Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English.. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria. Namun ramai yang beranggapan, tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunga nya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.

Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.

Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.

1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.

IKLAN

Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas

IKLAN

Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas

IKLAN

2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan  mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang  kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.

13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas
Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI