Memang sakit mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Tak kira lah di dalam mahupun di luar.
Dulunya periuk di sangkut pada dinding cantik-cantik belaka Tapi bila dah berkerak bontotnya sakit mata.
Wah! berpantun pula. Bagi wanita yang memang sentiasa mendedikasikan diri dekat dapur tu, ini antara masalah yang tak boleh diterima. Maka berlaku lah adegan sental periuk seperti kena dera. Namun apa kan daya, sampai bercalar periuk pun, kesan hangus tak hilang.
Anda tak perlu membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cuba gunakan 10 tip mudah ini untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kuali dan periuk di dapur. SELAMAT MENCUBA.
1. Baking soda Baking soda memang sudah diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot atau dalam kuali, anda hanya perlu bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendamkan 2-3 jam bahagian periuk atau kuali yang mempunyai kotoran ngeri tadi. Kesan hangus tadi atau kerak akan melembut dan mudah untuk disental.
Ads
2.Cuka makan dan baking soda Campuran ini khas untuk mencuci bahagian dalam periuk yang hangus. Didihkan air di dalam periuk yang telah hangus tadi dan masukkan satu cawan cuka. Bila kerak hangus tadi mula kelihatan lembut dan mudah tertanggal, matikan api dan masukkan baking soda. Bila dah sejuk, anda boleh lah sental dengan menggunakan span kasar.
3. Garam dan limau nipis Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi seperti satu adunan yang likat. Kuantiti yang diperlukan untuk limau dan garam bergantung kepada saiz periuk atau kuali. Lebih besar, maka banyaklah diperlukan. Sapu rata pada permukaan yang berkerak dan dibiarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental. Kaedah ini sesuai untuk bontot periuk dan kuali yang mempunyai kerak yang tebal.
4. Krim tartar Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan.
Ads
5.Garam kasar sahaja
Didihkan air di dalam kuali atau periuk yang hangus tadi. Bila dah menggelegak, masukkan pula segenggam garam kasar dan kacau perlahan-lahan. Kalau ada permukaan yang keraknya tebal, gonyoh sikit dengan menggunakan senduk kayu.
6.Tomato Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan buah tomato tersebut ke dalam periuk yang hangus dan biarkan semalaman. Esoknya baru anda sental.
7. Minuman berkarbonat Kalau kesan hangus atau kerak dalam periuk disebabkan oleh gula atau proses caramelizer, anda boleh gunakan minuman berkarbonat sebagai penyelesaian. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam periuk atau kuali yang hangus akibat gula ke dalam air berkarbonat sekurang-kurangnya 2 jam. Kebiasaannya, kerak gula tersebut akan tertanggal sendiri. Mana yang tak tertanggal, anda boleh cungkil dengan menggunakan senduk kayu.
Ads
8. Cuka sahaja
Untuk kerak hangus yang tak terlalu serius, anda hanya perlu didihkan secawan cuka bersama 3 cawan air di dalam periuk. Kacau sampai kerak tadi tertanggal sendiri.
9. Garam kasar dan minyak Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruhan bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.
10. Sabun mandi Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Serangga yang berkeliaran dalam rumah boleh menjadi masalah besar. Selain mengganggu, mereka juga boleh membawa penyakit.
Petua Halau Serangga, Guna 4 Bahan Saja
Trik yang bagus sebab bila menggunakan petua ini, terus serangga kecil ini tak ada dalam rumah. Walau bagaimana pun, bahan ini bukan saja digunakan dalam rumah tapi boleh disemburkan di luar rumah juga.
Bahan-bahan:
Kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar
2 sudu cuka/alkohol
200ml air
2 sudu cecair pencuci
Caranya:
1. Kupas bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Ambil kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Selepas itu, tapi air tadi.
5. Dalam bekas lain, masukkan cuka atau alkohol, kacau.
6. Masukkan juga cecair pencuci.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas spray.
8. Bolehlah sembur 2 kali seminggu di bahagian penjuru, kawasan yang selalu dikunjungi serangga atau bahagian luar rumah.
.
.
Selamat mencuba.
IMPIANA : Jimat dan wangi. Kalau nak tahu bau rumah ala-ala orang kaya, bolehlah buat macam nie.
Menghias rak buku adalah cara yang bagus bagi menyerlahkan sentuhan personal dan estetika ke ruang Anda. Berikut beberapa tips untuk menghias rak buku anda agar tampak lebih kreatif dan praktikal, sekaligus menyerikan kediaman anda:
1. Rapi dan Teratur: Pastikan buku-buku anda disusun secara rapi. Anda dapat mengklasifikasikan buku-buka anda berdasarkan genre, penulis, atau ukuran. Rak yang teratur akan memberikan penampilan yang bersih dan teratur.
2. Letakkan Tanaman: Tanaman hias seperti tanaman kaktus atau tanaman sukulen dapat memberikan sentuhan alami dan kehidupan pada rak buku Anda. Tanaman juga membantu membersihkan udara di ruangan rak buku tersebut.
3. Penggunaan Warna: Jika anda ingin memberikan rak buku anda sentuhan yang lebih berwarna, pertimbangkan untuk mengecat dinding di belakang rak dengan warna yang kontras atau menambahkan kertas dinding yang menarik.
4. Pamerkan Barang Koleksi: Sekiranya anda seorang pemgumpul barang serta koleksi tertentu seperti patung, keramik, atau barang antik, letakkan di antara buku-buku anda atau di rak rak terpisah sebagai elemen dekoratif.
5. Gunakan Aksesori: Tambahkan aksesori seperti vas bunga, lilin, atau foto keluarga ke rak buku anda untuk sentuhan yang lebih personal.
6. Gunakan Rak Kaca: Rak buku dengan pintu kaca atau rak rak dengan pintu kaca melindungi buku-buku anda dari debu dan kotoran sambil sekaligus mempamerkan buku-buku kegemaran dengan jelas.
7. Penyelarasan Horizontal dan Vertikal: Susun buku secara bervariasi, iaitu beberapa vertikal dan beberapa horizontal. Ini memberikan gambaran yang lebih menarik daripada semua buku dalam posisi vertikal.
8. Lampu: Tambahkan pencahayaan di rak buku anda. Lampu dinding atau lampu meja kecil dapat menyerlahkan susunan buku di rak anda.
9. Penggunaan Rak Terbuka: Rak terbuka dengan rak kayu yang terbuka memberikan tampilan yang terbuka dan mengundang. Namun, pastikan untuk menjaga kebersihan agar buku tidak terlalu berdebu.
10. Tema : Jika Anda memiliki minat atau hobi tertentu, anda boleh menyusun buku-buku anda berdasarkan tema. Misalnya, rak buku dengan tema seni, sejarah, atau sastra agar lebih tersusun dan praktikal.
Cara anda menghias rak buku bergantung pada selera pribadi Anda. Anda boleh bereksperimen bersesuaian dengan gaya dan selera sendiri bagi mencipta ilusi unik di rak buku anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika anda menggunakan dengan penuh cermat dan berhemah.
Meski ia masih berfungsi dengan baik sehingga kini, namun jika sudah lama digunakan sudah pasti peti sejuk anda berada keadaan yang kurang menarik atau erti kata lain tidak lagi menawan seperti baharu.
Bukan itu sahaja, mungkin juga peti sejuk yang sedia ada di kediaman anda tidak lagi cantik seperti baharu oleh kerana warna luar permukaan badan peti sejuk anda sudah pudar. Jangan bimbang, kini ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru.
Buat anda yang ingin tahu bagaimana caranya, oleh itu IMPIANA kongsikan cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.