Kuala Lumpur, 6 Februari 2018: AkzoNobel, syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux hari ini mengumumkan pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutures yang menggambarkan gaya warna utama utnuk 2018. Warna terunggul yang dipilih sebagai Warna Tahunan 2018 adalah Heart Wood. Pemilihan warna ini dipilih berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat terhadap trend, pandangan dan sikap pengguna.
Dengan tona merah jambu matang yang lembut dan panas, ia membawa ciri-ciri sentuhan kulit kayu-kayan dan mampu menyerlahkan suasana keselesaan yang tampil ringkas kepada anda yang inginkan keselesaan dan mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih mesra.
“Dengan masa yang berlalu dengan pantas terutamanya disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan. Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehkan kita merendahkan nada bising, runag untuk menyemai nilai serta menyegarkan semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbangan antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman,” jelas Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux, Heleen Van Gent.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Temui Aroma Peribadi Anda dengan Young Living
Satu sesi perkongsian di antara Young Living iaitu jenama terkenal minyak aromaterapi bersama media telah berlangsung dengan jayanya. Duta Young Living iaitu Dr Lindsey Elmore menunjukkan cara-cara DIY bagaimana menggunakan produk essential oil ini dengan efektif dalam kehidupan harian. Turut dikongsi oleh beliau ialah beberapa maklumat menarik tentang produk Young Living.
Aroma Individu yang Universal
Aroma memberikan kesan yang besar kepada kita. Ia merupakan ciri semula jadi manusia! Dengan hanya sedikit aroma yang nostalgia akan membawa anda ke zaman yang silam. Atau bau kopi yang dibakar pada waktu pagi akan menyegarkan anda walaupun anda bukan peminum kopi. Sama ada kita sedar atau tidak, aroma yang biasa dalam kehidupan seharian boleh memberi kesan kepada perasaan kita.
Aroma selalunya memberi impak yang universal kepada manusia, namun penghargaan dan penggunaan wangian adalah bersifat peribadi dan berdasarkan kegemaran individu. Wangian yang anda amat gemari dan selalu anda gunakan pada tubuh mungkin tidak digemari oleh orang lain. Oleh yang demikian, dunia aroma mungkin melibatkan penemuan diri sebenar seseorang kerana ia melibatkan pencarian apa yang benar-benar sesuai untuk anda – aroma peribadi anda.
Penjagaan Diri Berasaskan Minyak Pati
Penggunaan minyak pati sebagai wangian semula jadi bukan sahaja tentang menjaga kesejahteraan diri sendiri dengan mengelakkan penggunaan wangian sintetik yang dibuat oleh manusia. Ia adalah peluang untuk membawakan ciri peribadi dan menghasilkan aroma diri anda yang mencerminkan siapakah anda yang sebenarnya. Seperti penjagaan diri, penggunaan minyak pati bukan bersifat ‘satu penyelesaian untuk semua’. Oleh sebab setiap manusia itu tidak sama, maka anda sahaja yang tahu tentang keinginan dan keperluan diri sendiri.
Dalam penerokaan untuk mengetahui tentang diri dan keperluan sendiri, sama ada secara fizikal, mental atau emosi, haruman memainkan peranan penting dalam proses ini. Minyak pati yang bermutu mengandungi aroma semula jadi bukan buatan daripada patinya yang memberikan manfaat dalam segala aspek selain kepuasan olfaktori. Memandangkan bilangan individu yang ramai dengan keperluan serta pilihan yang berbeza, Young Living, peneraju pasaran minyak pati, menawarkan lebih 80 jenis minyak pati tunggal yang tidak digabungkan untuk dipilih. Bilangan ini tidak termasuk campuran dan produk minyak pati mereka yang lain.
Apakah Aroma Anda?
Aroma Floral mendapat penerimaan yang tinggi kerana ia biasa digunakan dalam barangan penjagaan diri dan rumah. Bagi mereka yang sukakan haruman bunga, minyak pati Lavender, Geranium dan Ylang Ylang adalah antara beberapa pilihan yang disediakan. Haruman bunga sangat sesuai untuk berehat dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Aroma ini juga sesuai untuk membantu menyegarkan hari (atau malam) para ibu. Namun jangan lupa. Wangian bunga juga boleh memberi kesan yang mengasyikkan – menjadikannya sesuai untuk suasana romantis atau yang menggembirakan!
Istilah ‘aroma kayu-kayuan’ sahaja sudah cukup untuk membayangkan imej hutan; maka tiada cara lain untuk menerangkan dari mana datangnya minyak pati woodsy. Dengan sumber yang diperoleh daripada pokok-pokok Cedarwood, Idaho Balsam Fir dan Northern Light Black Spruce, minyak pati ini memberikan perasaan kestabilan dan keyakinan. Aroma kayu-kayuan memberikan kesan ketenangan yang boleh digunakan pada saat-saat yang penuh tekanan dalam gaya hidup yang sibuk. Untuk waktu pagi yang seseorang berasa kurang bersemangat, aroma ini berupaya memperkasakan mental dan emosi bagi membantu anda menghadapi hari yang mencabar.
Aroma sitrus mungkin menjadi asas kepada wangian musim bunga dan musim panas, tetapi aroma yang menyegarkan ini sebenarnya tidak lapuk dek hujan. Tidak seperti aroma bunga-bungaan dan kayu-kayuan, aroma sitrus digemari oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita kerana bau yang menyegarkan. Minyak pati Lemon, Orange dan Citrus Fresh adalah antara contoh haruman yang sesuai untuk menyejukkan dan menyegarkan hari anda yang agak perlahan. Bagi mereka yang memilih aroma yang bersemangat boleh menggunakan haruman ini untuk kesan yang menyegarkan!
Aroma pudina memberi kesan menyegarkan seperti aroma sitrus dan bukan sahaja membantu memberi tenaga tetapi juga dapat menaikkan semangat. Aroma ini memberikan rasa kebebasan kerana ia memberikan gambaran kawasan luar yang luas tanpa sebarang sekatan. Minyak pati seperti Peppermint, Eucalyptus Radiata dan Spearmint adalah antara beberapa pilihan untuk individu yang inginkan kebebasan dan ruang yang luas untuk bergerak.
Berdasarkan personaliti, pilihan malah keperluan seseorang, empat jenis aroma ini boleh dipakai begitu sahaja. Bagi mereka yang lebih berani, aroma ini boleh dicampurkan dengan jenis di dalam atau di luar kumpulan masing-masing untuk haruman yang tersendiri!
Mencipta sendiri aroma adalah sesuatu yang sangat peribadi. Mengetahui campuran aroma peribadi yang anda gunakan setiap hari bukan sahaja menyeronokkan malah memberi kepuasan apabila mengetahui anda boleh mencipta dan menghasilkan campuran aroma mengikut pilihan dan keperluan peribadi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wajib ada di setiap rumah kalau nak ringankan beban mengemas
Rebut peluang keemasan ini, kalau anda rasa nak ringankan beban kemas rumah!
Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019, pelanggan A&S berhak mendapat diskaun sehingga 70% apabila mereka membeli pembersih vakum A&S. Selain pembersih vakum, pelanggan juga akan menikmati pengurangan hebat pada pembelian mesin basuh dan bar bunyi. Harga bermula serendah RM99 dan A&S menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membeli bar bunyi. Tawaran Mega Jenama A&S akan berlangsung dari 12 petang hingga 2 petang pada 29 Julai. Jadi, jangan lepaskan peluang! Untuk maklumat lebih lanjut, layari kedai A&S di Lazada ataupun ikuti https://www.facebook.com/AandS.Disty/
Diskaun Hebat Pada Hari A&S
Produk | Harga biasa | Hari A&S |
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 | RM1,799 | RM829 |
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 | RM1,299 | RM629 |
A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord A100 | RM799 | RM279 |
Penyedut hampa gas atau vakum Robotik Neatsvor, sebuah vakum pelbagai guna yang berteknologi tinggi, sebuah inovasi yang dikeluarkan oleh Neatsvor dan A&S. Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa. Wah! hebat bukan?
“Kami berbangga kerana diberi kesempatan untuk memperkenalkan A&S oleh Vakum Robotik Neatsvor selepas kejayaannya di China dan beberapa negara lain. Rakyat Malaysia bersikap terbuka dengan produk dan inovasi baru. Kami percaya bahawa A&S adalah pengeluar Vakum Robotik Neatsvor akan membantu banyak kerja rumah yang membebankan,” kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd, Malaysia.
A&S adalah sebuah jenama yang terkenal dengan produk kelengkapan rumah yang penting seperti televisyen, bar bunyi, pembesar suara, mesin basuh, dan peti sejuk. A&S bermula dalam industri hiburan dimana ia melengkapi rumah dengan bar bunyi dan pembesar suara. Kemudian, ia mula memberi fokus dalam menyediakan peralatan rumah yang mampu milik, tanpa menjejaskan kualiti.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternative dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
Neatsvor V390 Robotic Vacuum Cleaner.
Neatsvor V390 Robotic Vacuum Cleaner1.
A&S pengeluar Vakum Robotik Neatsvor, yang dilancarkan pada 24 Julai 2019, datang dalam dua model; A & S oleh Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A & S oleh Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan. Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
V500.
V500.
Sementara itu, Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga melancarkan A&S Pembersih Vakum tangan tanpa kord S100 dan pembersih tanpa kord Cleany A100 yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord. Manakala, pembersih tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk pembersihan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa. Kedua-dua model ini datang dengan jaminan satu tahun, di mana A & S menawarkan pertukaran unit baharu untuk unit yang rosak.
A100 .
Sebalik ini, A&S bukan sahaja mengeluarkan perkakas elektrik rumah malahan pemilik syarikat ini iaitu Ketua Pegawai Eksekutif A&S, YC Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Neatsvor, Wayne ditemani Iverson Li, Ketua Pegawai Eksekutif Shenzhen Yiisu Cultural Co. Shenzhen Yiisu Cultural Co merupakan pemegang hak harta intelek untuk pelbagai kartun, komik dan watak-watak filem dan ini merupakan kerjasama pertama A&S dengan Shenzhen Yiisu Cultural Co. Dengan ini pelanggan akan dapat melihat watak DC Comics pada produk A&S pada masa akan datang. WOW! pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat dan menanti keluaran produk daripada A&S ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Impiana Makeover Ruang Selebriti, Kini Telah Bersiaran Di Saluran Astro Ria & On Demand
Satu khabar gembira buat peminat dan pengikut setia IMPIANA kerana kini telah mempersembahkan sebuah rancangan terbaharu iaitu Impiana Makeover Ruang Selebriti di kaca televisyen anda.
Mesti ada yang tertanya-tanya mengenai rancangan program terbaharu ini, untuk maklumat anda Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah program yang memaparkan hasil dekorasi di kediaman para selebriti tanah air.
Rancangan yang dihiasi dengan Ella Furniture ini bakal bersiaran sebanyak 10 episod akan memaparkan hasil dekorasi makeover seramai 10 kediaman para selebriti terkenal tanah air antaranya Zulin Aziz, Raja Azura, Izreen Azminda, Vanidah Imran, dan ramai lagi.
Menariknya lagi, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti turut dimeriahkan lagi dengan hos Catriona Ross dan digandingkan bersama pakar hiasan dalaman, Ben Firdaus Azrai.
Di samping itu, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini dekorasi hiasan dalaman turut diserikan dengan Ai Curtains, Embun Group of Companies dan Kayangan Living.
Ingin lihat bagaimana hasil dekorasi yang telah dilakukan di kesemua kediaman para selebriti tanah air kita? Jadi, jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti mulai 6 Januari 2023, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Rangka Katil LEIRVIK Paling Laris & Digemari Ramai, Sudah Lebih 13 Tahun Di Pasaran Ikea Malaysia!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI