Melihat kediaman yang dikongsikan oleh Nuresyima Zamri ini cukup menarik perhatian. Bagi pengemar perabot rotan dan kayu memang sesuai untuk memilih penataan yang begini. Gaya dekor estetik ini memberi satu rasa nyaman dalam setiap ruang sentuhan pemilik. Jika diperhatikan warna pilihan untuk ruang kediaman ini nampak sempurna dengan gabungan perabot rotan dan kayu.

Pengemar Perabot Rotan & Kayu Jadikan Kediaman Estetik

Ruang kediaman yang terhad tidak menjadi masalah untuk menata rias ruang kediaman. Konsep mix and match menjadikan ruang ini langsung dengan keselesaan yang partikal di setiap sudut. Pemilihan cermin hiasan pada dinding tumpu ruang makan ini memberi sedikit ilusi luas pada ruang yang terhad ini.

IKLAN

Pengemar Perabot Rotan & Kayu Jadikan Kediaman Estetik

Perabot dan aksesori bukan sahaja kelihatan cantik malah ia juga tahan lama, jadi kebanyakan perabot ini hanya memerlukan pembersihan dan penjagaan asas untuk mengekalkan kekuatan dan warna semulajadi nya. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjaga perabot rotan anda agar kekal cantik seperti hari pertama anda membelinya.

IKLAN

Pemilik ini bijak mengenakan susun atur dalam kediaman. Pemilihan set sofa rotan dengan elemen hiasan dalaman lain membuatkan ruang dalam rumah ini nampak segar. Walaupun beliau mengenakan pokok tiruan sebagai hiasan tetapi ia tetap memberi seri dalam kediaman ini.

IMPIANA kata kediaman ini memang superb…..

IKLAN

Baca: Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Untuk Pastikan Perabot Rotan Tahan Lama Dan Sentiasa Cantik

Kredit : nurpetrus (

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI