Mudah Dilap Dan Tak Perlu Cuci

Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Resepi Racun Rumpai Dari 2 Bahan Dapur, Murah Dan Tak Sampai 3 Jam Mujarab

Isi Kandungan
ToggleDengar sahaja racun, ramai terfikir akan kandungan kimia yang bahaya. Sebenarnya, banyak racun yang dihasilkan dari sumber-sumber yang selamat dan tidak memudaratkan. Seperti semburan racun yang dikongsikan oleh akaun Youtube Green Garden Resources.
Racun yang dihasilkan dari bahan dapur ini memang mujarab. Dalam tempoh 3 jam, bancuhan semburan racun rumpai ini sudah menunjukkan tindak balas. Namun, rumpai atau tumbuhan liar ni mengambil masa 3-5 hari untuk mati sepenuhnya. Walaupun lambat, ia tidak memberi kesan terhadap kesihatan terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing yang suka makan rumput.
RESEPI RACUN RUMPAI
Bahan-bahan:
250gm Garam Kasar
3 Sudu Cecair Pencuci Pinggan
1 Liter Air
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga larut
2. Masukkan bancuhan tadi kedalam botol penyembur
3. Sembur pada kawasan semak dan berumpai
Untuk tahu lebih lanjut, boleh lihat video yang disediakan
IMPIANA : Kena cuba tip ni, barulah habuk susah nak melekat di kipas.
Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Renovate’ Rumah Ibu Bapa, 10 Beradik Sepakat DIY Sendiri!

Kasihnya Anak Membawa Bahagia, begitulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan bagi anak-anak yang ‘renovate‘ rumah ibu bapa mereka ini.
‘Renovate’ Rumah Ibu Bapa, 10 Beradik Sepakat DIY Sendiri!
Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan. Untuk info, tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”

“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Keluarga.
Sumber : Faisal Suhaimi
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI