Barang yang lama pun ada gunanya. Seperti yang dilakukan oleh Puan Mastura Mohd Yusoff, hobinya yang suka DIY dan Makeover barang-barang lama dan terpakai menjadi perhatian Impiana kali ini.
Baru-baru ini, Puan Mastura bekongsi cara untuk makeover 2 biji kerusi lama yang telah dibuang menjadi cleopatra sofa yang cantik. Nak tahu macam mana caranya, Jom kita tengok.
Assalamualaikum salam sejahtera sahabat semua. Sekali lagi jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je. span tu, sy guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping.
Di sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk membuat nya ya. Siapa-siapa yang ada kerusi meja makan yang dah tak elok tu, jangan ia dibuang. Boleh la buat sofa kayu ini.
1. Bersihkan kerusi dan buang alas tempat duduk kemudian potong kaki kerusi di bahagian hadapan seperti dalam gambar
2. Sambung kedua-dua biji kerusi dengan menggunakan kayu yang mempunyai lebar hampir sama dengan bingkai kerusi. Pakukan
3. Potong separuh bahagian penyandar. Pastikan ketinggian tempat potong tu sama. Kalau tak nak potong pun tak jadi masalah. Tapi sisi kerusi ini akan jadi lebih tinggi
4. Dah potong penyandar, kemas dan bentuk kan semula bahagian tersebut supaya lebih cantik dan menarik. Saya ambil dari bahagian bertanda ‘X’ sebagai ganti
5. Untuk alas tempat duduk, saya gunakan playwood tebal. Kemudian playwood tadi saya letakkan 4 keping span 8mm dan balut kan dengan kain.
6. Nak nampak lebih cantik saya buat lekuk-lekuk pada permukaan span dengan menggunakan skru dan tampalkan butang di atas skru tadi
Sumber: Mastura Mohd Yusoff
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI