Menyiram tanaman kerap mengundang pembaziran. Adakalanya faktor penyebab adalah perkara-perkara yang anda sendiri tak perasan. Cuba anda semak 10 perkara di bawah, ada tak berlaku di kebun anda. Jika ada, anda telah melakukan pembaziran air tanpa sedar.

1. Penggunaan sistem siram perenjis atau sprinkler yang salah. Kebiasaanya, sprinkler digunakan untuk menyiram kawasan berumput seperti padang. Pun begitu, penggunaan sprinkler juga akan menyebabkan pembaziran air. Hal ini disebabkan oleh sistem ini yang tidak dilaraskan dengan baik mengikut keperluan rumput di samping tempoh siraman yang tidak dikawal.

Selain itu juga, setiap tanaman memerlukan air dalam kadar yang berbeza dan biasanya sprinkler menyiram sama rata pada setiap tanaman. Nanti ada tanaman yang terlebih air dan ada pula sebaliknya.

2. Kepala siraman yang disambungkan pada hos antara faktor menyebabkan pembaziran air. Antara puncanya ialah disebabkan kepala yang telah rosak. Walaupun kelihatan air hanya minitik, tapi jika dibiarkan banyak jugak air yang dibazirkan tanpa sedar. Antara faktor lain adalah kepala siraman tidak dilengkapi sistem tutup automatik. Lepas siap siraman, air masih mengalir pada hos, ini akan menyebabkan pembaziran air sementara menunggu anda sampai ke kepala paip untuk menutup air.

10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda

IKLAN

3. Gunakan watering can dan siram terus pada tanaman mengikut keperluan. Namun kaedah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai laman berskala kecil sahaja. Tapi, kalau ada pemilik laman yang besar nak buat pun boleh juga, anggap saja anda beriadah mengeluarkan peluh.

4. Lakukan siraman terus ke permukaan tanah atau pangkal pokok. Sebenarnya, jika anda lakukan siraman dari bahagian atas pokok ia memudahkan air bertakung pada bahagian tidak perlu. Hal ini akan mendedahkan tanaman anda kepada penyakit.

10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda

IKLAN

5. Gunakan sistem siraman titisan (drip irrigation). Kaedah ini memang di tanam terus pada pangkal pokok dan ia lebih praktikal untuk siraman automatik. Oleh itu, siraman yang anda lakukan melalui sistem ini dapat membekalkan air mengikut keperluan tanaman secara terus.
10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda

6. Lakukan sungkupan. Ia berupaya memperlahankan kadar sejatan air dan mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama. Sungkupan paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan sabut kelapa, atau daun kering. Secara tidak langsung, sungkupan tersebut berfungsi sebagai baja organik kepada tanaman.

IKLAN

7. Pembajaan yang kerap akan mengakibatkan rumput memerlukan air yang banyak untuk menyerap baja. Kalau tidak cukup air, ia boleh menyebabkan rumput di laman anda mati kerana sifat baja yang tidak terurai akan menyebabkan panas dan merosakkan akar rumput. Oleh itu, pilih baja untuk rumput dari jenis sederhana.

8. Lakukan aerotation pada kawasan yang berumput. Selain memberi faedah kepada kesihatan rumput, aerotation atau tujuan pengudaraan pada rumput dapat mengekal kelembapan kepada medium tanah di kawasan padang rumput.

9. Pilih tanaman dari jenis yang tidak memerlukan air yang banyak. Kebanyakkan tanaman tropika tidak memerlukan siraman yang kerap berbanding annual plant. Annual plant jika lambat sikit siram pun dah mula layu.

10. Langkah paling penting dalam menjimatkan penggunaan air di laman atau untuk tujuan berkebun, lakukan siraman di awal pagi dan lewat petang. Pokok atau tanaman dapat menyerap air dengan lebih cepat dan cukup untuk digunakan sepanjang hari.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI