Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya
Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya, Melihat si bulus mencakar sofa, memang terpaksa redha je lah. Awal-awal atau sekali sekala di lakukan, boleh lah nak dicegah. Lama-kelamaan, dah tak larat dibuatnya. Memang sakit mata lihat kesan cakaran kucing disofa, lebih-lebih lagi jenis fabrik kain. Berbulu-bulu dibuatnya.
Tapi, kenapa dalam banyak-banyak tempat si bulus ni suka cakar pada soafa? Ini alasannya
Dipetik dari artikel Icatecare, Sifat mencakar sofa yang dilakukan oleh si bulus atau kucing adalah bagi tujuan melatih kekuatan otot kaki hadapan yang juga digunakan untuk pertahanan dan memburu.
Ada sesetengah kucing suka mencakar dalam keadaan berbaring. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana tujuannya sama. Kebiasaanya, permukaan yang dipilah untuk mencaakr adalah yang tidak mudah berganjak dan tetap. Seperti sofa
Mencakar juga merupakan sebagai salah satu interaksi atau komunikasi untuk teritorial. Ketika mencakar, keringat atau rembesan dari kucing akan terhasil dan melekat terus pada permukaan sofa yang dicakar. Sama seperti kucing liar. Pokok adalah tempat terbaik untuk kucing melakukan aktiviti ini.
Selain sofa, antara tempat berpotensi menjadi tempat mencakar kucing adalah seperti permukaan kayu atau perabut kayu, kain, wallpaper bertekstur dan karpet.
Kucing akan lebih gairah mencakar bila berhadapan dengan tuannya. Ia sebagai tanda teritorial. Namun, harus diingat. Jika kucing anda mencakar di merata tempat terutamanya di sekitar pintu dan jendela, Ia berkemungkinan kucing anda berasa tidak selamat di dalam rumah
Bca juga: Sofa Koyak Di Cakar Kucing, Ini Penyelesaian Paling Cantik Dan Mudah
CARA ATASI MASALAH KUCING YANG SUKA MENCAKAR SOFA
Jika anda memiliki kucing dari usianya kecil, ia sebaiknya perlu dilatih atau rawat seawal usia dengan memotong kuku Namun, ia hanya sesuai untuk kucing “indoor” je ye. Sebab kalau kucing anda bebas berkelairan di luar, ia memerlukan kukunya sebagai tujuan perlindungan.
Terdapat pelbagai jenis dan rekaan papan pencakar kuku kucing ni. Nak murah, beli je dekat sini https://invol.co/cl9jai3
Namun, potong kuku bukanlah satu-satunya solusi. Jika permukaan sofa mula rosak akibat dicakar. Cuba tawarkan sesuatu yang mempunyai tekstur yang lebih kurang seperti papan atau tiang pencakar khas. Sebelum tu, perhatikan postur kucing mencakar.
Jika ia suka mencakar secara vertikal, maksudnya sambil berdiri, sediakan tempat mencakar jenis vertikal seperti tiang. Jika ia cenderung mencakar secara mendatar, boleh gunakan papan. Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak
Pendidikan anak-anak bukan sahaja di sekolah malah di rumah. Sekolah, sudah pasti penyediaan yang tersedia memberi keselesaan si cilik anak untuk menumpukan pelajaran. Namun, bagaimana pula dirumah. Perkara ini paling banyak diabaikan oleh ibu bapa. setakat menyediakan meja belajar, itu tidak memadai untuk mendorong dan memberi keselesaan buat si cilik. Sebab itu, antara anak-anak yang belajar di rumah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Sedar akan kepentinggan itu, ibu kepada 3 orang cahaya mata ustazah Nurul Syazwina Sazali berkongsi tip dan cara penyediaan ruang belajar untuk si cilik yang telah dipraktekkan bersama suaminya
wina nak share sikit ilmu parenting yang wina dan suami amalkan. Sebenarnya, ada yang bertanya dengan wina macam mana wina dan suami ajar anak kami di rumah. Jadi, boleh baca sedikit sharing ni ye :
1) WUJUDKAN SATU BILIK KHAS
Sediakan satu bilik khas untuk anak-anak supaya mereka suka berada di dalam bilik tersebut. Maksudnya bagi anak-anak ada rasa teruja nak berada dalam tu, menarik bagi mereka. Seolah-olah dalam rumah kita tu tak ada tempat lain paling best selain bilik tersebut
2) DECO MENGGUNAKAN TEKNIK LABELLING.
Sebab apa wina pentingkan teknik labelling? Macam dalam gambar, wina buat label pada trofast dan apa jua tempat simpan atau storage toys anak-anak, sebab wina rasa dengan cara ini anak-anak akan terdidik dengan berdisiplin, lepas main simpan dalam box mengikut kategori yang wina sediakan.
Sekali sekala buat acara siapa cepat simpan toys dia menang, atau siapa tak simpan toys abah buang! Haha suara itu selalu terngiang-ngiang di telinga ibu bila abah mereka dah naik tone suara.
Sambil memegang plastik hitam di sebelah tangan sebagai signal mainan tu akan dibuang. Percayalah, toys itu akan tersusun rapi semula sebab anak-anak memang sayang sangat dengan toys diorang. ( eh, baru perasan ibu ni memang kaki labelling ke? Sebab semua benda nak kena label hihi
27749781_1871480676196454_6844378116736558909_n.
3) DECO DENGAN BAHAN-BAHAN YANG SESUAI.
Macam banner yang wina gunakan tu. Contoh, rukun islam dan rukun iman. Kita mesti nak anak-anak kita master perkara basic tu kan? So, kena laa letak dekat part yang selalu anak-anak kita lepak dan santai. Jadi, kita pun sebagai ibu abah boleh bacakan pada anak-anak secara tidak langsung
Kalau nak anak mahir solat, deco dengan bahan yang berkaitan dengan ibadah dekat tempat solat. Kalau nak anak mahir doa makan, doa masuk keluar tandas, jadi deco dekat tempat yang bersesuaian di meja makan dan di dinding sebelum masuk ke tandas. ( Actually banner tu dah lama, dari tahun lepas lagi wina beli sekali dengan banner surau utk sekolah )
4. WUJUDKAN SUASANA HOMESCHOOLING.
Adakan satu tempat atau sudut untuk anak-anak belajar, ada bahan untuk kita sendiri mengajar mereka. Kalau boleh nak beli mainan pun kita jangan pakai beli je, beli mainan yang educated sikit. So, dalam masa yang sama kita boleh terapkan element bermain sambil belajar. Kan seronok!
5) PERBANYAKKAN BUKU DAN PELBAGAIKAN PILIHAN BUKU.
Kita kena adakan pelbagai jenis buku. Yang penting buku tu buku yang anak-anak suka dan menarik. Kita mesti tahu apa yang anak kita suka kan? Trust me, jika persekitaran anak-anak kita penuh dengan buku InsyaAllah anak-anak kita akan menjadi ulat buku automatically
Nak anak-anak jadi ulat buku? Kat rumah kena la ada buku banyak-banyak. Buat macam mini library orang kata. Lama-lama anak kita akan bersahabat dengan buku dan cintakan ilmu.
6. ADAKAN MASA UNTUK MENGAJAR ANAK-ANAK WALAU SESIBUK MANA PUN KITA.
Walaupun kita sibuk dengan kerja, badan penat seharian mencari rezeki, adalah menjadi tanggungjawab kita mengadakan masa untuk anak-anak. Bagi tumpuan pada mereka walaupun sekejap. Lepas Solat Maghrib tu nak tunggu Solat Isyak, ajarlah mengaji sekejap. Buat aktiviti ke, mewarna ke, membaca ke, kitakan nak anak-anak kita cemerlang. Kita pun kenalah cemerlang
InsyaAllah kalau di rumah kita dah touch up, di sekolah pun cikgu-cikgu mereka tambah touch up, InsyaAllah cemerlanglah mereka di dunia dan akhirat. Amin.
Pengalaman sendiri, setiap hari wina menyaksikan dikalangan anak-anak murid wina perbezaan seorang anak yang dipeduli oleh ibu bapa mereka dan seorang anak yang tidak dipeduli oleh ibu bapa mereka. Jadi, kita sendiri yang kena pilih dan tentukan!
27749877_1871479976196524_8231841620046679384_n.
Nota Comel : Sebenarnya wina sendiri tak habes lagi deco bilik anak-anak wina ni. Sebab katil belum sempat beli. Cadangnya nak beli katil ikea je, tapi disebabkan wina dan suami bz melampau tak tahu bila nak pegi ikea lagi hihi.
Nasib anak-anak ibu cermat bila main toys, kebanyakan toys masa Abg Long kecik-kecik dulu still boleh main. Sekarang dah jarang beli toys sebab Abg Long dah besar. Adik-adik pun sambung main toys abg long dulu je hehe. Selamat duit ibu abah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dua Bahan Ini Berkesan Bersihkan Mangkuk Tandas Yang Berkerak!
Kebersihan tandas melambangkan keperibadian seseorang itu. Jika tandas kotor, tentu pemiliknya jenis yang tidak pedulikan kebersihan atau hygiene. Salah satu kawasan yang sering menjadi perhatian ialah magkuk tandas. Mangkuk tandas yang kerap digunakan sudah tentu akan ‘berkerak’ dan kelihatan kotor. Kalau anda sekadar menyiram dengan air atau ‘flush’ air sahaja sudah tentu kerak itu tidak akan hilang.
Ada juga sesetengah orang yang menggunakan sabun dalam kuantiti yang banyak dan terpaksa menggosok ‘toilet bowl’ bertalu-talu bagi menghilangkan kerak tersebut. Kalau anda juga menggunakan kaedah yang sama, apa kata next time anda cuba kaedah yang lebih mudah ini untuk membersihkan kerak pada mangkuk tandas. Anda pasti kagum dengan perubahannya nanti.
GUNAKAN CUKA
Siram 2 gelas cuka pada sekitar permukaan dan penutup tandas dan biarkan selama 2 jam.
Selepas 2 jam, anda perlu menggosok toilet bowl dengan berus. Tidak perlu terlalu berkeras cukup sekadar menyental kerak dan kotoran yang ada kemudian bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu membantu menghilangkan kotoran degil dengan mudah.
MINUMAN BERKARBONAT – COCA COLA
Jika tiada cuka, anda juga boleh gantikan dengan coke. Anda hanya perlu tuang lebih kurang 500 ml kola kedalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian ‘flush’, segala kotoran akan hilang kesan daripada tindakan ‘citric asid’ yang terdapat pada coke.
AWAS! Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda harus menggunakan penutup mulut apabila menggunanya untuk membersih tandas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI