
Tomato, antara tananam yang senang dibiakkan namun susah untuk mengeluarkan hasil yang berkualiti. Kalau menajdi pun buahnya, mesti tak berapa nak cantik. Cara terbaik nak buah cantik macma dekat pasar, perlu banyak menggunkan pembasmi penyakit dan serangga. Sebenarnya, ada penyelesaian mudah. Melalui perkongsian kak sha di dalam group Beginner Tanam Pokok dan Sayur, hasil tomato yang ditanam di dalam menjadi-jadi selepas di sembur dengan pokok cuka
Saje nk share, tomato jadi manis macam mana?
Kak Sha sembur pokok tomato dengan cuka kayu.
Hasil nye, Buah besar, tak rosak dan manis. Kak Sha tanam tomato chery merah dan kuning..
Cuka kayu ni banyak kegunaan lain untuk tanaman

Boleh beli online je. Harga tak samapai RM 20 dekat sini https://invol.co/clyv80


Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah

Tanam pokok durian D24 dalam pasu, tahun ke dua berbunga dan berbuah. Menanam pokok durian D24 dalam pasu semakin menjadi pilihan di kalangan penggemar durian, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar atau mempunyai ruang terhad.
Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Walaupun pokok durian secara semula jadi bersaiz besar dan memerlukan tanah yang luas, teknik penanaman dalam pasu membolehkan individu menikmati kehijauan dan potensi hasil buah walaupun hanya di halaman kecil atau balkoni.
Pokok durian D24 dikenali kerana rasa buahnya yang lemak manis dan isi yang tebal, menjadikannya antara varieti yang digemari ramai. Dengan penjagaan yang rapi, pemilihan medium tanah yang sesuai dan pendedahan cahaya matahari mencukupi, pokok durian dalam pasu bukan sahaja boleh hidup subur malah berpotensi untuk mengeluarkan hasil setelah beberapa tahun.
Menanam pokok durian D24 dalam pasu adalah cabaran tetapi boleh dilakukan terutama untuk tujuan hobi atau sebagai tanaman hiasan.

Berikut adalah beberapa tip penting:
1. Pilih Pasu Yang Sesuai
Saiz: Gunakan pasu besar (sekurang-kurangnya 24 inci diameter & dalam 18–24 inci) untuk memberi ruang akar berkembang.
Bahan: Pasu tanah liat atau plastik tebal dengan lubang saliran.
Saliran: Letakkan batu kecil atau serpihan pasu di dasar untuk elakkan air bertakung.
2. Gunakan Medium Tanah Yang Betul
Campuran Tanah:
40% tanah topsoil
30% pasir sungai (untuk saliran)
30% kompos organik (najis ayam reput atau sabut kelapa reput)
Tambah sedikit kapur pertanian (aglime) untuk neutral pH jika tanah terlalu berasid.
3. Pemilihan Anak Pokok
Gunakan anak pokok durian D24 yang telah dicantum atau tut – ini lebih cepat berbuah.
Pastikan anak pokok bebas penyakit dan sudah cukup matang (tinggi 1.5–2 kaki).

4. Penyiraman Dan Penjagaan
Siram setiap hari (pagi atau petang), tetapi jangan terlalu basah. Tanah mesti lembap, bukan becak.
Sembur daun dengan air sekali-sekala untuk kelembapan.
5. Pembajaan
Gunakan baja organik seperti tahi ayam reput setiap 2 minggu.
Tambah baja NPK (15:15:15) sebulan sekali dalam sukatan kecil.
Elakkan baja kimia yang terlalu kuat.
6. Cahaya Matahari
Pokok perlu sekurang-kurangnya 6–8 jam cahaya matahari langsung.
Jika tanam di balkoni/teras, pastikan lokasi cukup terang.

7. Pemangkasan
Pangkas cabang yang tidak perlu untuk bentuk pokok dan galakkan pengudaraan.
Potong tunas air (tumbuh lurus ke atas) supaya tenaga pokok fokus ke cabang utama.
8. Perhatian Tambahan
Awasi serangga perosak seperti ulat pengorek batang, aphids, atau kulat. Gunakan racun organik jika perlu.
Jika pokok membesar terlalu besar, pindahkan ke tanah terbuka atau pasu yang lebih besar.
Nota Tambahan: Pokok durian dalam pasu mungkin tidak berbuah atau ambil masa lebih lama untuk berbuah, tetapi ia masih sesuai untuk dijadikan pokok hiasan atau latihan cantuman.
Walaupun menanam durian D24 dalam pasu memerlukan perhatian yang lebih berbanding penanaman di tanah terbuka, ia tetap boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan.
Dengan teknik yang betul dan penjagaan yang konsisten, pokok durian dalam pasu bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah boleh menjadi sumber buah yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Sumber: Erdy Tan (Kebun Tepi Rumah)
Baca artikel lain juga: Buah Durian Di Kebun Asyik Ditebuk Tupai? Cuba Kaedah Ini Untuk Mengatasinya
Selamatkan Anak Pokok Durian Ditenggelami Air Dengan 2 Cara Berkesan Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match

‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.


Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.


Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.


Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail
Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat
Usia Taman Landskap: 7 tahun
Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps
Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ
Konsep Landskap: English Mix & Match
Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Mesti Baca: Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga!
Baca Lagi Di Sini:Laman Cantik Berseri Pilih Pokok Senang Dijaga, Tak Perlu Siram Selalu
Artikel Menarik: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Harga Bawang Merah Mahal, Tanam Je Sendiri. Senang Ditanam & Jaga!

Bawang merah antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga bawang menyebabkan ramai mengeluh.
Bagi menyelesaikan kemelut ‘bawang’ yang tiada kesudahan, apa kata kita tanam je sendiri di laman rumah. Cara penanamannya pun senang saja, boleh ikut perkongsian Azlina Mat Lazim ini.
Senangnya tanam bawang
1. Jika mahu tanam ubi bawang potong sedikit akar dan kepala bawang.

2. Jika untuk daun, hanya potong kepala bawang hingga nampak isi tengah.

Tujuan potong kepala bawang adalah utk percepatkan proses pengeluaran daun bawang.
Bawang yang dipotong akar tak boleh diambil daun nanti mati pokok bawang berebut nutrien
3. Untuk tanam bawang medium 2:1 Pasir dan tanah.

4. Penjagaan: Bawang tak perlu racun serangga sebab serangga pun takut dgn bawang. Bau busuk. Gunakan baja masa mula tanam saja. Saya tak guna baja.
Kena ingat bawang macam kambing, tak suka air. Jangan rajin siram bawang. Siram tengok keadaan.

5. Bila tunas bawang dah muncul tak perlu timbus. biarkan saja. Kalau bawang dah keluarkan bunga, kena buang. Kalau tidak ubi bawang kurus/kecil.

6. Tempoh matang ubi ni hanya 2 bulan lebih. Jadi kalau nak kenduri guna bawang banyak bolehlah tanam sebelum tu.

Tanam bawang hanya pada MUSIM PANAS tapi kalau untuk daun sahaja tiada musim. Tanam saja cuma kena pandai kawal air.
Tanam bawang BESAR (ubi banyak). Bawang kecik (ubi sikit).
Dah boleh tuai!


Kalau berhajat nak kenduri kendara dan guna banyak bawang bolehlah mula tanam dari sekarang. Selamat mencuba!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Artikel Menarik:Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Mesti Baca:Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman, Ini Tip Pemilihannya!
Baca Lagi Di Sini:Lampu ‘Lantern’ Dengan Rekaan Gaya Ala-Ala Morocco, Dekorasi Hiasan Dalaman Rumah Akan Tampak Lebih Mewah!
Sumber: Misnah Olo
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

