10 Tip Pengurusan Dapur SUPER KECIL Yang Perlu Anda Tahu. Tidak perlu menyalahkan ruang dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai penstoran yang mencukupi mampu untuk tampil kemas, menarik dan praktikal. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3.Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
Ads
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindihdi dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad untuk dapur yang super kecil.
5.Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betuluntuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
Ads
6.Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7.Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8.Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding.Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
Ads
9.Bakul rotanmenjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10.Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang bertanya “Apa kebaikan tenaga solar?” tetapi mereka gagal menyedari kepentingan teknologi solar. 7 Sebab Kenapa Kita Perlu Gunakan Tenaga Solar Di Rumah.
Tenaga solar telah menjadi trend dalam tenaga boleh baharu (TBB). Ramai pemilik rumah di seluruh dunia memilih untuk memasang panel solar di atas bumbung rumah mereka. Tenaga solar bukan sahaja menjimatkan kos pada jangka panjang, tetapi terdapat juga sebab-sebab lain yang penting mengapa anda perlu menggunakan tenaga solar dan bukan bahan bakar fosil.
IMPIANA kongsikan 7 kelebihan menggunakan tenaga solar di rumah.
1. Baik untuk Persekitaran
Tenaga solar ialah sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. Tenaga solar adalah cara terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan ia tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar. Bukan itu sahaja, tenaga boleh diperbaharui ini tidak melepaskan sebarang gas rumah hijau. Ia hanya memerlukan sumber air bersih untuk berfungsi. Oleh itu, ia selamat dan mesra alam. Namun, masih terdapat ramai orang terutama di Malaysia yang masih ragu-ragu mengapa tenaga suria adalah baik.
Kita boleh mulakan langkah menjaga alam sekitar dengan memasang panel suria di atas bumbung rumah. Lagipun ia adalah cara yang selamat dan mudah untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
2. Mengurangkan Kos Tenaga Elektrik
Penurunan kos panel solar telah menyumbang kepada peningkatan dalam penggunaan tenaga solar. Kita sedia maklum, tenaga tradisional sangat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli. Bukan sahaja tidak baik untuk alam sekitar tetapi juga ia sumber terhad.
Berbeza dengan elektrik suria, anda tidak perlu risau berapa banyak elektrik anda perlu bayar. Dengan melabur dalam sistem solar 4kW, yang merupakan saiz domestik yang paling biasa, anda dapat mengelakkan diri daripada kenaikan harga utiliti yang tidak menentu. Anda juga dapat menikmati elektrik murah sepanjang hari. Lagipun matahari adalah percuma dan tidak akan habis.
Sebaik sahaja anda memasang panel solar di atas bumbung rumah, anda secara teknikal mencapai status bebas tenaga.
3. Boleh Digunakan Pada Kawasan Tanah Terbiar
Di mana-mana negara, pasti terdapat tanah yang luas yang jauh dari bandar besar atau kota yang tidak digunakan untuk apa-apa pun. Tanah terbiar ini sebenarnya dapat dimanfaatkan dengan membangunkan ladang suria. Dengan cara ini, kita tidak perlu menggunakan tanah berharga tinggi yang mungkin lebih sesuai untuk perkara lain.
Ladang suria panel digunakan untuk menuai tenaga solar dalam jumlah besar. Daripada tanah dibiarkan lebih baik ia digunakan untuk menjana tenaga solar. Ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan terhadap kuasa tradisional tetapi juga dapat menjaga alam sekitar. Sebagai contoh, sebuah ladang suria seluas 45 ekar telah dibina di UK baru-baru ini mampu menguasai 2,500 rumah.
4. Mengurangkan Kehilangan Elektrik
Elektrik perlu diangkut dari loji kuasa besar kepada pengguna akhir melalui rangkaian yang luas. Penghantaran jarak jauh bererti kehilangan tenaga. Tidak seperti panel solar ia berada di atas bumbung rumah anda untuk mendapatkan tenaga dari matahari. Kuasa suria pada bumbung membantu dalam meningkatkan kecekapan tenaga elektrik. Tenaga anda menjadi domestik dan hasilnya anda mengawal bil dan penggunaan tenaga anda sendiri. Selain itu, sistem tenaga solar adalah tahan lama dan gangguan tenaga elektrik adalah kurang.
5. Lebih Selamat
Apabila anda menggunakan sistem ini, anda tidak perlu berhadapan dengan masalah blackout lagi. Jika panel solar anda menjana lebih elektrik, lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan anda akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut.
6. Menawarkan Pekerjaan
Tenaga solar boleh membantu ekonomi negara kita. Lebih ramai orang memilih solar, maka lebih banyak keperluan untuk syarikat memasang panel solar. Ini sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan tambahan untuk pekerja mahir, dan seterusnya mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
7. Adalah Sumber Tenaga Percuma
Matahari memberikan kita sumber tenaga percuma lebih daripada yang kita gunakan dan tiada siapa yang boleh memonopoli cahaya matahari. Sistem tenaga suria mula menjimatkan wang dari saat ia diaktifkan, bagaimanapun kelebihan tenaga suria dapat dilihat dalam jangka panjang. Semakin lama anda menggunakan sistem ini, semakin banyak manfaat teknologi solar anda nikmati dan sekaligus baik anda menjaga alam sekitar.
4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah. Apabila memasuki bagunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
7 coffee table Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak “Wow”. Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya,coffee table ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.