Wah! Musim menuai dari negara Australia kini telah kembali sekali lagi untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati beberapa buah anggur yang enak, lazat serta berkhasiat.
Terbaharu, jenama pengeluar buah anggur terkemuka dari Australia, Grown in Good Nature, dibawah sub-jenama oleh Hort Innovation selaku pengeskport serta pemasaran perdagangan antarabangsa, telah melancarkan kempen terbaharu iaitu ‘Anytime Is Grape Time’.
Pelancaran kempen ini, sebagai tanda permulaan musim buah anggur yakni telah pun bermula dari November hingga Mei dengan tempoh pasaran eksport bermula dari Januari hingga Mei.
Terdapat dalam lebih daripada 40 jenis, anggur dari Australia terkenal dengan rasa yang sangat enak dan kaya dengan pelbagai khasiat. Bagi yang tidak tahu, buah anggur ini kebiasanya berwarna merah, hitam atau hijau dan dikategorikan kepada dua – berbiji dan tanpa biji. Thompson Seedless, Flame Seedless, Crimson Seedless dan Red Globe adalah antara empat jenis anggur yang paling popular di Australia.
Buah anggur Australia juga merupakan snek yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Tambahkan buah-buahan ini ke dalam diet harian anda bagi mendapatkan khasiat antioksidan yang secukupnya. Anggur juga diperkaya dengan khasiat vitaminc C dan B6 yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan yang berpotensi mencegah sebarang penyakit kanser.
IKLAN
Jangan ada yang ada tidak tahu, anggur Australia dihasilkan di kawasan penanaman anggur utama di Sunraysia (Mildura dan Robinvale) di Victoria, dan di seluruh Queensland Tenggara. Kawasan pertumbuhan lain termasuk Carnarvon dan Lembah Swan di Australia Barat, daerah Riverina di Central New South Wales, South Australian Riverland dan tengah Wilayah Utara.
Untuk mendapatkan buah anggur Australia yang sangat digemari ramai ini, boleh pergi ke mana-mana pasar raya yang telah mengambil bahagian termasuk AEON, Jaya Grocer, TFP Retail, Lotuss, GCH Retail, Whole Foods Express dan Star Grocer untuk menikmati rasa buah anggur yang manis dan segar lagi sempurna.
Beras, kalau tak kena cara simpannya memang tak sampai sebulan dah mula berbubuk. Tambahan, waktu pandemik ni, ber beg-beg beras diterima hasil sumbangan kan. Sampai tak sempat nak dibuka pun dah ada bubuk.
Kali ini, Puan Sara Saad berkongsi tip simpan beras tahan sampai bertahun tanpa bubuk pula. Antaranya:
1. Simpan dalam botol boleh tahan bertahun
Beras perlu dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Nak mudah, keringkan beras bawah terik mentari sekurang-kurangnya satu hari. Sediakan botol minumun 1.5 liter atau tong air 5 liter. Pastikan ia kering sepenuhnya. Isi beras dalam botol dan tutup kedap.
Bila oxygen habis dlm botol, semua bubuk dan telur bubuk tidak boleh hidup.
2. Letak sudu stainless steel boleh tahan 1 tahun
Letak sebatang sudu stailess steel di dalam bekas simpanan beras. Teknik ini banyak digunakan oleh masyarakat di Thailand. Namun, masih tiada sebarang bukti sahih terhadp teknik ini
3. Letak limau purut atau daun peria kering
Walaupun ia memberi aroma yang harum kepada beras, namun kutu beras tidak menyukainya. Teknik ini berupaya mengelak kehadiran kutu beras 2-3 bulan
Nak kutu beras keluar semua,
Jika beras simpanan anda telah dimasuki kutu, sediakan cawan bersisi cuka dan letakkan di tengah-tengah beras atau boleh gantikannya dengan ketumbar jawa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pasti ramai yang menarik nafas lega dan tersenyum panjang dengan ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi, di sini IMPIANA kongsikan rumusan daripada yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin. ‘Macik Kiah Oh Makcik Kiah’ Alhamdullilah.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.
RM 250 billion manfaat seluruh Malaysia.
Rm 500 juta untuk KKM.
Tanggung kos ujian saringan RM 300 untuk pemegang polisi insurans
Penangguhan bayaran premium insurans 3 bulan
Elaun khas petugas barisan hadapan RM 600 mulai 1 April
Elaun Khas RM 200 untuk PDRM, KASTAM, IMIG, APM, RELA.
M40 dapat bantuan RM 1,600 untuk 4 juta isi rumah
RM 1000 untuk April
RM 600 untuk Mei
RM 800 untuk orang bujang. Pendapatan bulanan RM 2000
RM 500 untuk April
RM 300 untuk Mei
RM 500 untuk orang bujang. Pendapatan bulanan RM 2000-4000.
RM 250 untuk April
Pelajar IPT dapat RM 200 Mei nanti.
Warga Emas, OKU, Gelandangan diberi bantuan.
PTPTN tangguh 6 bulan.
PTPK tangguh 6 bulan.
MySalam positif COVID bagi income replacement RM 50 sehari selama 14 hari.
PRS boleh keluarkan RM 1500 tanpa penalti cukai.
PPR dapat pengecualian sewa 6 bulan.
Perumahan Awam
DBKL beri pengecualian sewa 6 bulan
Sewa premis kerajaan diberi pengecualian milik Kerajaan Persekutuan
Diskaun TNB bermula 1 April.
Internet percuma bermula 1 April 1 GB 1 hari.
Pesara Kerajaan RM 500 on off
Penjawat Awam RM 500 one off
Subsidi Upah untuk bantu kekalkan pekerja. Kerajaan bagi RM 600/sebulan. Supaya tak buang pekerja. Majikan tak dibenarkan potong gaji.
Pemandu E-hailing kerajaan bagi RM 500 one off.
Pemandu Teksi dapat RM 600 one off.
PKS Dana Tambahan RM 4.5 billion untuk 5 inisiatif utama.
Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” katanya lagi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hias bilik tidur ala dekorasi hotel, barulah betah berlama-lama dalam bilik. Ramai yang suka bersantai-santai sambil berehat di bilik tidur hotel lima bintang. Mana tidaknya, bilik tidur di hotel bukan sahaja kemas dan rapi tetapi juga wangi dengan haruman lilin yang menyegarkan.
Maka sebab itulah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti sambil berehat di bilik hotel. Penampilan dalaman hotel yang mewah serta bilik hotel yang elegan dan selesa tentunya menarik perhatian.
Anda juga boleh menjadikan bilik hotel mewah sebagai inspirasi untuk hiasan bilik tidur di rumah. Sebenarnya tidak sukar untuk menghias bilik tidur di rumah seperti bilik di hotel mewah.
Berikut perkongsian tip Ahyat Ishak yang merupakan seorang perunding hartanah. Tip yag dikongsikan oleh Ahyat Ishak ini membantu mencipta ‘feel’ bilik kita di rumah seperti bilik di hotel.
1.LAMPU TIDUR
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampuhiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. CADAR DAN BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.
3. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dindingdi atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.
5. BAHAN LANTAI
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. WARNA
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.
7. AKSESORI
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Selepas ini kita tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang lebih semata-mata untuk merasai suasana bilik tidur ala hotel. Di rumah sendiri pun sudah rasa macam tidur di bilik hotel! Harus diingat walaupun kita mahukan bilik tidur gaya hotel, tetapi ia perlulah praktikal kerana harus diingat ruang tidur itu di dalam rumah, bukannya hotel yang dijadikan tempat persinggahan sementara.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.