Elak Aroma Memasak Terpengap, Letak Secawan Cuka Sebelah Tempat Memasak. Memasak, kalau bau tak semerbak memang tak sah. Kalau aromanya tak terperap, terpengap dalam rumah, tak ape lah. Tapi kebiasaanya makan masa yang lama untuk hilang seperti bau ikan masin. Walaupun pengudaraan baik, hood pun telah di pasang, belum tentu ia dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Melangsir dari website Thekitchen, ada cara lebih mesra, mudah dan murah yang anda boleh gunakan untuk atasi masalah aroma masakkan dari bebas berkeliaran di dalam kediaman anda.

Sebaiknya letak secawan atau semangkuk cuka bersebelahan dengan tempat memasak. Sebagai bonus, biarkan terus cuka di dalam cawan tadi semalaman untuk terus berfungsi sebagai penghapus aroma di dapur anda. Apa logiknya cuka dalam membantu untuk hilangkan aroma atau wap masakan?

Baca juga: 6 Cara Bebaskan Dapur Anda Dari Bau Busuk

Asid asetik dalam cuka meneutralkan bau alkali. Ini bermaksud ia boleh membantu menghilangkan bau masakan dengan murah dan mudah tanpa perlu anda bekerja keras

Selain itu juga, ada sesetengah orang suka semburkan larutan cuka di sekeliling dapur sebelum dan selepas memasak. Cara untuk hasilkan laruta semburan ini adalah dengan campurkan 1 bahagian air dan satu bahagian cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Bila perlu, boleh lah anda gunakan dengan mudahElak Aroma Memasak Terpengap, Guna Secawan Cuka


Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.

IKLAN

Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.

KOPI HILANGKAN BAU AMIS

Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.

IKLAN

BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI

Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.

ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH

IKLAN

Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.Elak Aroma Memasak Terpengap, Guna Secawan Cuka

KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI

Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI