Apabila barangan perabot rumah sudah lama diguna pakai, mesti sudah tidak lagi berada dalam keadaan baik, rosak, buruk dan sebagainya. Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang memilih untuk membuangnya dan membeli barangan perabot rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, barangan perabot seperti kabinet TV yang sudah buruk masih dapat diselamatkan setelah diberi nafas baru? Ada pelbagai cara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengubahsuai barangan perabot lama supaya tampak lebih cantik dan masih boleh diguna pakai.
Bagi anda yang mempunyai kabinet TV yang sudah lama dan buruk, apa kata ada cuba teknik pengubahsuaian yang dikongsikan oleh Irni Yalena.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan:
Rattan Webbing
Gunting
Stapler
Penyembur Cat
Bagaimana cara teknik untuk melakukannya, ada boleh sahaja melihat pada perkongsian gambar di bawah:
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mungkin ada yang di kalangan anda yang pernah menjadikan binaan rumah yang bercirikan seni bina Islam ini sebagai satu persoalan, adakah ia merupakan faktor yang sangat penting dalam segi seni pembinaan kediaman anda.
Selain menjadi satu persoalan, sejauh mana seni bina rumah atau kediaman yang bercirikan Islam ini telah menjadi satu komponen yang sangat penting dalam segi reka bentuk sesuatu pembinaan kediaman?
Maka dalam episod terakhir Tour Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program yang bertajuk ’5 Skim Pembiayaan Rumah Bank Islam Ramai Tak Tahu’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Haji Zameran Bin Jusoh, selaku Pengarah Wilayah Central 1, Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Haji Zameran berkata adalah sangat penting untuk semua para umat yang beragama Islam memiliki sesebuah kediaman yang bercirikan seni bina Islam bagi membina ikatan kekeluargaan antara satu sama lain yang lebih harmoni.
“Pertama sekali apa yang kita perlu faham adalah apa perkara yang sebenarnya kita mahukan dalam rumah kita. Seperti yang pernah berpesan oleh Baginda Rasullah, Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat,
“Dan kita akan memperolehi hasilnya berdasarkan dengan apa yang telah kita niatkan. Contoh, bilik tidur kita adalah satu ruang privasi dalam rumah kita, jadi tak akan kita nak masuk terus dalam rumah dengan mempamerkan ruang bilik tidur kita kan?
“Kalau kita ada anak jantina berlainan seperti lelaki dan perempuan misalnya, kita perlu menyediakan bilik yang berasingan untuk mereka. Begitu juga kita perlu menyediakan ruang atau bilik untuk beribadah yang mana ianya bukan satu kehendak tetapi keperluan untuk seisi keluarga dalam sesebuah rumah,
“Antara faktor yang paling penting untuk sesuatu kediaman adalah persekitarannya,” katanya.
Jika anda mahu mengetahui perbincangan selanjutnya, anda boleh menonton video penuh pada pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mulai kecoh dan tular di laman media sosial sekali lagi selepas puncak menara tertinggi di Malaysia yang masih dalam pembinaan, Merdeka 118 dilaporkan telah diceroboh oleh sekumpulan warga asing demi untuk mencipta kandungan di laman maya.
Memetik sumber Buletin TV3, sekumpulan warga asing terbabit yang dikenali sebagai Driftershoots itu dipercayai telah menceroboh puncak menara tersebut pada 30 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di laman media sosial YouTube, video berdurasi selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.
Rentetan itu, mereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.
Sebelum ini, ada pasangan daripada negara Rusia yang dikenali sebagai Angela Nikolau dan Ivan Beerkus, telah menceroboh dan menawan puncak menara kedua tertinggi di dunia itu sekitar bulan Disember tahun lalu.
Sumber: Buletin TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!