Bagi pasangan yang sedang atau baru kahwin mesti tengah pening dengan kos-kos yang perlu disediakan. Bajet walimah dah selesai, tapi untuk keperluan rumah belum lagi. Belum masuk lagi bayaran duit pendahuluan 2+1 yang diminta oleh penyewa.
Tengok harga katil, kerusi, meja dan sebagainya mau perlu ketepikan lebih 5K. Tak apa, jagan risau. IMPIANA senaraikan 10 item bajet dari IKEA yang boleh diubah suai atau “hack” menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat dan pelbagai guna.
Geram tengok meja kopi atau Side table KVISTBRO dari Ikea tu kan. Harga satu antara RM 149-199. Siap boleh jadi bekas storage lagi. Tapi nak beli macam rasa tak perlu atau ada keperluan lain yang wajib didahulukan. Tapi sebab dah teringin sangat, kita tiru gaya ibu ni buat meja KVISTBRO dari pada bakul baju sahaja
Bahan-bahan:
2 biji bakul baju sama saiz
1 biji dulang (sesuai dengan mulut bakul baju)
Penyembur pewarna putih
Cara-cara:
1. Semburkan keseluruhan bahagian dalam dan luar bakul (tapi kalau anda dapat warna yang dah sesuai ikut tema tak perlu cat)
2. semburkan cat pada dulang pula
3. Cantum kan ke dua-dua biji bakul secara terbalik dengan menggunkan gam panas atau Double side yang kukuh dan letakkan dulang yang telah di cat tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu bilik kebiasaan nya plain sahaja nak jenis rumah kos rendah dan sederhana. Kalau nak buat renovation keseluruhan rumah, mestilah pintu pun perlu diganti. Tapi nak beli pintu yang bercorak-corak ni mahal lah pulak. Apa kata kita makeover je pintu lama tu guna kaedah wainscoting.
Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.
Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!
Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.
Mari ikuti perkongsiannya.
RAK TV DARI PAIP PVC Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood
1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.
2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
5. HASILNYA
KOS YANG TERLIBAT :
1.Paip class 7 x3 batang – RM19
2. Cat – RM20
3. joint – RM20
4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30
Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!