IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.

Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.

1. Mengelakkan nasi cepat basi

Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

2. Sukatan air untuk memasak nasi

Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.

Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

3. Hilangkan bau pada ikan sungai/ikan air tawar

Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

IKLAN
  • Air basuhan beras

Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.

  • Perap dengan halia

Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.

  • Perap dengan asam jawa

Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.

4. Hilangkan bau kurang menyenangkan pada pengisar makanan (blender)

Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.

5. Hilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

  • Daun Pandan

Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.

IKLAN
  • Roti

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.

6. Elakkan semut menghurung bekas gula

Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

7. Hilangkan kutu beras

Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

8. Pastikan sayur-sayuran tahan lebih lama

Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.

IKLAN

9. Halau lalat dari hinggap pada makanan

Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.

10. Elakkan terkena percikan minyak panas

Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.

Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.

10 Petua & Tip Ini Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur

Artikel Berikut: Rupanya Kena Kelar Sebelum Tanam Untuk Hasilkan Ubi Kayu Banyak

Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!

KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI