Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English.. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria. Namun ramai yang beranggapan, tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunga nya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn, berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Ia banyak dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan terutamanya masakan.
Antara khasiat belimbing buluh ialah:
1.Daunnya apabila digiling halus dan dilumurkan pada muka berupaya menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka. Selain itu juga, ia melegakan sakit-sakit sendi serta menghilangkan panau sama ada pada muka mahupun badan
2. Untuk mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam, anda hanya perlu minum air rebusan yang dicampurkan beberapa bahan lain. Bahan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan ini adalah seperti berikut:
Segenggam bunga belimbing buluh
Sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk
2 biji bawang merah
1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking
2 cawan air Cara: Rebus semua bahan sehingga air menjadi separuh dari kuantiti yang asal. Tapiskan dan diminum hangat bersama sedikit madu 3 kali sehari setiap hari
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, ambil 3 biji buah belimbing buluh. Cuci dan bersihkan kemudian di potong nipis-nipas lalu direbus bersama 2 cawan air. Rebus sehingga air tadi etrsisa satu cawan atau separuh dan diminum selepas sarapan pagi setiap hari
4. Untuk mengurangkan panas badan ketika demam, ambil beberapa pelepah daun belimbing buluh yang masih segar. Ramaskan daun tadi di dalam air sehinggga lumat. Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air yang telah di lumatkan daun belimbing buluh tadi. Lap pada badan dan muka pesakit, akhir sekali letakkan kain basah tadi pada dahi. Ulang beberapa kali
Sebelum ini, LAMAN impiana pernah memaparkan kaedah cantuman dewasa pokok durian untuk mendapatkan baka dan buah yang berkualiti (untuk artikel lanjut, klik sini), Kali ini kita belajar pula cara untuk cantuman anak pokok durian. Kaedah ini juga tujuan nya untuk mendapatkan baka dan kualiti buah yang lebih baik. Namun kebiasaannya di gunakan untuk tanaman sulam atau pada mereka yang baru nak cuba tanam durian.
Ikuti langkah-langkah yang telah disediakan untuk memastikan cantuman anak pokok durian yang dilakukan berjaya.
Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman. Umum tahu, jangung mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya, ia tinggi dengan serat yang secara tidak langgsung membantu mengatasi masalah pencernaan. Selain itu juga ia membantu mengurangkan masalah jantung dan menjaga kesihatan mata.
Salah satu cara menghidangkan jagung adalah dengan merebus. Tahukah anda, sisa air rebusan jagung mempunyai banyak manfaat pada tanaman?
Di petik dari Flourishing Plants, air rebusan jagung bermanfaat kepada tanaman kerana ia mengandungi gula semula jadi. Gula tersebut berupaya membantu menjaga kelembapan dan sangat diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
Air rebusan jagung mengandung karbohidrat yang tinggi serta kaya mineral, nutrisi, dan vitamin yang sangat baik untuk tanaman. Vitamin dan mineral ini mengalir ke tanah, lalu diserap akar tanaman untuk meningkatkan pertumbuhannya
Selain itu juga, air rebusan jagung berupaya menjadi booster atau baja ringan untuk tanaman. Namun, sebelum di siram pada tanaman pastikan airnya telah sejuk pada suhu bilik dan elak untuk meletakkan garam.
Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...