Beli barang dapur Sepantas Kilat Dengan 9 Tip Ni! Memang tak dinafikan, tugas-tugas membeli barangan dapur memang menuntut waktu yang agak lama. Nak beli 2 atau 3 barang sahaja, tapi selalu tersasar ke tempat lain nak-nak kalau anda membeli barang di shopping mall. Silap-silap, barang yang tak dirancang dan tak terfikir nak beli lebih banyak dari yang diperlukan. Jadi, untuk mengelak perkara ini dari berlaku dan untuk memastikan proses membeli berjalan dengan lancar dan cepat, ini yang anda perlu lakukan.

  1. KENALPASTI BARANG PROMOSI SEBELUM KELUAR KE KEDAI

Zaman informasi dihujung jari ni memang tak ada masalah untuk anda dapatkan maklumat kedai mana yang buat promosi, barang apa yang ada promosi dan sebagainya. Ini salah satu cara supaya anda dapat menjimatkan duit ketika membeli belah.Beli Barang Dapur Sepantas Kilat Dengan 9 Tip Ni

  1. SENARAIKAN BARANG YANG HENDAK DIBELI MENGIKUT KATEGORI

Menyediakan senarai barang yang perlu dibeli bukan sahaja dapat mengelak anda dari lupa membeli barnag yang sepatutnya dan mengelak dari membeli barang yang tidak perlu, Malah ia banyak membantu untuk memendekkan masa anda membeli lebih-lebih lagi jika senarai barang yang di beli mengikut kategori. Nanti tak ada lah anda tawaf kedai tu berkali-kali. Nanti nak beli kicap, dah pergi ke tempat sabun lupa pula nak beli sos cili. Dah kena patah balik.

  1. BERBELANJA SEORANG DIRI

Ini selalu mak-mak kena. Nak beli kicap sebotol, tapi bila ada anak-anak yang ikut tiba-tiba ada air kotak, jajan dan sebagainya. Tu tak apa lagi. Silap-silap, kena pau barang mainan lah pulak. Tu belum lagi ada memberontak sebab tak dpat apa yang dikehendaki. Bukan sahaja dnegan anak-anak, denagan rakan pon boleh ajdi, banyak je tempat nak disinggah padahal tujuan asal nak pergi beli sabun sahaja.

Menurut penis kewangan Brad Hines, rakan anda akan menyebabkan proses membeli sebotol kicap mengambil masa lebih lama kerana ia akan mempengaruhi keputusan anda. Nanti adalah idea-idea yang diberi.

IKLAN
  1. PILIH SATU KEDAI “FAVOURITE”

Jadikan salah satu kedai runcit berhampiran dengan rumah anda sebagai tempat kegemaran. Dengan secara tidak langsung, anda tahu mana arah nak dituju untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Nanti tak ada lah tercari-cari stsu asyik nak bertanya kepada juru jual.

  1. BERSAHABAT DENGAN PEKERJA KEDAI

Bila kerap ke kedai yang sama, mesti ada pekerja kedia mula bermesra dengan anda. Paling tidak tegur bertanya khabar. Apa kata, anda jadikan pekerja tersebut sebagai rakan, nanti jika ada kecemasan dan keperluan, pekrja tersebut boleh lah bantu

IKLAN
  1. ELAK MENGGUNKAN TROLI JIKA TAK ADA NIAT NAK BELI BARANG YANG BANYAK

Dari awal merancang nak beli sekotak santan, sebungkus sawi, dan sekotak sabun sahaja. Tapi sesampainya di kedai malas nak gunakan bakul sebab nanti berat. Jadi troli atau push cart sentiasa menjadi pilihan anda. Jadi bila ada banyak ruang yang kosong di dalam troli tu, ia lebih menggalakkan anda untuk mengisi rongga yang ada. Jadi, sebaiknya selagi boleh dipegang atau muat bakul, tak perlu ambil troliBeli Barang Dapur Sepantas Kilat Dengan 9 Tip Ni

  1. MEMBELI-BELAH DALAM PERIMETER KEDIAMAN SAHAJA

Tak perlu semata-mata nak kejar murah, pergi jauh untuk mendapatkan barang runcit. Hasilnya sama sahaja. Tambahan, bila dah jauh-jauh pergi tu, balik penat pula. Melainkan tiada kedai runcit yang bagus di sekitar kediaman anda.

IKLAN
  1. GANAKAN JENAMA YANG SAMA

Tiba-tiba nak tukar jenama lain pula. Dah mengambil masa untuk and abaca label dan meneliti kandungan. Untuk ambil keputusan pun perlu masa juga. Jadi, tugas membeli-belah anda bertambah lama. Sebab itu, sebaiknya gunakan produk dari jenama yang sama pernah anda gunakan. Nak baca maklumat kandungan semua, boleh baca dalam internet review pengguna.Beli Barang Dapur Sepantas Kilat Dengan 9 Tip Ni

  1. SEBULAN SEKALI SAHAJA BELI STOK BARANG SEJUK BEKU

Hadkan pembelian barang-barang sejuk beku hanya sebulan sekali sahaja. Nanti taka da lah terbabas-babas atau lupa. Asyiklah beli barang makanan sejuk beku sedangkan dalam peti ais tu banyak lagi stoknya. Jadualkan pembelian barang sejuk beku pada waktu anda membeli belah barang runcit secara major sebulan sekali. Nanti, trip berikutnya akan lebih cepat dan mudah seba anda dah elak bahagian sejuk beku

 

 BACA: 5 Kaedah Mudah Tanam Sayur Sesuai Untuk Rumah Di Bandar

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI