Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Rak kasut warna putih diletakkan pada ruang sebelah pintu masuk utama memastikan kasut tidak berselerak dilantai luar.Terdapat juga meja kecil berserta dua kerusi untuk memudahkan tetamu memakai kasut. Meja juga dihiasi tumbuhan hijau agar kediaman tampak segar.Kedudukan rumah di ground floor memudahkan lagi pemilik menghias rumah dengn cantik dan tersusun
Ads
Ads
Cermin digantung pada dinding untuk memberi ilusi ruang yang lebih luas.
Di Malaysia banyak projek perumahan yang dijalankan berbentuk rumah teres semi-D, pangsapuri, kondominium dan banglow. Masih lagi relevan untuk dikatakan projek rumah jenis townhouse atau rumah bandar sudah banyak dibangunkan di negara ini dan disebabkan itu, IMPIANA kurang mendedahkan kepada umum dekorasi rumah jenis townhouse ini.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang rumah townhouse dan trik dekorasinya, adalah molek untuk kita mengenalpasti ciri-cirinya terdahulu kerana ramai yang keliru rumah townhouse dengan rumah teres kerana fizikalnya yang dibina seakan sebiji rumah teres kerana dalam lot dan bumbung yang sama
Ciri-ciri am
Rumah townhouse kelihatan seperti sebiji rumah teres. Sebenarnya ia merupakan sebiji rumah yang dibahagi kepada dua pemilik atau unit kediaman. Setiap unit mempunyai akses sendiri. walaupun kelihatan dalam lot yang sama, bagi pemilik yang unit nya terletak di bahagian atas mempunyai pintu masuk dan tangga sendir. Ia bagi mengelak gangguan pemilik unit atas kepada kediaman dibahagian bawah.
Kebanyakkan unit townhouse yang dibina mempunyai plan lantai yang memanjang ke belakang. Di Malaysia, terdapat dua jenis townhouse iaitu pembinaan secara tiga tingkat serta dua tingkat. Jenis tiga tingkat membuatkan pemiliknya berkongsi sebanyak 1 1/2 tingkat yang mana tingkat bawah mempunyai ruang tamu, dapur dan bilik tidur manakala di sebelah atas pula adalah bilik tidur utama dan beberapa lagi bilik tidur. Manakala jenis dua tingkat dibina dalam satu tingkat yang mana tangga tambahan menjadi laluan untuk pemilik unit di sebelah atas.
Townhouse 2 tingkat dengan 2unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang satu tingkat)
Townhouse 3 tingkat untuk 2 unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang 1 1/2 tingkat)
Tips deko rumah bandar
Rumah townhouse selalunya dikenali dengan fizikal yang memanjang, jadi segala perancangan deko kediaman sebegini opitumum dan dirancang baik. Untuk memastikan setiap keperluan aktiviti mendapat ruangnya yang tersendiri, penyediaan partition perlu dilakukan.
Jika sudah memanjang, anda perlukan partition. Disini ianya bermaksud sempadan di antara ruang yang memisahkan antara seksyen dalam kediaman. Contohnya, jika balkoni anda terletak di sebelah hadapan, secara automatiknya, ruangan disebelahnya adalah ruang tamu, sempadankan ia dengan meja makan kerana pasti seksyen seterusnya adalah dapur dan terus ke bilik tidur belakang.
Trik lain berbentuk partition adalah dengan meletakkan tiang sebagai ilusi yang bertindak sebagai pembahagi di antara seksyen. Anda boleh meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang tamu dan makan. Ilusi sebegini berupaya membuatkan kediaman yang memanjang kelihatan luas dan lapang.
Selain itu, penggunaan dan pemilihan rona cat juga memainkan peranan yang penting. Jika ruang kediaman townhouse anda kecil dan kekurangan tingkap untuk pencahayaan di waktu siang, sebaiknya gunakan warna-warna yang cerah. Antara warna yang paling mudah untuk dipadankan adalah putih, kelabu cair dan sebagainya
Akhir sekali, rumah jenis ini sangat sesuai untuk golongan muda tidak kira masih bujang atau berkahwin. Purata harga jualannya sekitar RM400K kebawah, tetapi bergantung kepada harga pasaran semasa. Kapasitinya terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air disertai dengan balkoni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seperti contoh, rumah kondo yang berkeluasan 950 kaki persegi di Jalan Klang Lama yang dimiliki oleh Pn Khadijah Mustaffa. Beliau menetap bersama suami dan seorang anak perempuan yang masih kecil dalam kediaman indah ini. Kapasiti rumahnya adalah tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta bertugas sebagai seorang suri rumah dan menceburi bidang perniagaan atas talian.
“Kediaman ini merupakan kediaman sewa dan disebabkan itu saya hanya mendeko setakat mana yang mampu. bingkai gambar dan aksesori hiasan dinding di gantung dengan menggunakan penggantung yang mempunyai wax glue. Berlainan pada TV didinding, ia telah mendapat kebenaran dari pemilik kediaamn yang kami sewa.” ujarnya.
Dekorasi rumahnya disiapkan secara berperingkat selama empat tahun malahan kebanyakan aksesori menggunakan barang terpakai atau lebih dikenali sebagai barang 2nd hand. Hanya kos RM3k dipentukkan untuk menyiapkan keseluruhan dekorasi. Namun itu bukanlah masalah utama yang harus dibenankan kerana yang penting dekorasinya cantik serta nampak hebat di pandangan mata.
“Walaupun mempunyai anak kecil, itu tidak menjadi masalah kepada saya dan suami. Kami telah mendidik anak untuk bermain denagn permainan miliknya sahaja. Segala aksesori dan ornaman untuk mengihias kediaman tidak boleh disentuh sama sekalai baik dirumah atau berkunjung ke kediaman orang lain” kata
Kediaman ini mempunyaipengudaraan yang baik kerana aras rumah yang terletak di tingkat 10. Tambahan, pemiliknya juga sentiasa membuka sliding door di ruang tamu serta dapur dalam memastikan pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kadar penggunaan elektrik terhadap air conditioner.
Berikut adalah beberapa hasil dekorasi yang dikongsikan oleh beliau kepada IMPIANA, semoga ianya memberi inspirasi kepada anda semua.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...