Seronok IMPIANA tengok ada antara geng dekor yang dah mula hias kediaman dengan tanaman indoor yang mengghijau. Banyak manfaatnya tanaman indoor ni. Bukan sahaja membekalkan oksigen tambahan ia berupaya mengurang pencemaran di dalam kediaman.

Artikel berkaitan: 

5 Tumbuhan Pembersih Udara Dan Pembekal Oksigen Tambahan Untuk Kediaman Yang Lebih Menyegarkan

Kaktus Tanam WAJIB Dalam Kediaman Bantu Neutral Kan Kesan Radiasi Dari TV

Selain penggunana tanaman renek sebagai hisan di atas meja, tanaman indoor yang bersaiz besar sesuai di letakkan di sudut-susut kediaman. Ada antaranya yang boleh mencapai ketinggian lebih 3 kaki dan kewujudnya menjadi elemen hiasan menarik di dalam kediaman. Berikut, tanaman indoor bersaiz besar:

1. POKOK PINE (NORFOLK ISLAND PINE)
Norfolk Island pine walaupun namanya pine, ia bukanlah pokok pine yang diambil untuk buat balak. Jika di habitat asalnya, tanaman ini boleh mencapai ketinggian lebih 100 kaki. Namun, jika dijadikan sebagai indoor plant, ruang tanaman di dalam pasu menyebabkan pertumbuhan pokok terbatas. Pastikan medium tanaman pokok ini sentiasa lembap dan [posisikan ia di tepi tingkap yang menerima pancaran matahari pagi10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

IKLAN

2. YUCCA
Yucca ialah tanaman tahan lasak yang sesuai hidup di dalam dan diluar kediaman. Walaupun terdedah kepada iklim panas berpanjangan, tanaman ini tetap boleh hidup dalam tempoh masa yang lama. Yucca cepat membesar jika menerima pencahayaan yang mencukupi. Yang paling penting, tanaman ini sesuai bagi anda yang tak ada masa untuk menyelenggara tanaman10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

3. KENTIA PALM
Antara jenis palma yang sentiasa menjadi pilihan sebagai indoor plant. Warnanya yang menyegarkan disamping tekstur daunya yang unik menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan.

IKLAN

4. PHILODENDRON
Philodendron antara tanaman indoor yang mempunyai karekter tersendiri. Antara yang menjadi pilihan dari spesisi ini adlah Philodendron selloum. Namun, untuk memmastikan tanaman ini membesar secara optimum, pastikan ia menerima pengamatan cahaya yang cukup terutamanya diwaktu pagi10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

5. CROTON
Kroton menjadi pilihan tanaman indoor disebabkan warna foliarnya yang pelbagai. Ia boleh membesar sehingga 10 kaki tinggi. Croton atau nama tempatannya pokok puding memerlukan cahaya matahari terus untuk tumbuh sihat. Jika tidak, pokoknya kana memanjang mencari cahaya10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

6. FICUS MICROCARPA
Boleh mencapai ketinggian lebih dari 3 meter, tanaman yang dikenali dnegan nama pokok ara atau rubber plant ini sentiasa menjadi pilihan sebagai indoor plant disebabkan nikan arkitektural nya. Kanopinya yang mudah dibentuk dan sentiasa kelihatan kemas menyebabkan ia antara pilihan utama di lobi-lobi hotel dan pejabat korporat

IKLAN

10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

7. SCHEFFLERA
Schefflera adalah sejenis tanaman renek namun berupaya mencapai ketinggian lebih dari 2 meter Tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, namun memerlukan pasu bersaiz besar untuk pertumbuhan optimum. Jika akarnya tercekik (pasu kecil), Ia akan menyebabkan fizikal tanaman ini kurus dan meninggi sahaja10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

8. DRACAENA
Antara spesis Dracaena yang sentiapa menjadi pilihan adalah seperti Dracaena fragrans, Draceane reflexa, Draceena sanderiana dan Draceane surculosa. Dracaena fragrans boleh mencapai ketinggian lebih 2 meter jika ditanam terus di atas tanah. Tanaman ini amat terkenal terutamanya apabila tiba perayaan cina10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

9. FICUS LYRATA
Antara tanaman indoor yang menjadi kegilaan ramai terutamany bagi mereka yang menerapkan dekorasi scandinavian dan nordic. Di habitat asalnya, tanaman ini boleh mencapai ketinggian 5 meter dan mempunyai buah. Tanaman ini memerlukan pencahayaan terus untuk pertumbuhan optimum.10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

10. MONSTERA DELICIOSA
Monstera datang dari keluarga yang sama dengan Philodendron. Namun, Monstera lebih aktif memanjat pada dinding atau struktur berhampiran. Penggunaan monstera sebagai tanaman indoor menjadikan dekorasi sesebuah kediaman kelihatan lebih versetil. Sebab itu, monstera antara inkon sibolik bagi sesetengah konsep dekorasi10 Jenis Pokok Besar Sesuai Sebagai Tanaman “Indoor”

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI