Bila lapisan waterproof rosak atau bocor, banyak kerja dan kos perlu dilakukan. Masalah ini kebiasaanya berlaku di dalam bilik air dan bumbung rata dari konkrit seperti di kawasan pakir kereta. Cara baik pulih paling mudah dan murah adalah menggunakan epoxy flake.
Untuk lantai :-
1) Flake epoxy rm250 boleh cover 20-25 kaki persegi
2) Berus RM5/pcs total 2pcs
3) Roller RM10/pcs total 2pcs
4) Masking Tape RM2/pcs total 4 pcs
5) Thinner RM10
Total RM298
Nak beli epoxy flake lagi murah dikedai online ni https://invol.co/clxh94
Untuk dinding :-
1) Black epoxy RM45
2) White epoxy RM45
Total RM90
Total Lantai & Dinding RM388
Alat-alat yg digunakan :-
1) Pensil
2) Pita ukur
3) Pembaris
4) Pisau lipat
Cara-cara:-
1) Bersihkan permukaan lantai & bilik air2) Pastikan tutup lubang-lubang tiles yangg pecah dengan simen
3) Gosok permukaan tiles dengan kertas pasir
4) Lap dengan thinner
5) Pastikan permukaan bebas habuk/debu dan basah
6) Pastikan lantai dan dinding betul-betul kering
7) Guna masking tape untuk corak di lantai8) Gunakan Flake Epoxy yang terbahagi pada 2 part
Bahan A Primer, Bahan B Finising. Boleh rujuk youtube cara guna
9)Pastikan Flake epoxy betul-betul kering sebelum guna tandas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baja Susu, Jadikan Tanaman Tumbuh Sihat Dan Tahan Penyakit
Susu, bukan sahaja bagus untuk tubuh manusia sahaja. Tapi tahukah anda, ia juga antara sumber terbaik untuk membekalkan sumber kalsium untuk pertumbuhan tanaman. Selain itu juga, ia mengandunggi protin baik, vitamin B, glukos yang diperlukan oleh tanaman dan membantu mempertingkatkan daya tahan terhadap serangan penyakit.
Kekurangan kalsium akan menjadikan tanaman yang tumbuh bukan sahaja membesar secara tidak normal, malah tidak upaya menentang ancaman penyakit. Namun, penggunaan susu sebagai baja untuk tanaman pun ada risiko. Antaranya:
1. Penggunaan yang terlalu banyak atau berlebihan akan menyebabkan bakteria di dalam tanah rosak. Disamping itu, medium tanaman akan menjadi busuk. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan pertumbuhan tanaman
2. Apabila susu tidak dihadap sebaiknya oleh tanaman dengan cepat, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan tanah dan semut
3. Terdapat beberapa aduan yang mendedahkan, susu tepung yang digunakan untuk membaja tanaman menyebabkan akar pokok mereput dan rosak
Oleh itu, jika memilih membaja tanaman dengan susu sebaiknya gunakan susu segar tanpa pengawit. Jumlahnya bergantung kepada saiz tanaman. Untuk pokok sayuran seperti tomato, cili dan terung yang telah matang, siramkan 1-2 sudu susu segar terus pada pangkal tanaamn.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!
“Hitam putih” sering dikaitkan dengan warna Monochrome yang mencerminkan reka bentuk minimalis dan kontemporari.
Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.
DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!
Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.
Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.
Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.
Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.
Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin
EKSTRA TIP
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.
Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.
Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.
Berikut adalah beberapa jenis dekorasi yang boleh dilakukan dengan warna monokromatik:
- Cat Dinding: Memilih warna yang sama tetapi dengan pelbagai intensiti untuk dinding boleh menambah dimensi pada ruang tanpa mengganggu tema monokromatik.
- Perabot: Pilih perabot dengan warna yang sama tetapi dengan tekstur yang berbeza untuk menambah kedalaman visual dan minat tanpa menggunakan warna tambahan.
- Tekstil: Langsir, cadar, bantal hiasan, dan karpet dalam skala warna yang sama boleh menambah kenyamanan dan kelembutan pada ruangan.
- Seni dan Aksesori: Lukisan, cetakan, atau patung dengan palet monokromatik boleh menjadi titik fokus yang menarik dalam ruangan.
- Pencahayaan: Lampu gantung, lampu meja, dan lampu berdiri dengan warna dan bentuk yang seragam boleh menyatu dengan baik dalam reka bentuk monokromatik.
- Elemen Semula Jadi: Tanaman hijau atau bunga segar dalam bekas monokromatik menambah elemen hidup yang menyejukkan tanpa mengganggu palet warna.
- Dinding Ciri: Satu dinding dengan tekstur atau corak yang menarik dalam warna yang sama boleh menambah keunikan dalam ruangan monokromatik.
- Pemisahan Ruang: Menggunakan warna berbeza dari palet monokromatik yang sama untuk menandakan kawasan atau fungsi yang berbeza dalam ruangan terbuka.
Dengan menggabungkan pelbagai tekstur, bahan, dan corak dalam skema warna yang sama, ruangan monokromatik boleh terasa kaya dan berlapis, sambil mengekalkan rasa ketenangan dan kesinambungan visual.
Sumber :Aina Syafiqka
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO 360) Glam Decor Kediaman Aeril dan Wawa
Selain kemas dan tersusun, dekorasi yang ditata hias indah memberi kelebihan kepada pemilik untuk menghidupkan suasana yang diimpikan di dalam kediaman. Seperti yang dilakukan oleh pasangan pelakon popular dan romantis Aeril zafrel dan Wawa zainal.
Selain sibuk dengan jadual pengambaran, mereka juga rancak menguruskan perniagaan kosmetik di bawah jenama Wawa Cosmetics dan makanan kesihatan Soullead yang diusahakan bersama. Hal ini mendorong pasangan ini untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa dan sempurna buat seisi keluarga.
INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Jenis kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden glam
Lantaran, pemilik melantik pereka dalaman yang terkenal dan banyak menghasilkan dekorasi kediaman selebriti Malaysia iaitu Lantera Creative Home yang berpusat di Sri Kembangan. ” Segala idea untuk menghias kediaman ini adalah dari Aeril sendiri,” si manis wawa membuka bicara.
Keseluruhan dekorasi kediaman ini berkonsepkan glam moden. Segalanya berjaya dizahirkan pereka mengikut cita rasa si pemilik.” Inspirasi kepada keseluruhan kediaman ini lebih kepada pemerhatian dan pengalaman pasangan ini sewaktu bekunjung ke negara luar. Sebagai nilai tambah kepada keseluruhan dekoarsi, Wawa turut memberi inspirasi,” jelas menunjukkan pasangan ini mempunyai kehendak yang jelas.
Rumah yang dikunjung IMPIANA belum sampai setahun disempurnakan saat penulis berkunjung. Masih terdapat banyak ruang lagi terutamanya di bahagian atas yang perlu di persiapkan. Namun, Dari ruang tamu jelas memperlihatkan pemilik mempunyai cita rasa yang tinggi. Rona earthy mendominasi dekorasi kediaman ini . Secara tidak langsung ia membangkitkan lagi perincian glam yang cuba ditonjolkan.
Untuk lebih detail dekorasi kediaman Wawa dab Aeril, jom tengok video 360 yang disediakan
Seperti di ruang tamu utama. Pemilihan sofa chasterfield rona kelabu di seimbangkan bersama wing chair biru memberi keselesaan kepada pemilik dan tetamu yang hadir. Bagi mengelak padanan rona fabrik yang mendatar, hamparan permaidani dengan percikkan rona terang membuatkan keseluruhan dekorasi tampil sempurna. Memperincikan lagi gaya glam di ruang tamu ini, sudah pasti pemilihan candelier dengan gaya klasik memberi pencahayaan di ruang ini.
Tidak cukup sekadar itu, tidak lengkap sesebuah dekorasi gaya glam moden ini tanpa penggunaan rona emas pada perincian aksesorinya. Paling bijak, pereka menggunakan stool sebagai tempat duduk tambahan. Ia menjadikan ruang tamu ini tidak terkepung dan stool yang tersedia turut dijadikan sebagai meja.
Bertentangan dengan ruang tamu utama adalah sebuah lagi ruang tamu yang bersifat lebih santai dan bersahaja. Tidak terlalu perinci, ia menjadi ruang buat melayan tetamu dalam keadaan santai dan bersahaja. Masih menggunakan padanan candelier bagi membangkit gaya glam. Namun, rekaannya lebih moden dan ringkas. “Ilham meletakkan pendiang api tiruan ini dilihat ketika berkunjung disalah sebuah negara. Tambahan penggunaanya menjadikan ruang ini kelihatan lebih santai dan berasa seakan berada diluar negara,” tambah Aeril
Bahagian tengah kediaman menjadi transaksi antara ruang tamu menuju ke tempat makan dan tangga membawa ke bahagian atas tingkat. Tiada sebarang penggunaan perabot yang mendominasi ruang ini. Ia bagi memudahkan pergerakkan, tambahan memberi peluang kepada si cilik pemilik untuk melakukan sebarang aktiviti diruang yang terbuka. Cukup sekadar padanan gubahan meja dan gubahan orkid agar ia tidak kelihatan bosan.
Menuju ke ruang makan, masih mengekalkan konsep yang sama iaitu glam moden. Ia menjadi ruang santapan apabila menerima kunjungan. Buat mereka seisi kelaurga, cukuplah sekadar counter island yang terdapat di dapur. Pembahagi ruang digunakan menghalang pemandangan terus ke bilik berhampiran. Secara tidak langsung, ia menjadi feature wall apabila padanan lukisan artistik di sematkan pada pembahagi ruang tersebut.
Penambahan gaya glam bukan sahaja pada aksesori seperti candelier semata, penggunaan cermin pada salah satu dinding yang polos secara tidak langsung ia memberi pencahayaan tambahan dan memberi impak ruang makan ini kelihaatn lebih luas.
Walaupun pasangan romantis Aeril dan Wawa bakal menimang cahaya mata ke tiga, si cilik yang sedang aktif berjaya dididik untuk memastikan kediaman ini sentiasa dalam keadaan tersusun dan kemas. Paling penting, sediakan ruang khas untuk mereka melakukan sebarang aktiviti dan asingkan penggunaan setiap ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI