Puas cuba pelbagai produk untuk hilangkan jerawat pasir yang degil dekat muka ni, tapi semua tak berjaya. Dari yang murah sampai produk mahal, tak perlu cerita lah berapa dah berhabis. Bila makin banyak jerawat pasir ni, makin hilanglah confident nak berjumpa orang. Hari ini, Impiana kongsi tip gunakan barang dapur yang mudah dapat untuk hilangkan jerawat pasir pada wajah.
Hanya Gunakan Campuran Ini ;
IKLAN
Serbuk Kopi + Lemon
Khasiat lemon selain dapat menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah, ia juga dapat memutihkan wajah. Gabungan serbuk kopi dan lemon akan menghasilkan skrub yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan jerawat pasir. .
IKLAN
Bagaimana caranya?
IKLAN
1. Campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi campuran seperti skrub.
2. Lumurkan ke seluruh bahagian kulit wajah dengan cara menggosoknya secara perlahan.
3. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati. .
Opss, Perhatian!
Jangan gosok secara kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Selepas itu cuci wajah dengan air yang bersih dan lap perlahan dan lembut menggunakan tuala.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika tahu langkah yang betul untuk memulakannya. Malah jika ikuti cara yang tepat, kerja mengecat jadi lebih efisien malah hasilnya pun lebih cantik dan memuaskan. Taklah comot, bercapuk mahupun tidak sekata sapuan cat tersebut.
Ikut langkah memulakan proses mengecat ini.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana dikuatiri cat akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan sapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. Jadi tidaklah cepat penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan ke bawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai terperangkap.
Dalam kita sedang sibuk menyediakan segala juadah untuk dihidangkan kepada tetamu, jangan kita lupa kepada keselamatan barangan dekorasi rumah yang telah kita sediakan sejak sebelum raya lagi.
Ini kerana dalam kesibukan kita melayan tetamu, pasti akan ada pelbagai kejadian yang tidak ingini berlaku seperti pasu hiasan pecah, langsir terkoyak serta jatuh dari bidai sebab ditarik dan pelbagai lagi.
Dalam isu ini, kita tidak seharusnya menuding jari kepada si pelaku kerana mungkin mereka masih kecil atau ianya berlaku secara tidak sengaja.
Jadi, IMPIANA menggariskan empat tip penting yang boleh dijadikan panduan dalam memastikan segala perkakas dekor anda berkeadaan baik walaupun dikunjungi oleh ramai tetamu.
Pertama sekali adalah, simpan segala peralatan dekor yang di mata kita nampak cantik tetapi berisiko tinggi untuk rosak atau pecah seperti pinggan kaca, pasu bunga mini, lampu lantai dan pelbagai lagi. Tidak dapat kita bayangkan segala peralatan yang dibeli, pecah begitu sahaja.
Kedua, sebaiknya gunakan pinggan, cawan dan sudu plastik. Ini kerana anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga mencuci, tetapi memudahkan kerja anda untuk mengemas sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Jika anda rasa pinggan mangkuk plastik putih kelihatan kurang menarik, kini terdapat banyak pinggan mangkuk pakai buang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih menarik.
Seterusnya, anda perlu menghadkan akses dalam rumah semasa kehadiran tetamu, ini untuk mengelakkan perabot dalam kamar tidur anda turut menjadi public area. Cukup sahaja ruangan majlis anda di sekitar ruang tamu, balkoni (jika anda menetap di rumah kondominium atau apartment) dan kawasan hadapan rumah. Kalau boleh bahagian dapur juga harus dihadkan. Jika anda tidak bertindak sedemikian, jangan pelik kalau terjumpa bekas minuman tertumpah di atas tilam, sisa makanan di bawah katil dan pelbagai lagi perkara yang anda tidak ingin lihat selepas seharian penat melayani tetamu.
Tip keempat adalah untuk membersihkan kediaman anda secepat mungkin sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Perkara ini amat penting kerana jika anda terlepas pandang, pasti segala spesies makhluk perosak hadir yang akan merayap mencari makanan pada waktu malam. Ianya bukan sahaja mengotorkan kediaman malah mengundang bahaya jika ada kes kencing tikus. Takut-takut merayap pula ke rumah jiran malah jiran juga terkena tempiasnya.
Sudah pasti anda tidak mahu hubungan akrab yang terjalin menjadi renggang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Biar penat mencuci dari penat meminta maaf. Paling penting jaga lah kebersihan ketika menganjurkan majlis rumah terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah sisa-sisa serbuk detergen melekat pada drum mesin basuh sudah menjadi kebiasaan. Ditambah lagi dengan membasuh pakaian sekolah anak-anak yang bermain di padang dan sebagainya, itu menambah buruk keadaan mesin basuh anda. Bukan sahaja ia berbau busuk malah daki dan kotoran mula kelihatan. Takkan anda masih yakin mesin basuh itu boleh mencuci pakaian anda dengan bersih kan? Oleh itu, berikut ialah teknik berkesan untuk menghilangkan masalah sedemikian;
Bahan –Bahannya:
¼ cawan serbuk baking soda
¼ cawan air
2 cawan cuka putih
Span/ berus gigi lama
Langkah-langkahnya:
1. Campurkan serbuk baking soda dan cuka putih ke dalam compartment pelembut pakaian yang ada terdapat di dalam mesin basuh. (Anda akan mendapati sebatian tersebut akan menghasilkan buih-buih oleh kerana reaksi pH bahan itu. (Buih-buih ini sangat efektif untuk nyah kan bau dan singkirkan daki.
2. Tekan butang operasi seperti mana anda mencuci pakaian.Jika mesin basuh anda ada operasi butang untuk air panas, gunakan air panas. Jika tidak, tambahkan lebih kurang separuh baldi air panas.
3. Jika mesin basuh anda masih berbau busuk, sediakan cuka putih yang telah dicampur dengan air.
4. Dengan menggunakan span atau berus gigi lama, sental dan gosok bahagian dalam drum yang mungkin masih terlekat daki dan kotoran yang degil.
5. Akhir sekali, biarkan pintu mesin basuh anda tidak ditutup sebaik sahaja selesai membasuh pakaian untuk menghilangkan bau lembapan yang terperangkap di dalam mesin basuh. Teknik ini akan membantu pengudaraan yang lebih baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.