Epsom salt sebenarnya banyak kegunaan di laman atau pun kebun. Ia bukan sekadar menyihatkan tanaman malah ada lagi 13 kebaikkan tanaman di laman:
1. Maniskan buah
Tabur satu sudu epsom salt untuk setiap 1 kaki persegi kawasan kebun atau laman untuk meningkatkan kadar chlorophyll di dalam sel tanaman. Apa bila chlorophyll meningkat ia akan memudahkan proses photosynthesis, meningkatkan imuniti tanaman serta produktiviti.
2. Membantu tanaman menyerap lebih nutrien
Jika anda menggunakan epsom salt sebagai baja, tanaman anda akan menerima nutrien yang mencukupi mengikut keperluan . Ini kerana epsom salt mengandungi magnesium , nitrogen, phosphorus dan sulfur
3. Tomato berjus
Kebiasaannya, pokok tomato akan mengalami masalah kekurangan magnesium terutamanya apabila ditanam di dalam pasu. Untuk menyelesaikan masalah ini, bancuh 2 sudu epsom salt bersama 1 galon air.Semburkan sebatian ini pada keseluruhan tanaman termasuk permukaan tanah setiap 2 minggu sekali.
IKLAN
4. Menstabilkan tanaman selepas transplant
Setiap kali proses pemindahan tanaman atau transplant, ia akan berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, ia akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut, taburkan satu sudu epsom salt pada medium tanaman di sekitar pokok dan tutupkan permukaan garam tersebut dengan tanah sekali lagi.
5. Elak daun kuning
Antara punca daun menjadi kuning adalah disebabkan oleh masalah kekurangan magnesium. Magnesium merupakan salah satu komponen yang diperlukan untuk membentuk chlorophyll. Untuk atasi masalah ini, taburkan epsom salt pada pangkal tanaman 1 sudu bagi setiap 12 inci ketinggian keseluruhan tanaman. Lakukannya 1 bulan sekali sehingga daun bertukar menjadi hijau
IKLAN
6. Elak daun kerinting
Antara punca daun kerinting adalah disebabkan kekurangan magnesium. untuk atasi masalah ini, larutkan 2 sudu besar epsom salt di dalam 1 gelen air dan semburkan terus pada daun
7. Meningkat hasil cili
Taburkan satu sudu besar epsom salt pada pokok cili setiap minggu. Ia dapat membantu mempertingkatkan hasil cili
IKLAN
8. Ros berkembang mekar
Penggunaan epsom salt sebagai baja pada pokok ros setiap minggu berupaya menggalakkan penghasilan kudup bunga dan ros yang berkembang mekar di laman.
9. Mengawal dan memusnahkan rumpai
Selain menggunakan racun rumpai, anda boleh gunakan epsom salt. Larutkan 1 liter cuka bersama 2 sudu besar cecair pencuci pinggan dan 4 sudu epsom salt. Kacau rata dan semburkan pada rumpai
10. Menyihatkan tanaman berpasu
Tanaman berpasu mudah dan cepat mengalami masalah kekurangan magnesium berbanding yang ditanam terus pada tanah. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini larutkan 2 sudu besar epsom salt bersama 1 galon air. Siram tanaman berpasu dengan larutan tadi sebulan sekali.
Di Malaysia terdapat pelbagai pilihan tanaman memanjat yang mempunyai warna-warna terang dan cerah. Antaranya, Pyrostegia venusta yang juga dikenali sebagai Flame Vine atau Firecracker Vine yang berasal dari Brazil. Terang bunga tanaman ini yang berwarna jingga bergayutan di hujung sulur paut menjadikannya tarikan yang sangat kuat kepada pintu masuk kediaman anda. Bunga-bunga yang memanjang dan berkelompok begitu menonjol seumpama gubahan bunga pada pintu gerbang.
Seterusnya adalah tanaman memanjat Thunbergia laurifolia yang boleh didapati dengan kuntuman bunga berbentuk seperti trumpet. Tanaman ini sering kali menjadi pilihan untuk menghiasi struktur trellis, pergola dan gazebo kerana bunga-bunganya yang bersaiz besar dan ketara. Thunbergia mudah hidup di bawah sinaran matahari penuh ataupun separa teduh. Dengan bunga bersaiz hampir 5 inci berwarna biru, putih atau lavender pasti menggamit kedamaian bagi sesiapa yang melihatnya.
Manakala bagi penggemar tumbuhan eksotik, Passiflora incarnata pasti menjadi pilihan kerana bentuk bunganya yang unik. Pertumbuhannya yang agresif sesuai bagi anda yang ingin impak segera untuk kediaman. Warnanya yang terang dan jelas pula pasti membuatkan tetamu berasa teruja apabila dapat melihat sendiri keunikan tumbuhan ini.
Spesies Bougainvilla pula tumbuh sebagai tanaman memanjat tetapi ia juga boleh dibentuk menjadi renek. Kelopaknya boleh didapati pelbagai warna seperti merah terang, ungu, hot pink, jingga dan putih. Jika di negara empat musim Bougainvilla berbunga meriah pada musim salju, di Malaysia ia akan berkembang mekar apabila cuaca panas dan kering. Sama ada di tanam secara mendatar sebagai tanaman renek atau memanjat, perlu berhati-hati dengan duri panjang yang terdapat pada tanaman ini.
Allamanda cathartica begitu kaya dengan warna diraja sesuai bagi pemilik yang sukakan tanaman memanjat mudah dijaga. Alamanda tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya matahari penuh. Ia tidak dapat berbunga dengan banyak ataupun kuantiti bunga akan berkurangan apabila berada di bawah redup. Oleh sebab pertumbuhan yang cepat, Alamanda sesuai dijadikan hiasan di tembok pagar kediaman.
Quisqualis indica pula tidak kurang hebatnya untuk dijadikan sebagai ‘penyambut tetamu’ di muka pintu. Tanaman menjalar malar segar dan mudah tumbuh serta boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter jika tidak dikawal. Gugusan lebat bunganya bukan sahaja menarik pandangan mata malahan kelebihannya yang memiliki aroma segar terutamanya pada waktu malam pasti meninggalkan memori indah saat kediaman anda dikunjungi.
Tristellateia australasie berbunga kuning ini juga antara tumbuhan menjalar malar segar. Ia berbunga sepanjang tahun menghasilkan bunga berbentuk bintang dalam gugusan panjang berjuntai. Dalam keadaan tanah kurang nutrien dan kering ia akan menggugurkan daun dan bunga juga akan berkurangan. Bentuk bunganya yang menarik dengan warna terang sesuai dijadikan hiasan di taman.
Bauhinia kockiana merupakan tumbuhan tropika semi deciduous yang memerlukan penyokong untuk menjalar. Di sebalik rimbunan daun yang lebat, bunga Bauhinia kockiana berbentuk jambangan yang melalui siri warna tertentu seperti merah jingga, kuning emas dan kuning cair sebelum ia gugur. Warna bunganya yang bersemarak bukan sahaja di abadikan pada trellis dan pergola, ia juga boleh diletakkan sebagai espalier pada dinding tembok pagar.
Antigenon leptosus merupakan tanaman memanjat yang sangat cepat membesar dan mempunyai foliage malah boleh tumbuh sehingga lebih dua meter. Ia menghasilkan bunga berbentuk hati sesuai disandarkan pada trellis, pergola dan arbor yang diteduhi dengan pelindung nipis. Bunga-bunga akan lebih berkembang jika berada di bawah cahaya sederhana.
Spesis Ipomoea pula tidak bertahan lama berbanding tanaman memanjat berbunga lain. Ia akan menjadi layu apabila matahari mulai menegak. Namun begitu, kelebihan yang terdapat pada Ipomoea adalah aroma wangi yang dihasilkan dan mengeluarkan bunga yang banyak pada satu masa. Ia sesuai sebagai melembutkan pagaran dan melingkari trellis yang dipasang di pintu utama.
Tidak sah jika kediaman Malaysia tidak disertai koleksi bunga ros nan indah. Spesies Ros bukan sahaja boleh ditanam secara horizontal di dalam pasu, ia juga boleh dibentuk sebagai tumbuhan memanjat menjadi gerbang menjalin tembok pagar dan pergola yang dibina. Ia mudah dijaga dengan melakukan pemangkasan selepas bunganya gugur untuk menggalakkan pengeluaran bunga seterusnya.
Wisteria floribunda merupakan tanaman memanjat berbunga ungu yang mempunyai dahan lembut melingkari sokongan seperti trellis atau pancang mengikut arah jam atau sebaliknya. Ia boleh menjalar di atas platfrom sehingga mencapai kelebaran 10 meter. Bunganya yang lebat menjadi sangat indah dinikmati di bawah arbor di ruang santai mahupun sebagai penyeri bahagian pintu masuk.
Garlic vine atau Cydista aequioctyalis ini pula lebih menonjol dengan kelompok bunga ungu kebiruan. Daunnya yang lebat dan tebal menghasilkan aroma bawang putih memerlukan sokongan yang sangat kuat apabila matang kerana daunnya yang sedikit lebar mudah merimbun lalu memenuhi ruang platform memanjat. Pemangkasan pada tunas pokok akan menggalakkan pertumbuhan daun.
Vallaris glabra begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana harumannya yang sentiasa menjadi pilihan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai dan sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita Melayu. Bunganya yang putih berseri melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Justeru pemilihan tanaman memanjat ini sebagai hiasan di perkarangan halaman adalah bersesuaian dengan sambutan pada Aidilfitri yang menampilkan keindahan budaya dan busana Melayu.
Clitorea ternatea atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang mempunyai bunga berwarna ungu terang yang digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti nasi kerabu. Warnanya yang terang dan semakin jarang ditemui memberikan peluang kepada ruang masuk di kediaman anda menjadi lebih menonjol berbanding penggunaan tanaman berbunga lain. Kombinasi keindahan semula jadi yang terhasil dan penyediaan makanan berasaskan bahan organik memberikan persepsi positif kepada tuan rumah.
Klik link ini untuk anda yang ingin mencuci mata barang dekor yang murah dan menarik https://invol.co/cloqny
Racun Serangga Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’.
Tanaman sayur kebiasaan yang merosakkan adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.
Pelbagai ramuan baja organik yang pernah dipaparkan oleh laman impiana antaranya adalah seperti:
Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.
Cara – cara:
1)Kupas sebiji oren. Jika tiada buah oren segar, anda boleh menggunakan 1 1/2 sudu kulit limau kering ( dried citrus) atau 1 sudu minyak limau ( orange oil ). Citrus atau limau berupaya untuk mencegah serangga- serangga yang berbadan lembut seperti siput, afid, agas dan ‘ mealy bug’. Citurs juga berkesan kepada semut dan juga lipas apabila disembur terus kepada serangga ini.
2) Masukkan kulit limau tersebut ke dalam bekas dan campurkan 2 cawan ( 500 ml) air panas ke dalam bekas tersebut. Biarkan larutan di kawasan yang hangat selama 24 jam.
3)Tapiskan air larutan tersebut. Asingkan air daripada pati oren. Air yang ditapis akan digunakan sebagai racun organik
4) Tambahkan beberapa titis sabun castile ( sabun berasaskan minyak ). Sabun castile berbau ‘peppermint ‘ dikenalpasti sebagai sabun yang effektif. Kacau campuran tersebut.
5) Tuangkan larutan tersebut ke dalam botol sprayer dan racun tersebut sedia untuk digunakan pada pokok untuk mencegah serangga – serangga berkulit lembut. Sembur juga larutan tersebut kepada lipas atau semut secara terus.
Kesempurnaan sesebuah water feature itu tidak hanya bergantung kepada kecantikan struktur binaannya sahaja. Aspek-aspek penting seperti keselamatan rekaan kolam, material yang digunakan berserta kos untuk pembinaan harus diambil kira sejajar dengan penekanan untuk membentuk rekaan water feature yang lebih menarik dan praktikal. Memahami keperluan itu, LAMAN Impiana menggariskan beberapa panduan dan tip yang boleh anda ikuti;
Semakin rumit rekaan kolam semakin tinggi kos pembinaannya. Jika anda mempunyai bajet terhad,pilih kolam konvensional berbentuk segi empat tepat. Ia senang dirancang, murah dan tentu sekali praktikal.
Peletakan kolam penting untuk mengelakkan anda tersalah memposisikan kolam pada ruang yang tidak kondusif dan menelan lebih banyak kos. Sebagai contoh, elak lokasi di mana daun mudah gugur.
Sekiranya terdapat pokok, jauhkan ia dari struktur konkrit kerana akar pokok yang membesar boleh merosakkan struktur kolam. Sudah pasti proses membaikinya memerlukan pelaburan yang banyak.
Pilih sistem pembersihan kolam terbaik lagi berkualiti terutamanya pada penutup dan pam sebagai jaminan kolam sentiasa berkeadaan baik dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
Penambahan aksesori seperti lampu kolam, water sprout, air terjun ataupun jakuzi harus dibuat serentak kerana faktor tambahan ini akan memberi kesan ketara kepada jenis dan kesesuaian kolam yang dipilih.
Teliti mengenai pemilihan material kolam dari segi keselamatan dan daya tahan lasak. Terutamanya pada teras kolam (pool deck) dan pinggiran kolam (pool edge) biarpun anda menyerahkan projek tersebut kepada perunding landskap untuk mengelakkan pembaziran.
Untuk membina sebuah kolam kan Koi, per kaki persegi ialah RM 240. Tetapi, bergantung material yang digunakan, reka bentuk dan toleransi kontraktor landskap.
Bagi kolam renang biasa, harga per kaki per segi ialah RM 280. Harga boleh dirunding dan berbeza mengikut penetapan kontraktor atau interior designer.
Bagi kolam renang standard, dibuat dari material fiber berkualiti yang diimport dari Australia dan memiliki sistem serta lantai yang kuat anggaran kos ialah RM100, 000.
Ketumpatan kayu cengal di antara 915 sehingga 980 kilogram per meter padu menjadikan material tersebut sangat hebat untuk digunakan sebagai decking kerana karakter kayunya keras dan tahan lama. Sebut harga untuk decking kolam dari material tersebut ialah RM 58 per kaki persegi.
Binaan kolam atas permukaan tanah lebih murah jika dibandingkan kolam inground. Kolam atas tanah boleh dipindahkan manakala kolam ingorund menambah nilai jualan semula rumah jika ia terletak di kawasan yang strategik
Kolam liner vinil dasarnya adalah kolam atas tanah yang telah diletakkan di dalam lubang yang telah digali. Kolam jenis ini merupakan pilihan paling murah untuk jenis kolam inground. Secara purata setiap 10 tahun, liner kolam harus diganti.
Jika kawasan laman agak terhad dan berjubin, anda boleh memilih untuk menggunakan water feature mudah alih (mobile water feature) ataupun membina sebuah water feature mini yang bersaiz 60 cm hingga 1 meter. Ia lebih menjimatkan dan senang dijaga.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...