Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Rak kasut warna putih diletakkan pada ruang sebelah pintu masuk utama memastikan kasut tidak berselerak dilantai luar.Terdapat juga meja kecil berserta dua kerusi untuk memudahkan tetamu memakai kasut. Meja juga dihiasi tumbuhan hijau agar kediaman tampak segar.Kedudukan rumah di ground floor memudahkan lagi pemilik menghias rumah dengn cantik dan tersusun
Ads
Ads
Cermin digantung pada dinding untuk memberi ilusi ruang yang lebih luas.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pasangan ini menghias rumah macam hasil sentuhan profesional tapi sebenarnya DIY sendiri.
Tiada yang salah mahupun betul dalam mendekor kediaman. Bagi setengah orang, tak suka gaya dekor yang anda persembahkan namun ada juga yang tetap memuji. Sebenarnya dalam mendekor ni sangat subjektif. Tapi yang paling penting adalah perancangan yang rapi. Kalau tak, beli lah mahal macam mana pun perabot dan aksesori, tetap nampak semak dan kurang sepadan. Sebab itu, ramai yang nak kan rumah cantik akan melantik perunding dan kontraktor untuk menzahirkan dekorasi kediaman yang diimpikan. Adakalanya memang sangat mudah untuk dilihat sama ada kediaman ini mendapat sentuhan pereka atau pun tidak.
Namun, melihat kediman milik Nur Ilham Rofi dan suaminya yang terletak di Semenyih bagaikan hasil seorang yang profesional. Kediaman yang berukuran 16×65 kaki ini menjadi impian Puan Ilham dari bangku sekolah lagi. Mendapat sokongan dan bantuan daripada suami, setiap inci kediaman dirancang sebaik mungkin untuk memastikan impianya dapat dizahirkan. Pasangan ini membanting keringat (DIY) menyiapkan keseluruhan dekor kediaman ini dalam tempoh 2-3 minggu.
Alhamdulillah suami saya sangat banyak membantu especially part wainscoting kami DIY sendiri. Dia juga minat untuk dekor dan mencantikkan kediaman kami. Tanpa bantuan beliau tak dapat saya menyiapkan seorang diri
Rumah adalah sebuah kediaman yang memerlukan keselesaan dan kepuasan pemilik jika tidak selesa dan bukan sebuah kediaman idaman pasti kita sendiri tidak akan suka untuk mendiami kediaman terebut.
Pasangan ini rajin dan memiliki minat yang cukup baik untuk menjadikan kediaman mereka sebuah rumah idaman. Bila membuat sendiri kepuasan itu akan hadir dalam diri kita sebagai pemilik.
Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cipta ruang bilik tidur untuk anak yang sudah sekolah ini sama sekali berbeza dengan bilik tidur anak kecil. Bilik mereka seharusnya memiliki ruang penyimpanan yang lebih berbanding yang masih kecil.
Anak-anak dah masuk sekolah? Confirm macam-macam keperluan yang perlu kita sediakan. Nak susun bilik tidur anak yang bersekolah bukanlah satu perkara mudah. Tapi adakala kalau semua dihimpunkan di sebuah bilik memang sendat , padat dan sesak jadinya. Bagaimana boleh kita atasi masalah ini? Inilah dia yang dikatakan isu di ruang sempit.
Ruang kompak selalunya pereka memberi idea bagaimana semua keperluan si anak dimuatkan dengan kreatif dalam sebuah ruang. Apa lagi jika mereka berkongsi ruang yang ada. Keselesaan juga sangat penting. Sebab tulah ada yang malas buat kerja sekolah atau payah nak faham apa yang dibaca kerana faktor sekeliling yang mengganggu. Rimas.
Pilihan warna terang dan ceria – Galakan dan dorongan si manja perlu ada. Semangat untuk mereka belajar perlu dirangsangkan dengan pilihan warna ceria bagi ruang kamar dan juga ruang belajar mereka. Gantungkan hasil lukisan atau hasil exam mereka yang cemerlang sebagai galakan dan semangat untuk mereka terus maju.Ia juga boleh menjadi hiasan. Cuma pilih satu dindng sahaja agar nampak tersusun. Bukan serata kamar.
Perabot dwi fungsi – Cuba cari perabot dwi fungsi yang boleh mereka laras sebagai memenuhi aktiviti di dalam sebuah kamar. Misalnya meja lipat yang boleh disimpan secara vertical, kerusi dan pelbagai lagi untuk mereka sama-sama pelajar dan menyiapkan home work.Jadi ruang tetap kemas meski pun mereka perlu bergotong royong mengeluar dan menyimpan segala perabot dan kelengkapan yang ada.
Penstoran bijak dan kreatif- Ini sangat penting. Maklumlah sekolah dan keperluannya sangat banyak. Selain daripada kabinet terbuka, pra-para juga sangat penting dalam menempatkan bahan bacaan mereka. Jika anda rasa ruang kamar agak sendat dan memberi kepayahan bagi mereka mencari barang, kabinet terbuka juga sesuai untuk memudahkan anak-anak menyimpan beg, buku, pakaian dan lain-lain.
Kitaran udara segar- Habuk dah tentu akan terkupul. Setiaphujung minggu, pastikan mereka buka jendela, suruh anak-anak ini sendiri lap habuk di bilik mereka dengan bulu ayam. Buka kipas dan mugkin jika ada yang alah pada habuk dapatkan penyegar udara yang kini semakin popular di kalangan tuan rumah.
Tag semua barang- Jangan lupa tag semua barang dan ruang menyimpan. Nanti bergaduh pula sesama adik beradik. Berebut tempat menyimpan barang-barang yang diperlukan. Lebih memburukkan keadaan lupa di mana mereka simpan sampai satu rumah terpaksa di selongkar.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!